cooking time: 55 mins
Bahan-bahan (serves 8):
270gm (1 1/3 cawan) gula perang
185ml (3/4 cawan) susu segar
125gm mentega - suhu bilik
50gm (1/2 cawan) serbuk koko
1/4 camt soda bikarbonat
150gm (1 cawan) tepung naik sendiri
2 camb tepung gandum (plain flour)
3 biji telur - dipukul sedikit
chocolate icing:
195gm (1 1/4cawan) gula aising
1 camb serbuk koko
10gm (2 camt) mentega - suhu bilik
1 camb air panas
cara:
- panaskan oven pada suhu 160C. griskan tin kek bersaiz 8" (tin bulat) atau 19cm base measurement (4 segi) dan letakkan baking paper di atasnya. taburkan sedikit tepung supaya kek tidak melekat. ketepikan
- masukkan gula, susu dan mentega ke dalam periuk tahan panas. ayakkan serbuk koko dan soda bikarbonat ke dalam periuk tadi. panaskan periuk dengan suhu sederhana panas sambil dikacau dengan menggunakan whisk sehingga adunan menjadi cair dan sebati tetapi jangan sampai mendidih. tutupkan api dan biarkan sejuk dalam 5 min
- setelah itu tuangkan adunan yang telah sejuk tadi ke dalam mixing bowl. ayakkan separuh tepung naik sendiri bersama2 dengan separuh tepung gandum ke dalam mixing bowl dan kacau adunan dengan menggunakan whisk sehingga sebati. masukkan lagi kesemua tepung2 tadi dan masukkan juga telur sambil dikacau lagi supaya sebati
- tuangkan adunan ke dalam tin kek dan hentakkan sedikit tin kek sebelum dibakar selama 45-55 min atau sehingga kek masak
- setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 2 min sebelum dipindahkan ke atas wire rack. biarkan kek sejuk dalam 1 3/4 jam sebelum dipotong atau disapukan dengan chocolate icing
- jika rajin atau hendak membuat birthday cake bolehlah disapukan dengan chocolate icing dan hiaskannya denga deco masing2
- untuk membuat chocolate icing: ayakkan gula aising dan serbuk koko ke dalam mixing bowl. masukkan mentega dan air panas dan kacau dengan menggunakan spatula sehingga sebati. dengan menggunakan palette knife sapukan chocolate aising tadi ke atas kek yang telah sejuk. biarkan selama 50 min atau sehingga chocolate icing keras sedikit dan bolehlah dipotong
0 comments:
Post a Comment