Pages

25 January 2008

Basic white bread



Bahan-bahan (2 loaf):
4 1/2 camt yis
2 1/2 cawan air suam - nie agak2 supaya doh tidak menjadi lembik
3 camb mentega - cairkan
3 camb gula
2 camt garam
6-7 cawan tepung

cara:
1. satukan yis dan 1/2 cawan air suam ke dalam mixing bowl yang besar. kacau sehingga yis benar2 larut
2. masukkan pula kesemua air suam tadi, mentega cair, gula dan garam. kacau sehingga sebati
3. setelah itu masukkan pula tepung dan pukul dengan menggunakan electric mixer (dough hook sehingga sebati. bolehlah ditambahkan sedikit lagi tepung kalau sekiranya doh terlalu lembik dan setelah itu bolehlah di bentukkan bulat
4. masukkan doh tadi ke dalam mangkuk yang telah digriskan terlebih dahulu dan tutup dengan cling film. biarkan doh naik 2 kali ganda sekurang2nya 1 jam. letakkan mangkuk doh tadi ke dalam oven dan letakkan jugak 2 cawan air panas dan tutupkan pintu oven. kaedah ini tidak perlu on kan oven
5. setelah itu keluarkan doh tadi dan tumbuk2kan untuk keluarkan angin. bahagikan doh kepada 2 bahagian dan masukkan ke dalam 2 tin loaf 9x5 inci yang telah digriskan terlebih dahulu
6. ulangi proses no. 4 dan biarkan sehingga doh naik 2 kali ganda dan bakar pada suhu 180C selama 40 min

4 comments:

Ummi said...

Amboiii noreen, dh tukar cat baru lak ek...hai nmpak roti ni pun sedap n gebu je...mufin pun mengancam je, siap berpayung gitu..snow lebat ke turun noreen? heheh..gurau je..

noreen said...

bukan snow ummi tapi baru nak nampak cahaya matahari kat sini kalau tidak ari2 ujan je bosan so gloomy tu yg berpayung jap nampak vogue gitu ahak

MyPeriukBelanga - Is BACK!! said...

lawa lerr tin loaf tu kenan nak wat menantu leh ka?

noreen said...

belum cukup baligh mane buleh ahak

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin