Pages

14 April 2008

Donut resepi II


Bahan-bahan (15 ketul):
Bahan2 A:
250gm tepung berprotein tinggi
100gm tepung gandum - diayak
1/2 camt garam
1 camb yis segera
30gm gula kastor

Bahan2 B:
30gm mentega - dicairkan
1 biji telur - dipukul sedikit
150ml susu segar

gula kastor untuk salut
minyak untuk menggoreng

cara:

1. satukan semua bahan2 A di dalam mangkuk besar dan gaulkan sebati. kemudian masukkan pula bahan2 B dan gaulkan hingga rata. setelah itu uli doh lebih kurang 10-15 min sehingga menjadi licin dan kenyal dan tidak melekat di jari. selepas itu masukkan doh ke dalam mangkuk besar dan tutup dengan kain bersih atau cling film biarkan sehingga doh naik dua kali ganda atau 45 min

2. kalau ada bread maker masukkan kesemua bahan2 A dan B dan tekan setting doh biarkan selama 15-25 min. keluarkan dan masukkan ke dalam mangkuk besar dan tutup dengan kain bersih atau cling film sehingga doh naik dua kali ganda dalam 45 min

3. setelah siap keluarkan dan letakkan di atas papan canai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung. kemudian tumbuk2kan doh tadi untuk mengeluarkan angin

4. canaikan doh tadi setebal 1cm dan gunakan donut cutter untuk membentuk donut. buat sehingga habis dan letakkan setiap kepingan donut di atas dulang yang telah sapukan dengan minyak dan ditaburkan dengan sedikit tepung. ataupun letakkan di atas parchment paper

5. biarkan donut tadi naik sekali lagi dalam 45 min dan gorenglah dengan api yang sederhana. jangan ditinggal2kan donut kerana ianya akan cepat hangus. setelah itu bolehlah disalutkan dengan gula kastor atau campuran gula kastor dan cinnamon powder

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin