Pages

13 June 2009

Ban buttermilk bermadu


Bahan-bahan (12 biji):
3 cawan (380gm) tepung roti
2 camt yis
1 1/2 camt garam
3/4 cawan buttermilk
3 camt mentega atau unsalted butter
3 camb madu
1/2 cawan air

Bahan2 inti:
200ml susu cair (evaporated milk)
1/2 cawan (115gm) gula kastor
240gm mentega
300gm serbuk badam (ground almond)
2 biji telur
secubit garam
1/2 camt serbuk kulit kayu manis

cara:
  • untuk membuat doh: masukkan semua bahan ke dalam bread maker dan tekankan untuk setting doh (dimulakan memasuki bahan2 cair dahulu dan jangan biarkan yis dan garam bercampur kerana yis akan menjadi tidak aktif)
  • tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam (ini bergantung pada jenis BM masing2)
  • selepas siap keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah disapukan dengan sedikit tepung (peringatan: jika doh lembik, pastikan tangan sentiasa disapu dengan tepung)
  • tumbuk2kan doh supaya mengeluarkan angin
  • kemudian bentukkan doh menjadi bulat yang besar dan rehatkan sekejap selama 10-15 min
  • selepas itu bolehlah dibahagikan doh tadi kepada 12 bahagian dengan setiap satu seberat 55gm
  • bentukkan setiap satu doh menjadi bulat
  • ambil satu doh tadi dan leperkan di atas tapak tangan
  • isikan inti dan tutupkan semula menjadi bulat
  • susunkan di atas loyang/baking tray yang telah digris terlebih dahulu
  • lakukan sehingga habis
  • setelah itu biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min
  • jika berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi ke dalam oven tanpa perlu ON kan
  • apitkan kiri kanan atau atas loyang tadi dengan dua cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikkan doh
  • kemudian bakar pada suhu 190C selama 12-15 min atau sehingga masak dan keperangan (jika suka bolehlah disapukan dengan 1 biji kuning telur + 1 camt susu segar atau cair dan kacaukan sebati)
  • keluarkan dari oven dan sapukan permukaan roti dengan sedikit olive oil supaya permukaan roti sentiasa lembut (ini bergantung pada kesukaan masing2 jika hendak disapukan dengan mentega)
  • cara memasak inti: di dalam periuk tahan panas, satukan gula, susu dan mentega
  • panaskan di atas api sederhana
  • masukkan serbuk badam, telur dan kacaukan rata
  • didihkan selama 1 min
  • ketepikan dari api
  • masukkan garam dan serbuk kulit kayu manis
  • kacau rata dan biarkan sejuk di dalam fridge sebelum digunakan (inti boleh disediakan sehari atau beberapa hari sebelumnya)

note: jika tiada stok buttermilk bolehlah disubstitutekan dengan campuran susu segar + 1 camb jus lemon = 1 cawan. inti bergantung pada kesukaan masing2

source: puan norzailina nordin

2 comments:

Anonymous said...

Nampak menarik jer bun buttermilk nie..kat sini takde plak jual buttermilk nih.huhu

noreen said...

kalau tak ada boleh substitute ngan fresh milk + 1 camb lemon jadikan satu cawan

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin