Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong sederhana dan digoreng
10-15 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
1 inci halia
20 tangkai cili kering
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
2 batang serai - dititik
10 biji gajus - digoreng dan ditumbuk halus
1 sudu besar gula melaka
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan air asam jawa
1 tin kecil tomato puri
1 tin kecil minyak sapi atau 1/2 cawan minyak sayur
5 tangkai bunga cengkih
5 biji buah pelaga
2 inci kulit kayu manis
garam secukup rasa
sedikit bawang goreng
cara:
1. kisar bawang kecil, bawang putih, halia, cili kering, jintan putih dan jintan manis sehingga halus
2. panaskan minyak, tumis bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis
3. kemudian masukkan bahan2 yg telah dikisar, tumis hingga wangi
4. masukkan serai yang telah dititik, gajus, air asam jawa, susu cair, gula melaka, tomato puri dan garam
5. masak hingga mendidih dan masukkan ayam yang telah digoreng tadi. gaulkan semua bahan2 hingga sebati dan kuah agak pekat
6. taburkan bawang goreng ketika menghidang
2 comments:
Salam noreen, ummi xleh masuk shoutbox noreen tu..tggu x keluar2 pun..hehe..Emm ayam kuzi..sedapnya kalu ada nasi beriani or nasi tomato nih! O ya, my YM, ummizahadi@yahoo.com.my..c u there noreen...muaahhh!!
eh sori, correction noreen ada typing error sikit: ummizaihadi@yahoo.com.my, cancel yg atas tu ek..silap ejaan zahadi=>zaihadi actly..
Post a Comment