400gm chicken breast
1 sudu makan halia yang telah dikisar
2 sudu makan tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan lada sulah
1 sudu kecil garam
1 sudu makan gula pasir
2 biji telur
2 sudu makan susu cair
Bahan2 sos lemon:
4 sudu makan jus lemon
5 sudu makan gula pasir
3 sudu makan tepung jagung
300ml air atau secukupnya bergantung pada kepekatan kuah yang diingini
1 sudu makan cuka
setitik dua lemon paste - kalau tak ada pun tak apa cuma lebihkan jus lemon
cara:
- chicken breast dilumurkan dengan halia kisar dan perapkan sebentar
- kemudian satukan tepung gandum, tepung jagung, lada sulah, garam, gula, telur dan susu di dalam pinggan/mangkuk
- gaulkan sebati
- selepas itu panaskan kuali dengan minyak yang banyak (terendam)
- celupkan ayam ke dalam campuran tepung tadi dan gorengkan dengan api sederhana panas sehingga masak
- angkat dan toskan minyaknya
- cara membuat sos: satukan semua bahan dan masak di dalam mangkuk tahan panas (sos hendaklah rasa masam2 manis)
- kacau sehingga kuah menjadi pekat sedikit
- selepas itu tuangkan ke atas ayam goreng tadi
- hidangkan panas2
source: jeni
2 comments:
Nampak crispy jer ayam tue... cicah dengan sos cili aci tak? hehe :D
kalau cicah ngan thai sweet chili sedap tu
Post a Comment