Pages

4 January 2008

Kuzi ayam

tima kasih za

Bahan-bahan (6-8 org):
Bahan2 A (digoreng/sangai):
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh lada hitam
6 kuntum bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
4 biji buah pelaga - sila buang kulit dan ambil bijinya sahaja
1 kuntum
2 kuntum bunga lawang

Bahan2 B:
800 gram - 1kg ayam
sedikit saffron
2 ulas bawang putih
1 sudu besar garam
1 inci halia
Minyak sapi untuk menggoreng

Bahan2 C:
150 gram bawang besar
20 gram kepingan badam
1/2 cawan kacang tanah
40 gram kismis
1 ketul hati ayam-rebus dahulu

Bahan2 D:
3 hiris lengkuas
2 hiris halia
1 batang serai
1 biji limau nipis
2 ulas bawang putih
200 ml susu sejat
Sedikit saffron
1/2 cawan sos tomato
700 ml air
1 1/2 sudu teh garam
2 sudu teh gula

cara:
  • kisar2/tumbuk bahan2 A yang telah digoreng/sangai tadi dengan halus. pastikan bahan tu dalam anggaran seberat 10gm. ketepikan
  • untuk bahan2 B: tumbukkan bawang putih, halia dan sedikit saffron dan lumurkan pada ayam yang telah dilumurkan dengan garam terlebih dahulu. perapkan seketika. setelah itu digoreng separuh masak dengan menggunakan minyak sapi atau boleh dicampurkan sedikit minyak masak
  • untuk bahan2 C: semua bahan2 hendaklah digoreng dengan menggunakan sedikit minyak sapi dengan goreng mengikut turutan bawang besar, badam, kacang tanah, kismis dan hati ayam yang telah direbus terlebih dahulu dan potong dadu. ketepikan
  • setelah itu tumbuk badam bersama2 dengan bawang goreng dan ketepikan. tumbuk kasar kacang tanah goreng tadi dan ketepikan
  • untuk bahan2 D: tumbuk atau hiriskan lengkuas, bawang putih dan halia. ketpikan
  • campurkan bahan2 A tadi dengan sos tomato, susu, saffron, limau nipis, badam & bawang goreng, kacang tanah dan gaulkan sebati. ketepikan
  • panaskan minyak sapi dan tumiskan bahan2 tumbuk (lengkuas, halia, bawang putih) dan jugak serai yg telah di ketuk sedikit
  • setelah itu masukkan pula campuran bahan2 A tadi dan masukkan sedikit air. kacau sehingga mengelegakkan dan barulah di masukkan garam dan gula secukup rasa
  • bolehlah dimasukkan ayam goreng tadi dan kacaukan supaya sebati
  • masukkan baki air (bergantung pada kepekatan/kecairan kuah yg dikehendaki), hati goreng, kismis dan kacang tanah tumbuk

note: proses membuat kuzi ayam nie mmg banyak step tapi memang sedap jika di makan bersama2 dengan nasi panas dan juga roti. caber boleh dicari di kelantan atau di mana2 kedai india tapi kalau tak ada pun tak apa

1 comments:

zaliana said...

whoa..lawanyer kuzi dia...

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin