Bahan-bahan:
250gm tepung gandum
3 camb gula kastor
1 camt yis segar (pecah2kan hingga berderai) - kalau tak ada yis segar boleh gunakan yis kering tapi tambahkan kepada 2 camt
1 biji telur
250ml air
1 camt garam
1 camt air alkali (lye water/kan sui/alkaline water)
Bahan2 isi:
kacang tanah yang telah ditumbuk secukupnya
gula pasir secukupnya
jagung berkrim secukupnya
marjerin secukupnya
cara:
1. ayak tepung dan garam di dalam mangkuk. masukkan gula, telur, yis dan air. gaul hingga sebati (kalau nak senang masukkan semua bahan ke dalam food processor)
2. kemudian masukkan air alkali dan kacau lagi. tutup mangkuk dengan kain bersih atau cling film dan biarkan selama 40-50 min
3. panaskan kuali leper (non-stick) hingga panas. tuangkan sesenduk adunan dan rata2kan. biarkan masak sehingga berbuih di tepi apam dan kemudian taburkan gula pasir, kacang tumbuk dan sedikit marjerin. akhir sekali barulah di letakkan 1 camt jagung berkrim
4. setelah itu balik2kan apam supaya menjadi 1/2
note: apam balik nie ikut pada kesukaan masing2 samada untuk buat tebal/nipis/crispy
source: k.nis aka mak daro
0 comments:
Post a Comment