Pages

10 January 2008

Ayam tairu wangi

cedok dari mak daro

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong kecil2 atau ikut suke
7 biji badam - dibuang kulit & dikisar atau ditumbuk halus
1 tin kecil tomato puree
1/2 camt garam masala
150gm yogurt kurang lemak
segenggam daun ketumbar - optional
segenggam daun pudina - optional
sedikit bawang goreng
kulit kayu manis, buah pelaga & bunga cengkih - bahan2 rempah
4 helai daun pandan - disimpul
minyak untuk menumis
garam & gula secukup rasa

Bahan2 kisar:
6-7 biji cili merah - digoreng dengan sedikit minyak
4 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1 inci halia
1/2 camb serbuk ketumbar
1 camt serbuk jintan manis
1 camt serbuk jintan kasar

cara:
  • ayam yang telah dicuci bersih2 tadi dilumurkan dengan garam dan serbuk kunyit dan goreng separuh masak. ketepikan
  • panaskan minyak tumis daun pandan dan bahan2 rempah hingga wangi
  • setelah itu masukkan bahan2 kisar tadi dan tumis sehingga garing
  • masukkan tomato puree, garam masala dan yogurt. kacau sehingga sebati dengan api yang sederhana
  • bolehlah pula dimasukkan badam, garam dan gula secukup rasa
  • jika hendak kuah yang lebih bolehlah ditambahkan sedikit air
  • masukkan pula ayam dan gaul rata
  • akhir sekali taburkan kesemua2 daun dan bawang goreng. kacau lagi sehingga ayam sebati dengan kuah
  • setelah masak bolehlah dihidangkan bersama2 dengan nasi putih atau nasi pilaf

note: lauk nie akan menjadi lebih sedap jika disimpan semalaman

2 comments:

MyPeriukBelanga said...

heppp!! cut & paste nmpk! sonang kojo eh...

btw apsal gambo hang lawa reen?? teknik apo? ni mesti cilok dr ahem2.com taww...

noreen said...

k.nis mano ado cut & paste tak nampak ke den dah ubah sikit bahasa tu kasi org laei paham ahak kito tak main ler bahasa greek nie ampunnnnn

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin