Pages

23 April 2008

Cheese bun

Bahan-bahan:
300gm tepung high protein (bread flour)
1 camt bread improver - optional
60gm gula kastor
1/2 camt garam
50gm telur - anggaran 1 biji size kecil
7gm (2 camt) yis
70-75ml sus segar (sejuk)
70ml air sejuk
25gm mentega cair

1 sudu kecil susu segar
sedikit parutan cheddar cheese

cara:

1. campurkan tepung, bread improver, yis, garam dan gula ke dalam mangkuk besar
2. buat lubang ditengah2nya, tuangkan susu, air dan telur
3. gaul tepung tadi sehingga menjadi doh yang lembut
4. masukkan mentega, uli lagi selama 30 min atau sehingga doh menjadi licin tidak melekat di jari dan elastic
5. bulatkan doh kemudian letakkan ke dalam mangkuk yang telah dilengser dengan sedikit minyak dan tutup dengan cling film
6. letak di tempat yang suam selama 1 1/2 - 2 jam sehingga doh mengembang 2 kali ganda
7. pada yang ada bread maker masukkan kesemua bahan dan tekan setting doh dan biarkan siap selama 1 1/2 jam
8. setelah siap dan doh mengembang keluarkan dah tumbuk2kan doh untuk keluarkan angin
9. kemudian bahagikan doh kepada 7 bahagian timbang sama rata setiap satu dan buat bulat
10. susun kesemua doh2 tadi di dalam loyang yang telah digriskan dan tutup dengan cling film
11. perap sekali lagi sehingga ianya mengembang 2 kali ganda dalam anggaran 1 jam atau lebih
12. panaskan oven pada suhu 170-190C
13. sapukan doh dengan susu segar kemudian taburkan dengan parutan cheddar cheese
14. bakar selama 15-20 min atau sehingga roti masak. bolehlah ditambahkan masa kalau sekiranya permukaan roti tidak begitu perang
15. setelah itu sejukkan di atas redai besi

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin