Pages

9 August 2010

Nasi goreng ayam

Bahan-bahan:
Bahan2 untuk ayam:
1 ekor ayam - dipotong 12 atau ikut suka
2 sudu kecil garam atau secukup rasa
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar rempah kari ayam

Bahan2 untuk nasi:
4 cawan beras basmathi - dicuci dan ditoskan
1/2 labu bawang besar - dipotong dadu kecil
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
sedikit serbuk lada hitam
garam secukup rasa
1/2-1 kiub maggi ayam
2 helai daun bay - yang kering atau fresh
sedikit daun ketumbar - diracik
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1/2 cawan susu cair/segar
2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak

bahan2 ditumbuk kasar/halus:
1 inci halia
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

cara:
  • untuk membuat ayam: perapkan ayam dengan semua bahan selama 1/2 jam atau lebih
  • kemudian gorengkan sehingga masak tetapi jangan sampai terlalu garing
  • angkat dan ketepikan
  • untuk membuat nasi: cairkan mentega dan minyak di dalam periuk
  • tumiskan bawang besar, bahan2 tumbuk, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, serbuk lada hitam, daun bay dan rempah kari sehingga wangi
  • kemudian masukkan beras dan kacaukan sehingga sebati supaya mesra dengan rempah2 tadi
  • tuangkan susu dan air
  • masukkan kiub ayam, garam secukup rasa dan daun ketumbar
  • gaulkan rata
  • selepas itu susunkan ayam goreng tadi di atasnya dan tutupkan periuk
  • biarkan sehingga nasi masak
  • jika ingin menggunakan rice cooker, sebelum disusunkan ayam bolehlah dialihkan ke dalam rice cooker dan barulah disusunkan ayam goreng tadi
  • masaklah seperti menanak nasi biasa
  • setelah masak gaulkan perlahan2 nasi tadi
  • angkat dan hidangkan dengan ayam goreng, acar timun, sambal belacan atau lauk pauk yang lain

note: resepi yang simple tapi menyelerakan

source: ika (diubah sedikit)

2 comments:

monalea said...

aah.simple...tapi nampak menyelerakan...

noreen said...

salam kenal monalea resepi nie mmg sedap tak rugi buat

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin