Bahan-bahan:
900gm ikan siakap - dilumurkan dengan garam dan tepung jagung
1 liter air rebusan ayam
80gm cili merah - dikisar
80gm bawang putih - dicincang halus
50gm serbuk lada sulah
2 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan kicap cair
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan serbuk kari ikan
1 sudu teh minyak bijan
garam secukup rasa
perasa secukupnya
cara:
1. ikan siakap tadi digoreng sehingga garing dan ketepikan
2. panaskan kuali dan tumiskan bawang putih sehingga kekuningan
3. masukkan serbuk kari dan cili. tumis sehingga wangi
4. masukkan sos tiram, lada sulah, kicap cair dan air rebusan
5. setelah mendidih, masukkan tepung jagung, garam dan perasa
6. tuangkan kuah ke atas ikan yang telah digoreng semasa menghidang
0 comments:
Post a Comment