Pages

17 April 2008

Nasi goreng hong kong

Bahan-bahan (3-4 org):
Bahan2 gaul rata dan ketepikan:
4 mangkuk nasi sejuk
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh lada putih
2 sudu teh garam

Bahan2 gaul rata dan perap:
140gm isi ayam - dipotong dadu
1 sudu makan kicap cair
1/2 sudu teh minyak bijan

140gm sayur campur
200gm udang hidup - buang kulit dan hiris
3 tangkat daun bawang - dimayang
3 biji telur
3 batang lada merah - dihiris
1 tin cendawan butang - tos dan hiris
3 sudu minyak canola / zaitun
2 sudu makan kicap cair
1 batang leek (bahagian putihnya sahaja dirampai) - optional kalau suka
sedikit bawang goreng

cara:

1. panaskan minyak dalam kuali. tumis ayam yang diperap dan goreng selama 2 min
2. masukkan udang, cendawan dan balik2kan. masukkan telur, biarkan masak sebentar, lalu dipecah2kan. gaul rata
3. masukkan nasi, balik2kan dan goreng selama 2 min. masukkan sayur campur, 2 sudu makan kicap cair dan goreng lagi selama 2 min
4. matikan api, masukkan hirisan lada merah dan daun bawang. balik2kan sehingga rata
5. semasa menghidang, taburkan bawang goreng dan leek yang dirampai, jika suka

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin