resepi dari Yani ... dulu dah penah buat tapi mase tu tak berapa reti nak baking so nie cubaan kali kedua
Bahan-bahan (6 biji):
250gm tepung roti
15gm mentega
20gm gula
4gm garam
1 biji telur
170ml susu (jumlah sukatan susu campur dengan 1 biji telur)
1 sudu kecil (3gm) yis
bijan secukupnya - untuk ditaburkan ke atas roti
cara:
1. masukkan semua bahan2 kecuali bijan ke dalam breadmaker. pilih untuk buat doh
2. bila dah siap keluarkan dan tumbuk2kan untuk keluarkan angin
3. bahagikan kepada 6 biji dan buatkan bentuk bulat. rehatkan selama 10 min
4. ambik sebiji roti tekan2 untuk keluarkan lagi angin dan bentukkan semula menjadi bulat. ulangi sehingga habis
5. selepas itu biarkan roti naik 2 kali ganda. caranya letakkan roti ke dalam mangkuk besar dan tutupkan dengan cling film atau tea towel. ambik dua cawan air yang berisi dengan air panas dan letakkan roti dan cawan tadi ke dalam oven. tutupkan pintu oven dan biarkan selama 45 min atau naik dua kali ganda. kaedah ini tidak perlu on kan oven
6. setelah itu bolehlah di sapu atau semburkan sedikit air ke atas permukaan roti dan taburkan sedikit bijan
7. bakar roti tadi pada suhu 180C selama 12-13 min atau sehingga permukaan roti menjadi keperangan
8. selepas itu bolehlah dihidangkan bersama2 dengan daging burger yg telah digoreng dengan sedikit butter
9. cara2 penyediaan burger pulak, potong bulat2 bawang besar yg kaler kuning tu dan gorengkan sedikit sehingga lembut, ketepikan. hiriskan buah tomato bulat2, parutkan timun dah sayur kobis. belah roti burger dan sapukan kedua2nya dengan mayonis dan letakkan bawang goreng, tomato, timun, kobis, daging burger, cheese kalau suke dan tuangkan cili sos ke atasnya. bolehlah disantap selepas itu
0 comments:
Post a Comment