Pages

11 April 2008

Burger bun resepi II

Bahan-bahan (12 biji):
1 cawan susu segar
1/2 cawan air
1/4 cawan mentega
4 1/2 cawan tepung gandum
7gm (2 1/4 camt) yis
2 camb gula pasir
1 1/2 camt garam
1 biji telur
bijan secukupnya - optional

cara:

1. di dalam mangkuk kecil panaskan susu, air dan jugak mentega sehingga berada pada tahap suhu 120C atau masak sehingga mentega cair. ketepikan biarkan sejuk pada suhu bilik
2. setelah itu ambil mangkuk yang besar, masukkan 1 3/4 cawan tepung, yis, gula dan garam. gaulkan sebati bahan2 tadi. setelah itu barulah dimasukkan telur dan juga lebihan tepung gandum sedikit demi sedikit. gaulkan lagi adunan sehingga sebati. setelah itu taburkan papan canai dengan sedikit tepung dan uli sehingga tidak melekat di jari dan elastik sekurang2nya 8 min. kemudian bentukkan adunan tadi menjadi bentuk bulat dan masukkan ke dalam mangkuk besar. tutup dengan kain bersih atau cling film dan biarkan doh naik dua kali ganda sekurang2nya 45-1 jam
2. kaedah lain, masukkan kesemua bahan ke dalam bread maker dan tekankan doh setting. tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam
3. setelah doh siap/doh naik keluarkan dan tumbuk2kan untuk keluarkan angin. setelah itu bolehlah ditimbang pada 50gm setiap satu doh kecil sebanyak 12 biji. kemudian biarkan 12 biji doh tadi di dalam mangkuk dan biarkan doh naik sekali lagi dalam 30-45 min
4. kemudian bolehlah ditaburkan bijan ke atas doh tadi dan bakar pada suhu 200C selama 10-12 min atau sehingga keperangan. bolehlah ditambahkan masa sekiranya roti tidak begitu perang
5. untuk membuat hot dog bun bolehlah dibentukkan kepada rectangle

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin