Pages

25 January 2008

Karipap biasa resepi I

Bahan-bahan (25 biji bergantung pada size):
500gm tepung
120gm marjerin - dicairkan
1 camb crisco (shortening)
160-170ml air disatukan dengan
1 sudu teh garam

Bahan2 inti:
4 biji ubi kentang - dipotong dadu
200gm chicken/beef mince
1 labu bawang besar - cincang
2 camb serbuk kari
1 tangkai daun kari
garam & serbuk perasa secukup rasa
air secukupnya

cara:

1. inti: panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang hingga wangi. kemudian masukkan daun kari dan serbuk kari
2. apabila garing masukkan beef mince dan kacau rata. setelah itu bolehlah dimasukkan kentang dan air. apabila kentang separuh empuk bolehlah dimasukkan garam dan serbuk perasa secukupnya
3. kacau rata dan masak hingga kentang empuk
4. doh: satukan tepung, garam, crisco dan marjerin dalam mangkuk. masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati sehingga menjadi doh
5. ambil doh dan uli dengan kedua2 belah tangan sehingga terbentuk panjang seperti silinder. potongkan dalam 1" dan canaikan bulat setiap satu
6. bubuh sedikit inti dan dilipat dua. kelimkan bahagian tepinya atau boleh jugak digunakan acuan karipap
7. goreng dalam minyak yang sederhana panas hingga kekuningan

note: inti boleh jugak di letakkan telur rebus + inti daging & kentang (cara mama vogue, tq) dengan dipotong 8 untuk sebiji telur. tujuan meletakkan criso untuk menggaringkan karipap tapi jangan letak terlalu banyak sebab ianya akan terasa muak

3 comments:

Jun :) said...

wah noreen..byk tu wat karipap..dah abis? kalu x, courier sket..

noreen said...

jun ala goreng sikit je tu pun buat asben punya peberet dok ari2 tanya bila nak buat dia sorang je balun 10 ketul yg lelain simpan ler .... wah jun cayalah dah 15 thn sambut wedding anniversary noreen doakan hingga ke akhir hayat tumpang gembira utk jun n family

Anonymous said...

Bleh tny...klu tak letak shortening tu blh tak...?

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin