preparation time: 15 mins
cooking time 50 mins
makes: 1 loaf
Bahan-bahan (serves 10):
265gm ( 1 3/4 cawan) tepung naik sendiri
40gm (1/4 cawan) tepung gandum
1 camt serbuk kulit kayu manis
140gm (2/3 cawan) gula perang
125ml (1/2 cawan) susu
2 biji telur - dipukul sedikit
50gm mentega - dicairkan dan sejukkan pada suhu bilik
2 biji pisang masak - dilecek
cara:
1. panaskan oven pada suhu 180C. griskan loaf pan (11 x 21cm base measuremen) dengan mentega dan taburkan sedikit tepung dan ratakan keseluruhan loaf pan supaya senang untuk keluarkan roti nanti. ketepikan
2. di dalam mangkuk yang besar, ayakkan kedua2 tepung dan serbuk kulit kayu manis. masukkan gula dan gaul rata. buatkan lubang ditengah2 adunan tepung tadi dan ketepikan
3. sementara itu di dalam mangkuk yang kecil satukan susu, telur, mentega dan pisang, kacau sebati. setelah itu tuangkan ke dalam bahagian tengah adunan tepung dan gaulkan sebati tetapi jgn terlalu overmix nanti roti jadi keras
4. setelah itu bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loaf pan dan bakar selama 45-50 min atau sehingga masak
5. keluarkan dari oven biarkan sejuk selama 5 min dan barulah boleh diubahkan ke atas wire rack untuk disejukkan
6. banana bread ini bolehlah dihidangkan dengan mentega atau dengan jem
note: banana bread ini bolehlah disimpankan di dalam bekas kedap udara selama 3 hari atau boleh juga di simpan di dalam freezer dan boleh tahan selama 1 bulan. bila hendak makan keluarkan dan letak di dalam fridge untuk semalaman dan barulah dihidangkan
1 comments:
Hmmm Nyummy, enak banget ini sepertinya. Terima kasih share resepnya
Post a Comment