preparation time: 30 mins
cooking time: 70 mins
Bahan-Bahan (untuk 10 org):
250gm nice/digestive biscuits
140gm mentega - dicairkan
500gm philadelphia cream cheese - pada suhu bilik
300gm sour cream
155gm gula kaster
1 camb parutan kulit lemon - jangan ambil kulit yang putih
2 camb jus lemon
3 biji telur
bahan2 meringue:
3 biji putih telur
155gm gula kaster
cara:
- letakkan baking paper ke dalam springform pan bersaiz 22cm (8") dan ketepikan. masukkan biskut ke dalam food processor dan kisar sehingga halus
- setelah itu tuangkan mentega cair yang telah disejukkan terlebih dahulu (pada suhu bilik) ke dalam food processor dan kisar lagi sehingga sebati dengan biskut
- keluarkan dan masukkan ke dalam springform pan dan tekan supaya ianya sekata. tutupkan springform pan tadi dengan cling film dan simpan di dalam fridge dalam 1 jam supaya bahagian base keras sedikit
- sementara itu panaskan oven pada suhu 160C. di dalam food processor yang bersih satukan cream cheese, sour cream, gula, parutan lemon dan jus lemon dan kisar sehingga sebati. masukkan pula telur dan kisar lagi
- bolehlah dituangkan adunan cream cheese ke atas biscuit base dan hentakkan sedikit springform pan sebelum di bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak
- setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 2 jam atau sehingga sejuk dan renggangkan sedikit pintu oven. ini untuk mengelakkan kek dari pecah
- bolehlah di simpan kek di dalam fridge selama 4 jam. sementara itu di dalam mixing bowl pukul telur putih sehingga menjadi gebu dan bertanduk dan tuangkan sedikit demi sedikit gula (sekurang2nya 1 camb) dan ulangi sehingga habis. pukul sehingga ianya menjadi sebati dan sedikit keras
- panaskan semula oven pada suhu 200C. bolehlah di sapukan meringue tadi ke atas kek dan bakar selama 5-8 min atau sehingga sedikit keperangan. kek tadi hendaklah di simpan dahulu di dalam fridge sekurang2nya 2-3 jam sebelum boleh di potong
note: cara2 membuat cheesecake nie tidak perlu bake secara waterbath tapi kalau nak pun boleh jugak. just masukkan air panas ke dlm roasting pan atau ape2 pun boleh then masukkan springform pan tadi dan bakar seperti cara2 di atas. cheesecake nie mmg senang dan simple. kalau tak mau letak meringue pun boleh jugak.
6 comments:
noreen..abis ke sebijik kek tu..meh pos kat sini sikit :D
alamak za tu kene seminggu baru dpt abiskan. satu hari 1 slices je tu yg dok simpan dlm fridge kalau nak balun semua mau kang masuk spital
kalau pakcik, kat situ jugak koma...sebab over dose cis kek noreen!!!
tak apo nanti kite gi ramai2 rescue ko mat ... ala so far tak ponah lak den donga org koma kalau makan ciskek taw ko nie buek suspen yo lah agaknye ko tu elegik makan ciskek kot mat takut bibir jadi cam angelina jolie lak ahak ampunnnn
Noreen..untuk kuzi ayam tu kan..kacang tanah, kismis dan badam semua goreng dengan minyak sapi..i tak mo pengsan sebab lebih kolesterol , jadi campur minyak masak dalam minyak sapi tuh..wah rajin nyer nak masak kuzi..
lengkuas apa semua tu senang blend ajer sekali.resipi ni dah mcm complicated sgt kan..
ala za semlm mase nak buatkan baru perasan alamak cara2 tak tulis in details taw je lah noreen nie mengong2 tak reti agak2nya tapi sib baik apa yg za kasi taw tu yg noreen buat. tapi ampunnn za banyak keje tul buat kuzi tu tapi sodap walaupun tak ada caber ahak
Post a Comment