Pages

15 January 2008

Lime and buttermilk cake

Bahan-bahan (8 potong):
250gm mentega - suhu bilik
2 biji limau nipis - parut ambil kulit dan jus dalam 3 camb
1 cawan (225gm) gula kastor
3 biji telur - asingkan putih & kuning
2 cawan (220gm) tepung naik sendiri - ayak
210ml buttermilk

lime icing:
1 cawan (110gm) gula aising - ayak
1 camt susu segar
1 - 1 1/2 camb jus limau nipis

cara:

1. panaskan oven pada suhu 170C

2. griskan tin kek bulat saiz 8" (20cm base) dan taburkan sedikit tepung supaya kek tidak melekat. letakkan ke atas baking tray dan ketepikan

3. dengan menggunakan electric mixer pukul mentega, 1 camb kulit limau dan gula di dalam mixing bowl sehingga gebu dan kembang

4. masukkan kuning telur satu persatu sambil di pukul sehingga sebati

5. setelah itu masukkan separuh sukatan tepung ke dalam adunan tadi dan kacau rata

6. masukkan pula separuh buttermilk ke dalam adunan dan 1 camb jus limau. kacau sebati

7. ulangi lagi dengan memasuki kesemua tepung, buttermilk dan 1 camb jus limau ke dalam adunan. kacau sehingga adunan sebati

8. sementara itu pukul putih telur sehingga jadi gebu dan bertanduk. masukkan ke dalam adunan dan kaupbalikkan supaya sebati

9. tuangkan adunan ke dalam tin kek tadi dan hentakkan sikit sebelum dibakar selama 50-60min atau sehingga masak

10. setelah masak biarkan di dalam oven selama 5 min sebelum di keluarkan dan diletakkan ke atas wire rack supaya sejuk

11. untuk membuat lime icing: satukan kesemua bahan2 supaya ianya menjadi icing yg pekat. jangan tuangkan kesemua jus limau tapi agak2 supaya aising tidak menjadi cair

12. sapukan lime icing ke atas kek sebelum dihidangkan

note: kek nie tidak besar cukup hanya sekadar 8-10 potong

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin