Pages

19 January 2008

Baked white chocolate cheesecake


Bahan-bahan (10 potong):
180gm white chocolate - kalau tak ada boleh jugak guna milk chocolate
150gm granita/digestive biscuits
80gm mentega - cairkan
500gm cheese cream - suhu bilik
300gm sour cream
3/4 cawan (170gm) gula kastor
1 camt esen vanila
3 biji telur - suhu bilik
thick cream - to serve

cara:

1. panaskan oven pada suhu 160C. letakkan baking paper ke dalam springform cake tin dan ketepikan

2. masukkan separuh white chocolate ke dalam food processor dan blend. biarkan kasar jangan halus sangat. ketepikan

3. masukkan biskut ke dalam food processor and blend sehingga hancur. sementara itu bolehlah di tuangkan mentega cair ke dalam FP dan biarkan ianya blend sebati dengan biskut tadi

4. bolehlah dituangkan adunan biskut tadi ke dalam tin kek dan simpan di dalam fridge selama 30 min

5. satukan cream cheese, sour cream, gula dan esen vanila ke dalam FP dan blend sehingga sebati sambil dimasukkan telur satu persatu

6. bolehlah dituangkan ke dalam tin kek yang berisi biskut dan taburkan white chocolate yg telah dikisar kasar tadi. kacaukan dengan garpu supaya ianya larut di dalam adunan dan bakar selama 50-60min atau sehingga masak

7. tutupkan api oven dan biarkan kek di dalam oven dengan direnggangkan pintu oven selama 2-3 jam (permukaan kek akan sedikit merekah)

8. selepas itu bolehlah disimpan di dalam fridge selama 4 jam

9. sapukan cream ke atas kek. parutkan lebihan white chocolate dan taburkan ke atas kek

10. bolehlah dipotong dan dihidangkan

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin