Bahan-bahan (4 org):
500gm lamb leg steak - dipotong ikut suka
1 biji capsicum merah - di potong 2cm
2 ulas bawang putih - crushed
1 biji lemon - ambil jus
1/2 camt dried mint
1/2 cawan low-fat greek-style yoghurt - natural yoghurt pun boleh
4 biji ubi kentang - dikupas kulit
olive oil
1 biji timun - dihiris nipis
cara:
1. satukan 1/2 bawang putih, mint, 1/4 cawan jus lemon, sedikit garam dan pepper ke dalam mangkuk dan masukkan lamb dan capsicum. gaulkan semua bahan hingga sebati. simpan di dalam fridge selama 30 min
2. sementara itu masukkan 1/2 lagi bawang putih dan yoghurt ke dalam mangkuk, gaul rata. taburkan sedikit garam dan pepper dan simpan di dalam fridge sehingga diperlukan.
3. masukkan ubi kentang ke dalam mangkuk tahan panas ke dalam microwave tanpa perlu ditutup mangkuk pada suhu tinggi selama 8-10 min atau sehingga masak. biarkan sejuk barulah dipotong 1cm
4. setelah itu cucukkan lamb dan capsicum tadi berselang-seli dengan lidi satay dan sapukan dengan sedikit olive oil dan grillkan 3-4 min kedua2 belah atau sehingga masak. sapukan jugak kentang yang telah dihiris tadi dengan minyak dan grillkan juga selama 2 min dan angkat
5. bolehlah dihidangkan bersama2 dengan salad, timun dan jugak dressing tadi
note: kalau takut lamb keras bolehlah dibakar di dalam oven pada suhu 150C selama 45-60 min. selepas itu barulah disapukan dengan minyak dan grillkan
0 comments:
Post a Comment