Pages

19 May 2007

Agar-agar santan


Bahan-bahan:
1 paket agar2 (20g) - direndam sehingga kembang
5 cawan air - untuk masak agar2
1 cawan gula merah / melaka - ikut pada kemanisan masing2
1/2 cawan gula pasir - ikut pada kemanisan masing2
1 cawan air - untuk masak air gula
1/2 tin santan pekat
2 biji telur
sedikit garam
1 helai daun pandan - disimpul

cara:
  • masukkan gula pasir, gula merah dan 1 cawan air ke dalam periuk. masak sehingga gula hancur
  • dalam periuk lain masakkan agar2 dengan 5 cawan air sehingga cair
  • blend telur dan santan dan masukkan sedikit garam
  • bila agar2 dah menggelegak, masukkan gula merah cair tadi dan kacau sebati
  • masukkan bahan2 blend ke dalam agar2 yg telah dicampurkan dengan air gula. masukkan jugak daun pandan utk dapatkan bau
  • kacau sentiasa supaya santan tidak berketul2
  • bila adunan dah nak pekat, masukkan dalam loyang dan kacau ikut putaran jam ke atas selama 5 min. kacau jgn berhenti supaya akan dapat dua lapisan santan di bawah dan gula di atas seperti di dalam gambar

2 comments:

umi_e said...

Sedapnya noreen!!! Fav kak e tu tau... ermmmm dah rasapun yang noreen buat hari tu... memang sedap... orang lain yang rasa pun kata sedap... even that Prof. pun suka makan and kata delicious!!!!!!! :)

Anonymous said...

Hi Noreen,

Ur jelly looks awesome! I would love to try this recipe. Can u please advise : 1 cawan in this recipe is 200ml or 250ml?

Thks in advance,
Susanna

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin