Bahan-bahan:
1kg ekor lembu - dipotong 5-6cm panjang, cuci bersih dan toskan
air secukupnya untuk merebus
2 batang celery - dipotong 5-6cm panjang
sedikit lada putih atau hitam
1-2 biji buah tomato -dikisar halus
1 batang karot - dikisar halus
5 kuntum bunga cengkih
8 biji buah pelaga
1 jari kulit kayu manis
1 biji bawang besar - dihiris
1/2 jari halia *
5 ulas bawang putih *
1 biji bawang besar *
2-3 sudu makan serbuk kari daging
1 kiub pati lembu - optional, stok boleh didapati dari air rebusan ekor
sedikit minyak untuk menumis
hirisan daun sup/daun bawang berserta bawang goreng
garam dan gula secukup rasa
kisar semua bahan2 bertanda * kemudian digaulkan dengan 2-3 sudu makan rempah kari daging
cara:
1. rebus ekor lembu sehingga lembut dengan sedikit garam dan lada putih atau lada hitam. masukkan celery dan matikan api
2. panaskan minyak di dalam periuk besar yang lain. tumis hirisan bawang besar sehingga layu. masukkan bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis. tumis sebentar
3. masukkan rempah kisar, tumis lagi sampai garing. masukkan pula tomato dan karot yang telah dikisar, kacau sehingga rata. biarkan sehingga mendidih
4. barulah dimasukkan ekor lembu bersama kuah dan sayurnya sekali. jika kuahnya kurang, tambah lagi airnya
5. taburkan sedikit garam dan gula, jika perlu. masak sehingga mendidih dan rasa kuahnya enak. jika ada yang kurang, seperti garam dan lada putih, tambah lagi
6. matikan api. semasa menghidang, taburkan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng
7. sup ini enak disajikan dengan sambal kicap cili padi dan dimakan dengan nasi atau roti
0 comments:
Post a Comment