Pages

25 January 2008

Coconut, chocolate & banana muffin

Bahan-bahan (12 biji size seperti dlm gambar):
125gm mentega tanpa garam - cairkan
3/4 cawan (165gm) gula kastor
3 biji pisang masak - potong kecil2
2 biji telur
1 camt esen vanila
2 cawan (300gm) tepung naik sendiri - ayak
1 cawan (45gm) kelapa kering (dessicated coconut)
1/2 cawan (100gm) dark/plain chocolate chips
gula aising - untuk ditaburkan ke atas muffin

cara:
1. panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 200C dan aturkan 12 cawan kertas muffin ke dalam muffin pan. ketepikan
2. masukkan mentega cair, gula kastor, pisang, telur dan esen vanila ke dalam food processor dan blend sehingga semuanya sebati
3. di dalam mixing bowl masukkan tepung, kelapa kering dan chocolate chips. setelah itu tuangkan adunan pisang tadi dan kacau sebati tetapi jangan over mix nanti muffin akan menjadi keras
4. masukkan 3/4 adunan ke dalam acuan muffin tadi dan bakar selama 15 min atau sehingga masak dan keperangan
5. setelah itu biarkan ianya sejuk di dalam muffin pan dan bolehlah di aturkan ke atas wire rack supaya ianya cool completely
6. sebelum dihidangkan bolehlah ditaburkan dengan gula aising ke atas muffin tadi

2 comments:

Jun said...

noreen..muffin tu cun sbb x kena ujan panas tu...ade payung..ekekkee...

noreen said...

pandailah ko tu jun sbb kat sini ari2 hujan tu yg sekali keluar matahari fulamak cam tokojut ahak

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin