Pages

25 July 2008

Cinnamon raisins bread


Bahan-bahan (1 loaf):
250gm tepung roti
3gm (1 camt) instant yeast
25gm gula pasir
4gm garam
5gm tepung susu
25gm telur size kecil
13gm shortening
168gm air
100gm raisins/mixed fruits

Bahan2 digaul sebati:
4gm serbuk kulit kayu manis (cinnamon powder)
20gm gula pasir

olive oil - untuk sapuan atas roti

cara:

1. masukkan semua bahan2 ke dalam bread machine kecuali raisins/mixed fruits dan tekankan setting untuk doh. selepas 10 mins barulah dimasukkan 10 min dan biarkan lagi 10 min
2. taburkan tepung atas papan canai dan keluarkan doh dari bread machine. taburkan tepung ke atas tangan dan canaikan doh (gambar A) dan lipatkan dua (gambar B& C). lipatkan sekali lagi (gambar D&E)
3. kemudian letakkan ke dalam mixing bowl yang telah digris dan biarkan doh naik dua kali ganda lebih kurang 45min ke 1 jam
4. keluarkan dan tumbuk2kan doh supaya mengeluarkan angin. bentukkan menjadi bulat (gambar A&B) dan biarkan doh rehat selama 15 min
5. canaikan doh seperti gambar A dan taburkan cinnamon powder yang telah digaul sebati dengan gula (gambar B)
6. setelah itu gulungkan doh seperti swiss roll dan letakkan ke dalam loaf pan yang telah digris. biarkan doh naik sekali lagi selama 45min ke 1 jam
7. bakar pada suhu 190C selama 25 min
8. setelah masak keluarkan dari loaf pan. untuk pastikan roti masak ketuk2kan bahagian bawah roti. kalau ada bunyi bermakna roti sudah masak
9. sapukan olive oil ke atas permukaan roti supaya permukaan roti sentiasa lembut
10. biarkan sejuk barulah dipotong dan simpan di dalam bekas kedap udara

2 comments:

Anonymous said...

alahai,cumilnya roti ni,nmpk mcm sedap,gebu sgt.

noreen,gmbo step by step tuh,kecik sgt la..leh tak ,besaukn..harap noreen tak marah la permintaan kita ni

noreen said...

ala kesum takat tu je gambo tu leh besarkan nanti ler cube bege2 kasi besar ... mmg lembut pun

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin