19 April 2008
Karipap pusing resepi II
Bahan-bahan (25 biji):
Bahan2 kulit A:
350gm tepung gandum
1 cawan air suam + sudu kecil garam (paras rata)
Bahan2 kulit B:
150gm tepung gandum
1 sudu kecil crisco (vegetable fat)
75gm marjerin
cara:
1. gaulkan dan uli bahan2 A sehingga kental dan tidak melekat ditangan. bahagikan kepada 5 bebola kecil. ketepikan
2. gaul dan ulikan pula bahan2 B sehingga menjadi doh yang lembut dan berminyak. bahagikan juga kepada 5 bebola kecil. ketepikan
3. ambil bebola A dan canaikan tapi jangan terlalu besar. setelah itu ambil B dan masukkan ke dalam A, tutupkan semula sehingga menjadi bebola besar. ulangi proses ini sehingga habis
4. kemudian canai dan leperkan memanjang bebola tadi. gulungkan bebola seperti menggulung tikar. gulungkan sekali lagi dan ulangi kesemua bebola sehingga habis
5. ambil satu gulungan dan hiris setebal 1/2 inci dan canai supaya leper tetapi dalam bentuk bujur
6. setelah itu masukkan inti di tengah dan tutupkan semula. kemaskan dengan kelim atau menggunakan acuan karipap. tekat kuat sikit dengan hujung jari supaya tidak mudah terbuka bila digoreng. buat sehingga adunan habis
7. panaskan minyak yang banyak dan gorengkan dengan api yang sederhana. bila nampak kuning keemasan bolehlah diangkat dan dihidang.
8. karipap yang belum digoreng bolehlah disimpan di dalam fridge dan bertahan dalam 2-3 hari lamanya
Bahan2 inti:
1 cawan isi ayam atau daging - guna mince
1 labu bawang besar - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - dicincang
4 biji ubi kentang - dipotong dadu
1-2 sudu besar rempah kari - bancuh dengan sedikit air
1 cawan air
1 tangkai daun kari
garam dan gula secukup rasa
minyak
cara:
1. panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang besar dan daun kari sehingga wangi dan layu
2. masukkan rempah kari dan biarkan sehingga garing
3. masukkan isi ayam, kentang, garam, gula dan air
4. masakkan sehingga kentang empuk dan air kering
5. tutupkan api dan masukkan dalam mangkuk. sejukkan
source: kak hanieliza
0 comments:
Post a Comment