Pages

6 January 2008

Butter cake


Bahan-bahan (6 potong/keping):
125gm mentega - suhu bilik
1/2 cawan (115gm) gula kastor
1 camt esen vanila
2 biji telur - dipukul sedikit
1 1/4 cawan (140gm) tepung naik sendiri - ayak
1/4 cawan buttermilk atau susu segar
2 camt air panas
gula aising - untuk ditaburkan di atas kek

cara:
  • panaskan oven pada suhu 170C
  • griskan tin kek yang bulat bersaiz 7" (20cm base) dan letakkan baking paper. taburkan sedikit tepung dan ketepikan
  • pukul mentega, gula dan esen vanila di dalam mixing bowl yang sederhana besar sehingga gebu dan kembang
  • masukkan telur sedikit demi sedikit sambil di pukul lagi sehingga sebati
  • setelah itu tuangkan adunan ke dalam mixing bowl yang besar
  • masukkan pula separuh tepung yang telah diayak tadi berselang seli dengan 1/2 buttermilk sambil dikacau rata (tepung-buttermilk-tepung-buttermilk)
  • tuangkan air panas ke dalam adunan dan kacau lagi supaya sebati sebelum dimasukkan ke dalam tin kek
  • hentakkan sedikit tin kek dan di bakar selama 30-35 min atau sehingga masak
  • setelah kek masak biarkan di dalam tin selama 10 min sebelum di letakkan di atas wire rack supaya sejuk
  • bolehlah ditaburkan sedikit gula aising sebelum dihidangkan

note: kek nie senang dan simple untuk dibuat dan tidak mengambil masa yang lama. tekture kek pun begitu lembut dan size kek tidak besar. adunan nie cukup setakat utk 2 org tapi boleh doublekan bahan2 utk membuat kek yang lebih besar

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin