Pages

29 June 2009

Lemon chicken resepi II

Bahan-bahan:
400gm chicken breast
1 sudu makan halia yang telah dikisar

2 sudu makan tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan lada sulah
1 sudu kecil garam
1 sudu makan gula pasir
2 biji telur
2 sudu makan susu cair

Bahan2 sos lemon:
4 sudu makan jus lemon
5 sudu makan gula pasir
3 sudu makan tepung jagung
300ml air atau secukupnya bergantung pada kepekatan kuah yang diingini
1 sudu makan cuka
setitik dua lemon paste - kalau tak ada pun tak apa cuma lebihkan jus lemon

cara:
  • chicken breast dilumurkan dengan halia kisar dan perapkan sebentar
  • kemudian satukan tepung gandum, tepung jagung, lada sulah, garam, gula, telur dan susu di dalam pinggan/mangkuk
  • gaulkan sebati
  • selepas itu panaskan kuali dengan minyak yang banyak (terendam)
  • celupkan ayam ke dalam campuran tepung tadi dan gorengkan dengan api sederhana panas sehingga masak
  • angkat dan toskan minyaknya
  • cara membuat sos: satukan semua bahan dan masak di dalam mangkuk tahan panas (sos hendaklah rasa masam2 manis)
  • kacau sehingga kuah menjadi pekat sedikit
  • selepas itu tuangkan ke atas ayam goreng tadi
  • hidangkan panas2

source: jeni

28 June 2009

Mini blueberry muffins

Bahan-bahan (8-10 biji):
160gm tepung gandum
80gm gula pasir
1 1/4 camt baking powder
1/8 camt soda bikarbonat
1/4 camt garam
1/2 camt serbuk kulit kayu manis
125ml susu segar
65gm unsalted butter - dicairkan
1 biji telur
100gm fresh blueberry atau frozen

cara:
  • panaskan oven pada suhu 190C
  • susunkan muffin cup ke dalam muffin pan dan ketepikan
  • ayakkan tepung, baking powder, soda bikarbonat dan garam. ketepikan
  • satukan susu segar, telur dan mentega cair
  • kacau dengan menggunakan whisker sehingga sebati
  • satukan bahan2 kering dan kacaukan rata
  • setelah itu tuangkan bahan2 basah ke dalam bahan2 kering dan kacau sehingga sebati
  • masukkan 65gm blueberry dan kacau rata
  • setelah itu scoopkan adunan ke dalam muffin cases yang telah disediakan sehingga habis
  • taburkan lebihan blueberry ke atas setiap muffin
  • bakar selama 15-20 min atau sehingga masak

source: dd

Laksa johor resepi II


Bahan-bahan (12-15 orang):
1 paket spagetti

Bahan2 A:
1kg ikan kembong atau ikan parang (optional)
100gm udang basah
50gm udang kering - direndam sekejap
20gm isi ikan kurau - dibakar sekejap

Bahan2 B - kisar:
3 labu bawang besar
15 tangkai cili kering
2 ibu jari halia
2 ibu jari lengkuas
2 ibu jari kunyit hidup
4 ulas bawang putih

2 batang serai - diketuk
2 keping asam keping
1 kotak santan pekat/ lebih
1 paket kerisik
1 paket kecil rempah kari
Garam dan gula secukup rasa

Bahan2 sampingan:
2 biji limau kasturi belah
timun - di racik halus
tauge - buang ekor
bawang besar - hiris bulat
lada merah/lada hijau - dihiris
Daun kesum / daun selasih / daun pudina - diracik halus
sambal belacan

cara:
  • masak air di dalam mangkuk secukupnya sehingga mendidih
  • setelah itu masukkan 1 sudu besar minyak dan jugak spagetti
  • rebus sehingga spagetti lembut
  • angkat dan toskan. ketepikan
  • rebus ikan kembong, udang basah sehingga ikan masak
  • angkat dan toskan
  • jangan buang air rebusan ikan kerana akan digunakan untuk memasak kuah
  • buangkan tulang ikan
  • mesin isi ikan, udang basah, udang kering dan isi ikan kurau sehingga halus. ketepikan
  • panaskan minyak di dalam kuali
  • masukkan serai dan bahan2 B yang telah dikisar sehingga wangi
  • bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar
  • kemudian masukkan bahan2 A yang telah dikisar
  • kacau rata
  • masukkan santan dan 2 mangkuk air rebusan ikan
  • kacau sebati
  • akhir sekali masukkan asam keping, kerisik, gula dan garam secukupnya
  • kacaukan agar semua bahan sebati
  • renihkan dengan api sederhana panas sehingga kuah pekat lebih kurang 1 - 1 1/2 jam kerana lebih lama dimasak kuah akan bertahan lama tanpa perlu disimpan di dalam fridge
  • cara menghidang: masukkan spagetti ke dalam mangkuk diikuti dengan timun, taugeh, bawang, limau, kuah dan sambal belacan

source: freeda, myr (ubah sedikit)

25 June 2009

Nasi goreng sotong cili padi

Bahan-bahan:
500gm nasi putih
200gm sotong - dibersih dan dipotong bulat
1/2 labu bawang besar - dipotong dadu kecil
1-2 camt kicap cair atau kicap pekat
1 camb sos tiram
1 camb sos cili
3 biji telur
garam dan gula secukupnya
minyak

Bahan2 kisar/tumbuk:
2 biji cili merah
6-7 biji cli padi - nak lebih pedas boleh lebihkan
1cm kiub belacan
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

cara:
  • telur digoreng secara scramble dan diketepikan
  • kemudian gorengkan pula sotong sehingga masak, angkat dan ketepikan
  • panaskan minyak, tumis bawang besar dan bahan2 kisar sehingga wangi dan terbit minyak
  • bubuh kicap, sos tiram, sos cili, garam dan gula secukup rasa
  • kacau 1-2 min kemudian masukkan nasi, telur dan sotong
  • gaul rata kemudian angkat dan hidangkan

note: kalau nak letak sayur pun boleh ikut selera masing2

source: puan norzailina nordin

Ikan tiga rasa resepi III

Bahan-bahan:
500gm ikan bawal / ikan siakap
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
2 sudu besar halia yang telah dicincang
1 sudu besar bawang putih yang telah dicincang
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar cili sos
beberapa titik minyak bijan - optional
2ooml air
1 sudu besar bancuhan tepung jagung
3 tangkai daun ketumbar
2 tangkai cili merah - dibuang biji dan dicincang kasar
minyak secukupnya

cara:
  • panaskan minyak
  • campurkan kedua2 jenis tepung
  • lumurkan ikan dengan serbuk lada sulah
  • sadurkan ikan bersama tepung dan goreng sehingga masak
  • toskan minyaknya dan ketepikan
  • setelah itu panaskan 3 sudu besar minyak
  • tumiskan halia dan bawang putih sekejap cukup sekadar layu sahaja
  • masukkan air,kecilkan api dan renehkan buat seketika
  • setelah itu masukkan ketiga2 sos dan kacau rata
  • masukkan pula beberapa titik minyak bijan dan bancuhan tepung jagung
  • kacaukan sebati
  • padamkan api dan tuangkan kuah ke atas ikan yang telah digoreng tadi
  • taburkan daun ketumbar dan cili merah cincang
  • hidangkan bersama2 dengan nasi dan lauk pauk

source: noormasri

23 June 2009

Soft apple roll



Bahan-bahan (6 rolls):
160gm tepung roti
40gm tepung kek
6gm (1 1/2 camt) instant yeast
40gm gula pasir
2gm garam
10gm susu tepung
10gm unsalted butter
1 biji telur
80gm air

egg wash - campuran 1 biji telur & 2 camt air

Bahan2 inti:
230gm apple (dalam 2 biji) - dikupas kulit dan potong kecil
50gm gula pasir
1 camt jus lemon
100ml air
1/2 camt esen vanila

icing glaze - gula aising, air

cara:
  • untuk inti: masukkan semua bahan ke dalam mangkuk tahan panas
  • masak dengan api sederhana panas sehingga apple menjadi lembut dan gula larut dan menjadi pekat
  • angkat dan biarkan sejuk
  • untuk roti: masukkan semua bahan ke dalam BM dan tekankan untuk setting doh
  • tunggu sehingga siap selama 1 1/2 bergantung pada jenis BM
  • kemudian keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • kemudian bentukkan doh menjadi bulat dan rehatkan selama 10-15 min
  • ambil doh tadi dan canaikan sebesar 20x30cm (gambar no. 1 & 2)
  • taburkan inti apple tadi ke atas doh (gambar no. 3)
  • kemudian gulungkan seperti swiss roll (gambar no. 4 & 5)
  • setelah itu potongkan kepada 6 bahagian
  • susunkan ke dalam springform pan yang telah digriskan terlebih dahulu (gambar no. 6)
  • biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min ke 1 jam
  • jika berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi ke dalam oven tanpa perlu ON kan
  • apitkan kiri kanan atau atas loyang tadi dengan dua cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikkan doh (gambar no. 7 & 8)
  • setelah doh naik (gambar no. 9) bolehlah disapukan dengan eggwash (gambar no. 10)
  • bakar pada suhu 180C selama 25 min atau sehingga masak dan keperangan
  • keluarkan dari oven dan tuangkan icing glaze ke atas roti
  • enak dimakan untuk minuman petang

note: selepas 4 hari roti nie masih lagi lembut dan basic doh untuk resepi nie boleh digunakan untuk untuk ape2 resepi pun kerana kelembutan texturenya

source: dd

22 June 2009

Chocolate macaroons


Bahan-bahan (30 keping bergantung pada saiz):
110gm gula aising
65gm serbuk badam (ground almond)
13gm serbuk koko
60gm putih telur - dalam 2 biji
20gm gula kastor
secubit cream of tartar

filling (boleh dipelbagaikan ikut kegemaran masing2):
120gm cream cheese
1 camb jus lemon
2 camb gula aising
1 camb whipping cream
parutan kulit lemon dari 1 biji lemon

cara:
  • ayakkan gula aising, serbuk badam dan serbuk koko
  • ketepikan
  • pukul putih telur dengan cream of tartar sehingga berbuih
  • masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga gebu dan kembang (apabila diangkat dengan spatula adunan tidak mudah jatuh)
  • kaupbalikkan adunan tepung sedikit demi sedikit sebanyak 4 kali sehingga sebati
  • masukkan adunan ke dalam piping bag
  • dengan menggunakan 5mm nozzle pipekan adunan ke atas dulang pembakar yang telah digris atau dilapik dengan non-stick paper sebesar 2.5cm (lihat gambar)
  • lakukan sehingga habis
  • setelah itu hentakkan dulang pembakar tadi untuk mengeluarkan angin
  • ketepikan selama 1 jam supaya adunan mengeras
  • kemudian bakar pada suhu 150C selama 15 min atau sehingga keras
  • biarkan sejuk sebelum di angkat dari dulang dan diisikan dengan filling
  • untuk membuat filling: ayakkan dulu gula aising
  • kemudian satukan semua bahan dan pukul sehingga sekadar sebati
  • simpan di dalam fridge lebih kurang 1 jam sebelum digunakan

notes & tips: guna pisau yang tajam untuk kikiskan dari dulang pembakar atau non-stick paper dan hati2 kerana ianya mudah rapuh. sebaik2nya lapikkan dulang pembakar dengan non-stick paper/parchment paper supaya senang untuk diangkat. remove macaroons from the parchment paper - they should be removed as soon as they come from the oven. you will need to create moisture under the cookies. carefully loosen the parchment paper , lifting the paper, pour a little hot water under the paper. The water may bubble and steam. allow the macaroons to remain on the parchment for about 20 seconds, then peel the macaroons off the paper and place them on a cooling rack

source: vogue magazine

Pajeri telur goreng

Bahan-bahan:
7 biji telur - direbus dan digoreng hingga kekuningan
2 sudu besar rempah kari ikan - bancuh dengan sedikit air panas untuk dijadikan pes
2 sudu besar santan
2 tangkai cili hijau/merah - dibelah 2
1cm halia - dihiris
4 kuntum bunga lawang
air asam jawa secukupnya
air - optional
garam dan gula secukup rasa
4-5 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan-bahan kisar:
5-6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

cara:
  • panaskan minyak
  • tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau
  • masukkan pes rempah kari dan kacau sehingga garing
  • setelah itu masukkan santan, air asam jawa, sedikit air jika perlu, gula dan garam secukup rasa
  • kacau rata
  • apabila mendidih, masukkan bunga lawang dan hirisan halia diikuti dengan telur goreng dan cili hijau/merah
  • biarkan di atas dapur sebentar sebelum diangkat dan dihidangkan

source: noormasri

21 June 2009

Sausage rolls





Bahan-bahan (12 biji):
300gm tepung roti
5gm (1 1/2 camt) instant yeast
10gm gula pasir
1 camt garam
30gm unsalted butter (pada suhu bilik)
220gm campuran 1 biji telur dan susu segar

egg wash - 1 biji telur + 2 camt air, kacau
12 biji sosej
slices cheese - jika suka
sedikit olive oil - untuk sapuan atas roti setelah dibakar

cara:

  • masukkan semua bahan ke dalam BM dan tekankan untuk setting doh
  • tunggu sehingga siap selama 1 1/2 bergantung pada jenis BM
  • kemudian keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • kemudian bahagikan doh kepada 12 bahagian dengan setiap satu seberat 45gm
  • bentukkan semula menjadi bulat dan lakukan sehingga habis (gambar No. 1)
  • setelah itu rehatkan selama 10 min
  • ambil satu doh tadi dan canaikan menjadi bentuk oval (gambar no. 2 & 3)
  • letakkan satu sosej ke atas doh (gambar no. 4)
  • kemudian potongkan kepada 5 bahagian kiri dan kanan (gambar no. 5)
  • tutupkan sosej tadi seperti bentuk plait (gambar no. 6) dan lakukan sehingga habis (gambar no. 7)
  • boleh juga diletakkan slices cheese di atas sosej (gambar no. 8) dan tutupkan semula sosej
  • susunkan di atas loyang yang telah digris atau dilapikkan dengan non-stick paper (gambar no. 9)
  • biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min ke 1 jam
  • jika berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi ke dalam oven tanpa perlu ON kan (gambar no. 10)
  • apitkan kiri kanan atau atas loyang tadi dengan dua cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikkan doh (gambar no. 11)
  • setelah itu sapukan doh dengan egg wash dan bakar pada suhu 200C selama 8 min, kemudian turunkan pada suhu 190C selama 5 min atau sehingga masak dan keperangan
  • keluarkan dari oven dan sapukan dengan sedikit olive oil supaya permukaan roti sentiasa lembut
  • sedap dimakan untuk minuman petang

source: dd

Marshmallows

Bahan-bahan:
1 cawan (110gm) icing sugar
2 camb + 1 1/2 camt gelatin
1 cawan air sejuk - dibahagi dua
2 cawan (450gm) gula pasir
1/2 cawan light corn syrup - boleh substitute guna golden syrup
1/4 camt garam
2 biji telur putih
1 camb esen vanila

cara:
  • griskan loyang 4 segi bersaiz 13x9x2 dan taburkan sedikit icing sugar
  • ketepikan
  • kemudian satukan gelatin dan 1/2 cawan air sejuk ke dalam mangkuk, kacau dan biarkan sehingga beku
  • panaskan gula pasir, corn/golden syrup, 1/2 cawan air sejuk dan garam dengan api yang sederhana panas
  • kacau sehingga gula larut
  • setelah itu kuatkan api dan biarkan sehingga mendidih tanpa perlu dikacau
  • angkat dan masukkan ke dalam campuran gelatin tadi
  • kacau sehingga sebati
  • pukul adunan sehingga gebu, pekat dan adunan naik 3 kali ganda selama lebih kurang 10 min
  • ketepikan
  • di dalam mangkuk yang lain pukul putih telur dengan esen vanila sehingga berbuih
  • kemudian tuangkan ke dalam campuran gelatin yang telah dipukul tadi
  • pukul lagi cukup sekadar sebati
  • setelah itu tuangkan ke dalam loyang yang telah disediakan dan taburkan sedikit icing sugar
  • biarkan sekurang2nya 3 jam atau semalaman tanpa perlu ditutup
  • keluarkan dari loyang dan potong marshmallow tadi selebar 1 inci
  • golekkan marshmallows ke atas icing sugar dan bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara atau hidangkan dengan hot chocolate

source: majalah gourmet

20 June 2009

Soft bread


Bahan-bahan (12 biji bergantung pada size):
310gm tepung roti
60gm tepung kek
40gm coffeemate
115ml susu segar
20gm susu pekat (condensed milk)
55gm gula kastor
3gm garam
7gm (2 1/4 camt) instant yeast
1 biji telur
2 biji kuning telur
40gm mentega

inti - bergantung pada kesukaan masing2
cream custard - optional

cara:
  • masukkan semua bahan ke dalam BM dan tekankan untuk setting doh
  • tunggu sehingga siap selama 1 1/2 bergantung pada jenis BM masing2
  • kemudian keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • bentukkan doh menjadi bulat yang besar dan biarkan rehat selama 10-15 min
    kemudian bahagikan doh kepada 12 bahagian dengan setiap satu seberat 60gm (kalau nak roti yang kecil boleh kurangkan kepada 55gm dan mungkin dapat dalam 14-16 biji)
  • bentukkan semula menjadi bulat dan lakukan sehingga habis
  • ambil satu doh tadi dan leperkan di atas tapak tangan
  • isikan inti yang disukai dan bentukkan semula menjadi bulat
  • susunkan ke dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu dengan jarakkan 1 jari
  • lakukan sehingga habis
  • kemudian biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min ke 1 jam
  • jika berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi ke dalam oven tanpa perlu ON kan
  • apitkan kiri kanan atau atas loyang tadi dengan dua cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikkan doh
  • jika suka sebelum dibakar bolehlah di sapukan dengan egg wash campuran telur dan susu segar/air dan kacau rata
  • pipekan custard cream jika suka
  • setelah itu bakar pada suhu 190-200C (bergantung pada jenis oven masing2) selama 15 min atau sehingga masak dan keperangan
  • setelah masak bolehlah dikeluarkan dari oven dan sapukan dengan olive oil supaya permukaan roti sentiasa lembut

source: florence

19 June 2009

English bread


Bahan-bahan (1 loaf):
300gm tepung roti
1 camt instant yeast
1 camb gula kastor
1 camt garam
30ml (2 camb) susu segar
180ml air suam
10gm mentega / unsalted butter

sedikit olive oil - untuk sapuan atas roti

cara:
  • masukkan semua bahan ke dalam BM dan tekankan untuk setting doh
  • tunggu sehingga siap selama 1 1/2 bergantung pada jenis BM masing2
  • kemudian keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • bentukkan doh menjadi bulat yang besar dan biarkan rehat selama 10-15 min
  • kemudian bahagikan doh kepada dua bahagian dengan setiap satu seberat 265gm
  • bentukkan semula menjadi bulat besar
  • ambil satu doh tadi dan canaikan menjadi bentuk bulat dan gulungkan seperti swiss roll
  • susunkan ke dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu
  • lakukan lagi dengan doh yang satu lagi
  • kemudian biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min ke 1 jam
  • jika berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi ke dalam oven tanpa perlu ON kan
  • apitkan kiri kanan atau atas loyang tadi dengan dua cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikkan doh
  • setelah itu bakar pada suhu 190-200C (bergantung pada jenis oven masing2) selama 30-35 min atau sehingga masak dan keperangan (jika suka roti yang crusty bolehlah ditaburkan sedikit tepung ke atas doh tadi sebelum dibakar, jika suka bolehlah disapukan dengan egg wash campuran telur dan susu atau air)
  • setelah masak bolehlah dikeluarkan dari oven dan sapukan dengan olive oil supaya permukaan roti sentiasa lembut
  • biarkan sejuk dan bolehlah dipotong

source: happy home baking

18 June 2009

Butter chiffon cake


Bahan-bahan:
50gm mentega
3 biji telur kuning
15gm gula kastor
35gm air
70gm tepung kek
1/4 camt baking powder
25gm serbuk badam (ground almond)

4 biji putih telur
65gm gula kastor
secubit cream of tartar - optional

cara:
  • cairkan mentega di dalam periuk tahan panas sehingga bertukar warna keperangan
  • angkat dan biarkan sejuk
  • ayakkan tepung, baking powder dan serbuk badam. ketepikan
  • pukul kuning telur dengan gula sehingga kembang
  • masukkan mentega cair tadi dan pukul sehingga rata
  • setelah itu kaupbalikkan campuran tepung dan kacau sehingga rata. ketepikan
  • di dalam mangkuk adunan yang lain pukul putih telur bersama2 dengan cream of tartar sehingga berbuih
  • masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi sehingga gebu dan kembang (pastikan apabila adunan di angkat dengan spatula ianya tidak mudah jatuh kerana proses ini penting untuk mendapatkan chiffon kek yang lembut dan ringan)
  • kemudian kaupbalikkan 1/4 adunan putih telur ke dalam adunan mentega tadi sehingga sebati
  • lakukan sehingga habis sebanyak 3 peringkat
  • setelah itu bolehlah tuangkan adunan ke dalam loyang saiz 18cm atau 20cm (tidak perlu digris) dan hentakkan sedikit supaya keluarkan lebihan angin
  • bakar pada suhu 175C selama 35-40 min atau sehingga masak
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk dahulu barulah dikeluarkan dari loyang
  • potong dan hidangkan sebagai minuman petang

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga

source: happy flour

16 June 2009

Cream cheese chiffon cake


Bahan-bahan:
70gm susu segar
65gm philadelphia cream cheese
30gm mentega
75gm tepung kek
1/4 camt baking powder
4 biji telur kuning
1/4 camt garam

4 biji telur putih
1/4 camt cream of tartar
85gm gula kastor

cara:
  • masak mentega, cream cheese dan susu segar secara double boiler (lihat gambar) sehingga semuanya sebati dan pekat
  • ketepikan dari api dan biarkan sejuk
  • ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder dan ketepikan
  • pukul kuning telur dan garam sehingga sebati
  • kemudian masukkan campuran adunan cheese tadi dan pukul lagi sehingga rata
  • selepas itu kaupbalikkan tepung ke dalam adunan sehingga sebati
  • ketepikan
  • di dalam mangkuk adunan yang lain pukul putih telur bersama2 dengan cream of tartar sehingga berbuih
  • masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi sehingga gebu dan kembang (pastikan apabila adunan di angkat dengan spatula ianya tidak mudah jatuh kerana proses ini penting untuk mendapatkan chiffon kek yang lembut dan ringan)
  • kemudian kaupbalikkan 1/4 adunan putih telur ke dalam adunan cheese tadi sehingga sebati
  • lakukan sehingga habis sebanyak 3 peringkat
  • setelah itu bolehlah tuangkan adunan ke dalam loyang (tidak perlu digris) dan hentakkan sedikit supaya keluarkan lebihan angin
  • bakar pada suhu 175C selama 40-45 min atau sehingga masak
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk dahulu barulah dikeluarkan dari loyang
  • potong dan hidangkan sebagai minuman petang

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga

source: alex goh

15 June 2009

14 June 2009

Kuih kasui resepi II

Bahan-bahan:
240gm gula merah
500ml air
120gm tepung beras
60gm tepung ubi
60gm tepung gandum
250ml air
2 camt air kapur

200gm kelapa parut
1/2 camt garam

cara:
  • masak gula merah dengan 500ml air sehingga gula larut
  • tapiskan dan biarkan sejuk
  • setelah itu masukkan semua tepung, air kapur, 250ml air dan air gula merah ke dalam blender
  • blend sehingga sebati
  • griskan loyang 20cm dengan sedikit minyak
  • kemudian tapiskan adunan tadi ke dalam loyang dan kukus sehingga masak
  • setelah masak biarkan sejuk
  • potong dan gaulkan dengan campuran kelapa parut dan garam
  • hidangkan

note: pada yang tinggal di negara yang susah untuk mendapat fresh kelapa parut, bolehlah digunakan dessicated coconut dan campurkan dengan sedikit air, kemudian masukkan ke dalam microwave sekejap

source: ayu, frd

13 June 2009

Ginger beef kuew teow

Bahan-bahan (2 orang):
250gm kuew teow
2 cawan stok daging
100gm daging - dihiris lebar & nipis
1/2 cawan kobis cina & karot - dihiris
2 sudu besar halia muda - dihiris nipis & lebar
1 ulas bawang putih - diketuk
1 biji telur
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar sos tiram
1 kiub ayam - saiz yang kecil
air bancuhan tepung jagung - untuk memekatkan kuah
minyak
daun bawang - dihiris panjang

cara:
  • gaulkan kuew teow dengan kicap masin dan sedikit minyak
  • kemudian gorengkan sekejap kuew teow tadi
  • angkat dan letakkan di dalam pinggan
  • tuangkan sedikit minyak di dalam kuali yang sama
  • gorengkan daging bersama halia sehingga daging garing dan masak
  • angkat dan letakkan di atas kuew teow goreng tadi
  • letakkan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih sehingga kekuningan
  • masukkan stok daging dan biarkan sehingga mendidih
  • kemudian masukkan sos tiram, kiub ayam, kedua2 sayur dan bancuhan tepung jagung
  • kacaukan rata
  • selepas itu bolehlah dipecahkan telur dan kacaukan kuah perlahan2
  • akhir sekali bolehlah dituangkan kuah ke atas kuew teow
  • taburkan dengan daun bawang dan hidangkan bersama2 dengan cili jeruk

source: sunkist, myr (ubah sedikit)

Ban buttermilk bermadu


Bahan-bahan (12 biji):
3 cawan (380gm) tepung roti
2 camt yis
1 1/2 camt garam
3/4 cawan buttermilk
3 camt mentega atau unsalted butter
3 camb madu
1/2 cawan air

Bahan2 inti:
200ml susu cair (evaporated milk)
1/2 cawan (115gm) gula kastor
240gm mentega
300gm serbuk badam (ground almond)
2 biji telur
secubit garam
1/2 camt serbuk kulit kayu manis

cara:
  • untuk membuat doh: masukkan semua bahan ke dalam bread maker dan tekankan untuk setting doh (dimulakan memasuki bahan2 cair dahulu dan jangan biarkan yis dan garam bercampur kerana yis akan menjadi tidak aktif)
  • tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam (ini bergantung pada jenis BM masing2)
  • selepas siap keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah disapukan dengan sedikit tepung (peringatan: jika doh lembik, pastikan tangan sentiasa disapu dengan tepung)
  • tumbuk2kan doh supaya mengeluarkan angin
  • kemudian bentukkan doh menjadi bulat yang besar dan rehatkan sekejap selama 10-15 min
  • selepas itu bolehlah dibahagikan doh tadi kepada 12 bahagian dengan setiap satu seberat 55gm
  • bentukkan setiap satu doh menjadi bulat
  • ambil satu doh tadi dan leperkan di atas tapak tangan
  • isikan inti dan tutupkan semula menjadi bulat
  • susunkan di atas loyang/baking tray yang telah digris terlebih dahulu
  • lakukan sehingga habis
  • setelah itu biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min
  • jika berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi ke dalam oven tanpa perlu ON kan
  • apitkan kiri kanan atau atas loyang tadi dengan dua cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikkan doh
  • kemudian bakar pada suhu 190C selama 12-15 min atau sehingga masak dan keperangan (jika suka bolehlah disapukan dengan 1 biji kuning telur + 1 camt susu segar atau cair dan kacaukan sebati)
  • keluarkan dari oven dan sapukan permukaan roti dengan sedikit olive oil supaya permukaan roti sentiasa lembut (ini bergantung pada kesukaan masing2 jika hendak disapukan dengan mentega)
  • cara memasak inti: di dalam periuk tahan panas, satukan gula, susu dan mentega
  • panaskan di atas api sederhana
  • masukkan serbuk badam, telur dan kacaukan rata
  • didihkan selama 1 min
  • ketepikan dari api
  • masukkan garam dan serbuk kulit kayu manis
  • kacau rata dan biarkan sejuk di dalam fridge sebelum digunakan (inti boleh disediakan sehari atau beberapa hari sebelumnya)

note: jika tiada stok buttermilk bolehlah disubstitutekan dengan campuran susu segar + 1 camb jus lemon = 1 cawan. inti bergantung pada kesukaan masing2

source: puan norzailina nordin

11 June 2009

Strawberry swiss roll

Bahan-bahan:
3 biji telur - diasingkan putih dan kuning
45gm gula pasir
55gm tepung naik sendiri (self-raising flour) - diayak
35gm minyak jagung
1/2 camt strawberry paste atau strawberry emulco
6 biji glaze cherry - dipotong kecil

100gm whipped cream atau buttercream
strawberry jam secukupnya

cara:
  • griskan loyang bersaiz 10" x 13" dan lapikkan dengan kertas minyak (parchment paper)
  • kemudian taburkan buah cherry yang telah dipotong kecil tadi dan ketepikan
  • pukul putih telur sehingga berbuih
  • masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga gebu dan kembang
  • setelah itu masukkan kuning telur sambil dipukul dengan kelajuan yang sederhana sehingga sebati selama 1 min
  • kaupbalikkan tepung ke dalam adunan sebanyak 3 kali sehingga sebati
  • akhir sekali masukkan strawberry paste/emulco dan minyak jagung
  • kacau sehingga rata tetapi jangan overmix
  • tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disediakan tadi
  • bakar pada suhu 190C selama 10-12 min atau sehingga masak
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk
  • angkat kek dari loyang dan alihkan ke atas kertas minyak yang baru (pastikan lapisan buah cherry di bawah)
  • sapukan whipped cream atau buttercream secukupnya dan kemudian sapukan dengan strawberry jam
  • gulungkan kek sekali dengan kertas dan simpankan di dalam fridge sekejap supaya kek tergulung cantik
  • potong dan hidangkan

source: happy flour

10 June 2009

Bahulu kukus resepi I


Bahan-bahan (12 biji bergantung pada saiz):
300gm tepung gandum
1/2 camt soda bikarbonat
5 biji kuning telur
4 biji putih telur
250gm gula pasir
1/2 camt esen vanila
175ml sprite/7up
sedikit pewarna - ikut suka

cara:
  • ayakkan tepung dengan soda bikarbonat dan ketepikan
  • susunkan muffin cup ke dalam bekas aluminium yang kecil dan ketepikan
  • didihkan air kukusan
  • pukul telur, gula pasir dan esen vanila sehingga kembang
  • masukkan sedikit tepung berselang-seli dengan air sprite/7up sebanyak 3 kali (tepung-sprite-tepung-sprite-tepung-sprite) sambil dipukul sehingga sebati
  • bahagikan adunan kepada 2 bahagian
  • warnakan satu bahagian dengan warna yang disukai dan biarkan satu lagi adunan tanpa warna
  • sudukan setiap adunan ke dalam acuan yang telah disediakan
  • kukus sehingga masak lebih kurang 15-20 min
  • pastikan baulu dicucuk dengan lidi untuk memastikan ianya betul2 masak (kadang2 bahagian atas masak tetapi bahagian bawah tidak masak)
  • selepas masak bolehlah dihidangkan sebagai minuman petang

source: majalah saji

9 June 2009

Chocolate chips coffee buns


Bahan-bahan (7 biji):
250gm tepung roti
15gm susu tepung
5gm (1 1/2 camt) instant yis
1/4 camt bread improver - optional kalau tak ada pun texture roti still lembut
40gm gula pasir
1/2 camt garam
1 biji telur
110gm chocolate milk
4 camt nescafe coffee powder atau kenco (di UK)
30gm mentega

chocolate chips secukupnya - sebagai inti

cara:
  • panaskan chocolate milk dan nescafe ke dalam mangkuk tahan panas sehingga nescafe larut dan sebati
  • kemudian padamkan api oven dan biarkan sejuk
  • masukkan semua bahan termasuk campuran nescafe ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting doh
  • tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam
  • setelah itu keluarkan dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi dan bentukkan menjadi bulat
  • rehatkan selama 10 min
  • kemudian bahagikan doh kepada 7 bahagian dengan setiap satu seberat 70gm
  • bentukkan menjadi bulat dan lakukan sehingga habis
  • ambil satu doh dan canaikan menjadi bentuk segi empat bujur 14cm x 12cm
  • taburkan sedikit chocolate chips dan gulungkan seperti swiss roll
  • lakukan sehingga habis dan susunkan ke atas loyang yang telah digriskan dengan mentega
  • setelah itu biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min
  • jika berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi ke dalam oven tanpa perlu ON kan
  • apitkan kiri kanan atau atas loyang tadi dengan dua cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikkan doh
  • kemudian bakar pada suhu 190C selama 12-15 min atau sehingga masak dan keperangan
  • keluarkan dari oven dan sapukan dengan sedikit olive oil supaya permukaan roti sentiasa lembut

source: happy flour (diubah suai sedikit)

Ikan bakar portugis resepi I

Bahan-bahan:
4 ekor ikan kembung
3 helai daun limau purut - dihiris halus
3 sudu besar sos cili thai
3 sudu besar minyak
garam dan gula secukup rasa
daun pisang & aluminium foil

Bahan2 kisar (kisar dengan 100ml air):
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1 batang serai
2cm lengkuas
1cm kunyit
2 biji cili merah - dibuang biji
2-3 biji cili padi
3 sudu besar pes cili (cili kisar)
1cm belacan - dibakar dahulu
jus dari 1 biji limau nipis

cara:

  • lumur ikan dengan garam dan perap selama 20 minit
  • panaskan minyak
  • tumis bahan2 kisar sehingga wangi
  • masukkan sos cili thai dan kacau rata
  • bila kuah bertambah pekat, bubuh garam dan gula
  • angkat
  • letak sehelai daun pisang di atas aluminium foil
  • sudukan sedikit kuah
  • letakkan ikan dan bubuh lagi kuah diatasnya
  • taburkan daun limau purut dan bungkus kemas
  • bakar pada suhu 200C selama 30 min atau sehingga masak
  • boleh juga dipanggang di atas bara api atau di masak di atas kuali leper

source: puan norzailina nordin

7 June 2009

Ikan sepat masak lemak nenas

Bahan-bahan:
1/2 biji nenas masak - dipotong serong jangan terlalu nipis (boleh juga gunakan nenas dalam tin)
4 ekor ikan sepat
3 cawan santan pekat
1 cawan air
garam secukup rasa
serbuk perasa - jika suka

Bahan2 kisar:
10 batang cili padi
1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
1 inci belacan

cara:
  • masukkan nenas, ikan sepat, bahan2 kisar dan air ke dalam mangkuk
  • masak di atas api yang sederhana selama 10 min sehingga ikan sepat masak
  • masukkan pula santan, garam dan serbuk perasa
  • biarkan sehingga kuah mendidih
  • kemudian bolehlah dipadamkan api dan siap untuk dihidangkan

source: D

Kek cokelat

Bahan-bahan:
225gm tepung naik sendiri (self-raising flour)
55gm serbuk koko
4 biji telur
225gm gula kastor
340gm mentega
3 camb susu manis (condensed milk)
55gm air
1 camt esen vanila

cara:
  • griskan loyang kek bersaiz 8" dan ketepikan
  • ayak tepung dan serbuk koko secara berasingan. ketepikan
  • bancuhkan susu dengan air dan ketepikan
  • panaskan oven pada suhu 160C dan apabila hendak masukkan kek barulah diturunkan kepada suhu 150C
  • pukul mentega, gula dan esen vanila sampai gebu dan ringan (apabila di angkat dengan spatula adunan tidak mudah jatuh)
  • masukkan telur satu persatu dan pukul lagi sehingga rata
  • masukkan 1/2 bahagian tepung, 1/2 bahagian serbuk koko dan 1/2 bahagian air susu (tepung-serbuk koko-air susu)
  • pukul lagi sehingga rata
  • masukkan lagi lebihan tepung, serbuk koko dan air susu dan pukul lagi sehingga rata
  • masukkan tin ke dalam loyang dan hentakkan sedikit supaya keluarkan lebihan angin
  • bakar selama 60 min atau sehingga masak
  • setelah 45 min, sila buka oven dan lihat keadaan kek
  • jika masih belum masak, turunkan kepanasan oven kepada 140C dan biarkan sehingga ia masak
  • untuk mengetahui kek sudah masak, cucu dengan lidi atau cake tester
  • jika lidi bersih apabila dikeluarkan, bermakna kek sudah masak

note: senang, mudah dan sedap ... kek nie boleh dijadika basic kek dan hiaskan dengan glazing

source: k.rossya

French toast

Bahan-bahan:
Beberapa keping roti
2 biji telur
2 camb gula pasir
4 camb susu segar
secubit serbuk kulit kayu manis

mentega

cara:
  • pukul telur, gula, susu dan serbuk kulit kayu manis sehingga sebati. ketepikan
  • cairkan sedikit mentega di dalam kuali sehingga kelihatan berbuih
  • ambil satu roti dan celupkan ke dalam adunan
  • letakkan di dalam kuali tadi dan masak sehingga keperangan
  • angkat dan letakkan di atas pinggan yang telah di lapikkan dengan kitchen towel untuk menyerap lebihan minyak
  • taburkan dengan sedikit gula
  • sesuai dihidang sebagai minuman pagi dan petang

3 June 2009

Bun inti cokelat


Bahan-bahan (8 biji):
Bahan2 inti cokelat:

20gm tepung kek - kalau berada di UK boleh guna sponge flour
50gm gula pasir
1 biji telur putih
80ml susu segar - pada suhu bilik
18gm serbuk koko
10gm mentega

Bahan2 untuk doh:
270gm tepung roti (high protein flour)
30gm tepung kek
5gm (1 1/2 camt) instant yeast
15gm susu tepung
40gm gula kastor
1/4 camt garam
125gm susu segar
1/2 biji telur
75gm whipping cream atau heavy cream

sedikit olive oil - untuk sapuan atas roti

cara:
  • inti: campurkan gula, tepung kek dan telur putih ke dalam mangkuk adunan
  • gaulkan sehingga sebati
  • masukkan susu ke dalam mangkuk tahan panas dan panaskan dengan api sederhana panas sehingga hampir2 mendidih
  • kemudian masukkan serbuk koko dan kacau sehingga sebati
  • masukkan campuran putih telur tadi ke dalam adunan kok dan gaulkan sehingga sebati dan pekat
  • akhir sekali masukkan mentega
  • gaulkan rata dan sehingga pekat
  • angkat dan biarkan sejuk
  • bolehlah disimpan di dalam fridge sehingga hendak menggunakannya (boleh dibuat sehari sebelumnya)
  • cara membuat doh: masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting doh
  • tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam (nie bergantung pada jenis BM masing2)
  • setelah itu keluarkan dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung (lihat gambar No. 1 & 2)
  • tumbuk2kan doh tadi (gambar No. 2) dan bentukkan menjadi bulat (gambar No. 3)
  • rehatkan selama 10 min (gambar No. 4)
  • kemudian bahagikan doh kepada 8 bahagian dengan setiap satu seberat 70gm (gambar No. 5) - jika ingin membuat rolls timbang doh seberat 50-55gm (ikut suka masing2)
  • bentukkan menjadi bulat (gambar No. 6) dan lakukan sehingga habis
  • ambil satu doh (gambar No. 7) dan canaikan menjadi bentuk segi empat bujur 14cm x 12cm (gambar No. 8)
  • letakkan inti (gambar No. 9) dan potong jaluran (gambar No. 10)
  • gulungkan (gambar No. 11) dan lakukan sehingga habis
  • susunkan ke atas loyang yang telah digriskan dengan mentega (gambar No. 12)
  • setelah itu biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min
  • jika berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi ke dalam oven tanpa perlu ON kan
  • apitkan kiri kanan atau atas loyang tadi dengan dua cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikkan doh (gambar No. 13)
  • kemudian bakar pada suhu 190C selama 12-15 min atau sehingga masak dan keperangan
  • keluarkan dari oven dan sapukan dengan sedikit olive oil supaya permukaan roti sentiasa lembut

note: inti boleh digantikan dengan inti kelapa, inti kacang merah, kaya dan sebagainya

source: happy home baking (telah diubah suai)

Daging masak halia

Bahan-bahan:
500gm daging batang pinang - dihiris nipis
1/2 camt garam
2 labu bawang besar - dihiris bulat
2 biji cili merah - dibelah 2 atau dihiris
1 batang saderi - dihiris serong
1 batang leek - dihiris serong
1 cawan air

Bahan2 tumbuk:
2 inci halia
4 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup

Bahan2 sos:
1 camb sos lada hitam atau steak sauce kalau berada di UK
1 1/2 camb sos tiram
1 camb kicap pekat
2 camb kicap cair

cara:
  • perapkan daging dengan garam dan bahan2 tumbuk
  • simpan di dalam fridge selama 1 jam
  • setelah itu panaskan minyak dan masukkan daging
  • kacau rata dan biarkan daging sehingga kecut
  • masukkan pula bahan2 sos, air dan gaulkan rata
  • kemudian masukkan leek dan saderi
  • kecilkan api dan renihkan dengan api sederhana sehingga daging lembut dan kuah pekat
  • akhir sekali masukkan bawang besar dan cili merah
  • kacau rata dan biarkan sehingga bawang layu
  • sesuaikan rasa dan matikan api
  • hidangkan dengan nasi putih dan lauk pauk yang lain

source: mat gebu

2 June 2009

Kaya balls

Bahan-bahan (15 biji bergantung pada saiz acuan):
250gm tepung gandum
1 camt baking powder
secubit garam
125gm mentega
75gm gula kastor
4 biji telur
200ml susu segar
1/2 camt esen vanila
serikaya secukupnya

cara:
  • lengserkan acuan aluminium bulat atau muffin pan dengan sedikit minyak. ketepikan
  • ayak tepung, baking powder dan garam. ketepikan
  • kemudian pukul mentega dan gula sehingga kembang
  • masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi sehingga habis
  • setelah itu masukkan pula esen vanila dan pukul lagi
  • akhir sekali masukkan susu dan tepung berselang-seli sebanyak tiga kali sambil dipukul sehingga sebati (susu-tepung-susu-tepung-susu-tepung)
  • dengan menggunakan scoop ice-cream, masukkan adunan agak2 separuh acuan
  • sudukan pula sedikit kaya dan tutupkan semula dengan lebihan adunan
  • lakukan sehingga habis adunan
  • bakar pada suhu 145C selama 10-12 min
  • hidangkan sebagai minuman petang

source: mamafami

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin