Pages

27 February 2009

Kuih bakar ubi

Bahan-bahan:
1 kg ubi kayu - yang telah siap diparut
650ml santan pekat
260gm gula pasir
3 biji telur - dipukul sedikit
1 camt garam
1 camt esen vanila
sedikit pewarna kuning

minyak sapi atau mentega - untuk sapuan pada acuan

cara:
  1. sapukan acuan kuih dengan minyak sapu atau mentega. ketepikan
  2. satukan kesemua bahan ke dalam mangkuk adunan dan kacaukan sehingga gula larut dan semua bahan sebati
  3. tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 180-200C (bergantung pada oven masing2) selama 1 jam 10 min atau sehingga masak
  4. setelah masak biarkan betul2 sejuk barulah dipotong dan dihidangkan

note: senang dan sedap

source: bro rozzan

25 February 2009

Honey chicken wings

Bahan-bahan:
12 keping chicken wings

Bahan2 perapan:
3 camb madu
2 camb kicap cair (light soya sauce)
2 camb BBQ sauce
1 camb chopped/minced garlic
1 camb chopped/grated ginger
1 camb cili kisar
2 camb minyak sayur/olive oil
garam dan crushed pepper secukup rasa

cara:
  1. satukan bahan2 perapan di dalam mangkuk dan masukkan ayam
  2. gaulkan semua bahan sebati
  3. simpan di dalam fridge untuk beberapa jam
  4. titikkan sedikit minyak ke atas ayam tadi dan kemudian gril di dalam oven pada suhu 180 - 200C (bergantung pada oven masing2)selama 40 min atau sehingga masak
  5. hidangkan panas2

source: k.ida - 1001

23 February 2009

Sambal belacan resepi I

Bahan-bahan:
10 biji cili padi
5 biji cili merah
2 inci belacan - dibakar
1 biji buah tomato
1/2 sudu teh gula pasir
1/2 sudu teh garam

cara:
  • kisar kesemua bahan dan bolehlah ditambahkan gula atau garam jika tak menepati citarasa masing2

source: rossya

Nasi minyak puteri saadong

Bahan-bahan:
5 cawan beras basmathi
5 cawan air
5 sudu makan minyak sapi
5 sudu makan sos tomato
5 sudu makan cili sos
2 biji bawang besar - dimayang
2 sudu makan kismis
2 sudu makan bawang goreng
2 helai daun pandan

Bahan2 rempah tumis:
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis

cara:
  1. panaskan minyak sapi
  2. tumiskan rempah tumis bersama bawang besar hingga wangi dan bawang layu
  3. masukkan cili sos, sos tomato dan air
  4. gaulkan sebati
  5. kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa bersama2 dengan daun pandan
  6. biarkan sehingga mendidih barulah dimasukkan beras
  7. kacau rata
  8. kemudian masaklah seperti masak nasi biasa
  9. taburkan kismis dan bawang goreng ke atas nasi yang telah masak tadi
  10. hidangkan bersama2 dengan lauk pauk

note: boleh dimasak dengan rice cooker selepas step 6

source: rossya

22 February 2009

Horlicks layer cake


Bahan-bahan:
450gm mentega
140gm gula pasir
10 biji telur - grade C
510gm condensed milk (susu pekat)
240gm superfine/tepung kek (kalau di UK boleh guna supreme sponge flour)
200gm horlicks powder

cara:
  • ayakkan tepung dengan horlicks powder dan ketepikan
  • griskan square tin cake yang bersaiz 9x9 dan alaskan dengan kertas minyak
  • ketepikan
  • panaskan oven pada setting grill mode pada suhu 230C atau 250C bergantung pada oven masing2
  • pukul gula dan mentega sehingga gebu dan ringan (apabila dikaupkan dengan spatula adunan tidak jatuh)
  • kemudian masukkan telur satu persatu sehingga habis sambil dipukul sehingga sebati
  • masukkan pula condensed milk dan pukul lagi
  • setelah itu kaupbalikkan adunan tepung yang telah diayak tadi sehingga sebati
  • pastikan sebelum adunan dibakar panaskan tin kek terlebih dahulu samada di dalam oven atau direndamkan sekejap di dalam mangkuk yang berisi dengan air panas
  • ambil satu atau dua senduk adunan dan ratakan keseluruhan tin kek dan bakar (grill mode) selama 5-6 min atau sehingga keperangan
  • selepas satu lapisan kek masak keluarkan dari oven dan tekan2 kek tadi dengan menggunakan belakang sudu supaya mengeluarkan angin
  • masukkan lagi adunan dan ulangi step 9 dan 10
  • lakukan sehingga habis
  • untuk lapisan terakhir bakar pada suhu biasa pada 180C selama 10-15 min supaya kek tahan lebih lama
  • keluarkan tin kek dari oven dan biarkan betul2 sejuk barulah dikeluarkan dari tin
  • potong dan hidangkan

source: bro rozzan (cara diubah sedikit mengikut cara sendiri)

19 February 2009

Chocolate swirl buns



Bahan-bahan:
Bahan2 untuk chocolate paste:
20gm tepung kek
50gm gula pasir
1 biji telur putih
80ml susu segar suam
18gm serbuk koko
10gm mentega

Bahan2 untuk doh:
150gm tepung roti
150gm tepung kek
5gm (1 1/2 camt) instant yeast
3gm (1/2 camt) garam
125ml susu segar
1 biji telur
60gm gula kastor
50gm mentega

sedikit olive oil untuk sapuan atas roti

cara:
  1. cara membuat chocolate paste: satukan gula, tepung kek dan telur putih ke dalam mangkuk. kacau rata dan ketepikan
  2. masukkan susu ke dalam mangkuk tahan panas dan masak dengan api sederhana panas sehingga mendidih sedikit
  3. masukkan serbuk koko ke dalam susu tadi dan kacau sehingga sebati
  4. kemudian masukkan pula campuran putih telur tadi dan kacau rata sehingga adunan menjadi pekat
  5. tutupkan api dan biarkan chocolate paste sejuk barulah disimpan di dalam fridge sementara menunggu doh siap
  6. cara membuat doh: masukkan kesemua bahan ke dalam bread maker dan tekankan untuk setting doh. tunggu sehingga doh siap
  7. atau masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk adunan kecuali susu dan telur. kacau rata. kemudian masukkan susu dan telur. uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan. bentukkan doh menjadi bulat besar dan masukkan ke dalam mangkuk adunan. tutup dengan cling film dan biarkan doh naik dua kali ganda selama 45 min ke 1 jam
  8. setelah siap bolehlah dikeluarkan dari BM atau mangkuk adunan dan letakkan ke atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  9. tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  10. bentukkan semula doh menjadi bulat besar dan rehatkan selama 15 min
  11. bahagikan doh kepada beberapa biji dengan setiap satu seberat 50gm
  12. bentukkan setiap satu menjadi bulat kecil
  13. ambil satu doh kecil tadi dan canaikan menjadi bulat (seperti di dalam gambar) dan ambikan satu sudu kecil chocolate paste dan letakkan ke atas doh tadi
  14. bulatkan semula doh tadi dan kemudian canaikan semula
  15. potong doh tadi tetapi jangan putus (seperti di dalam gambar) dan gulungkan (seperti di dalam gambar)
  16. susunkan ke atas baking tray yang telah digris terlebih dahulu dan ulangi sehingga doh habis (dari step 12 hingga step 16)
  17. setelah itu bolehlah dibiarkan doh naik sekali lagi selama 40 min (pada yang tinggal dinegara 4 musim boleh di simpan di dalam oven (TIDAK PERLU ON KAN) dan diletakkan dua cawan air panas. tutupkan pintu oven dan biarkan doh naik sekali lagi)
  18. akhir sekali bolehlah dibakar pada suhu180C selama 12-15 min atau sehingga masak dan keperangan
  19. bolehlah disapukan permukaan roti tadi dengan olive oil supaya permukaan roti akan sentiasa lembut

source: HHB

Sambal telur dadar

Bahan-bahan:
5 biji telur
1/2 cawan cili kisar
1 labu bawang besar - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - dicincang
1/4 cawan air asam jawa - kalau nak lebih kuah bolehlah dilebihkan
garam dan gula secukup rasa
mix vege / kacang peas + jagung

cara:
  • pecahkan telur dan letakkan garam
  • pukul sedikit
  • panaskan kuali dan tuangkan kesemua telur dan goreng dadar seperti biasa (telur biar tebal)
  • setelah masak bolehlah diangkat dan potong ikut suka
  • setelah itu panaskan kuali lain dan tumiskan kedua2 bawang sehingga layu kekuningan
  • masukkan cili kisar dan tumis sehingga naik minyak (masukkan sedikit air jika perlu)
  • kemudian masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
  • gaulkan rata
  • masukkan pula telur yang telah dipotong tadi dan gaulkan sebati (hati2 apabila dikacau takut telur akan terbelah)
  • akhir sekali bolehlah dimasukkan mix vege/kacang peas + jagung dan kacaukan sebentar
  • angkat dan bolehlah dihidangkan bersama dengan nasi putih dan jugak lauk2 yang lain

note: lauk ini agak kering sedikit dan bergantung pada berapa banyak sambal yang dikehendaki

source: majalah saji (diubah sedikit)

17 February 2009

Kacang botak


Bahan-bahan:
1kg kacang tanah - tidak perlu dicuci atau dibuang kulit
3 biji telur putih
3/4 cawan (170gm) gula pasir
1 camb garam
3 camb serbuk jintan manis
3 camb serbuk jintan putih
6-7 camb serbuk cili - nie bergantung pada kepedasan masing2
300-320gm tepung gandum
4-5 pelepah daun kari
minyak untuk menggoreng

cara:
  • ratakan kacang ke dalam dulang dan jemur selama 8-10 jam supaya ianya dapat meranggupkan lagi kacang
  • NOTE: pada yang tinggal dinegara 4 musim yang jarang dapat cahaya matahari seperti di UK bolehlah di masukkan ke dalam oven dan letakkan di tray yang paling bawah sekali
  • kemudian bakar pada suhu 150C selama 30-40 min
  • sementara itu pukul putih telur sekejap dengan menggunakan hand whisker
  • kemudian masukkan gula, garam, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan serbuk cili
  • kacau sehingga semua bahan sebati
  • masukkan pula kacang dan kacau rata (seperti di dalam gambar)
  • bubuhkan tepung gandum dan gaulkan sehingga kesemua kacang bersalut dengan tepung
  • panaskan kuali dengan minyak yang banyak
  • masukkan 2-3 senduk kacang (bergantung pada size kuali yang digunakan) dan beberapa helai daun kari
  • goreng dengan api yang sederhana panas
  • kacau sekali sekala supaya kacang tidak hangus
  • goreng sehingga kacang mulai berbunyi atau meletup atau bertukar keperangan
  • bolehlah diangkat dan ditoskan diatas kitchen towel sebelum diubahkan ke dalam bekas kedap udara
  • apabila sudah sejuk barulah boleh ditutup bekas kedap udara

note: sedap dan susah untuk berhenti mengunyah apabila sudah mula makan

source: D (cara diubah sedikit)

14 February 2009

Mushroom sauce


Bahan-bahan:
1 cawan cendawan butang - dihiris
1 labu bawang besar - dicincang/dipotong dadu
2 camb tepung gandum
500ml air rebusan ayam atau 1 kiub chicken cube + 500ml air
2-3 camb kicap pekat
1 camb herba italy atau mix herbs
serbuk lada hitam

garam - jika perlu
2 camb minyak
2 camb mentega

cara:

  • panaskan kuali dengan minyak dan mentega
  • tumiskan bawang besar sehingga wangi
  • kemudian masukkan pula tepung dan kacau sebati
  • setelah itu masukkan bahan2 yang lain dan kacau rata
  • biarkan kuah hingga pekat
  • hidangkan dengan chicken chop (lihat resepi disini/lamb chop/steak, coleslaw, salad atau fries

source: puan norzailina (cara telah diubah sedikit mengikut cara sendiri)

Rendang sotong

Bahan-bahan:
500gm sotong
1 biji kelapa - ambil santan
2 sudu besar kerisik
beberapa helai daun limau purut
daun kunyit - dihiris
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
3cm lengkuas
3cm halia
2cm kunyit hidup

cara:
  1. panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sehingga naik minyak
  2. masukkan santan, kerisik, daun limau purut dan daun kunyit
  3. kacau sekali sekala dan biarkan sampai naik minyak
  4. biarkan kuah pekat dan agak kering
  5. setelah itu masukkan sotong, garam dan gula secukup rasa
  6. masakkan sekejap sahaja (jika terlalu lama sotong akan menjadi liat) dan biarkan sampai naik minyak
  7. angkat dan hidangkan bersama dengan nasi putih

source: k.hanieliza

13 February 2009

Rainbow butter cake



Bahan-bahan:
250gm mentega
200gm gula pasir / gula kastor
5 biji telur
210gm tepung gandum
1/2 camt baking powder
1 camt esen vanila
beberapa titik pewarna pink, kuning, hijau, biru atau ikut warna kegemaran masing2

cara:
  1. griskan tin kek berukuran 8" x 8" atau 9" x 9" dan taburkan sedikit tepung supaya kek tidak melekat. ketepikan
  2. ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder sebanyak 3 kali. ketepikan
  3. kemudian pukulkan mentega dan gula di dalam mangkuk adunan sehingga gebu dan ringan (apabila diterbalikkan adunan tidak jatuh)
  4. setelah itu masukkan telur satu persatu sambil dipukul sehingga habis telur digunakan
  5. masukkan esen vanila dan pukul rata
  6. kaupbalikkan tepung ke dalam adunan sambil dikacau sehingga sebati
  7. bahagikan adunan kepada 4 mangkuk/bahagian dengan setiap satu di masukkan satu pewarna dan dikacau rata
  8. ambil dua camb adunan pink dan letakkan di tengah2 tin kek
  9. masukkan pula dua camb adunan kuning dan diletakkan di atas adunan pink tadi (bertindih seperti di dalam gambar di atas)
  10. ulangi step 8 dengan adunan warna hijau dan biru (setiap adunan hendaklah diletakkan bertindih dan adunan akan sendirinya tersebar keseluruhan tin kek)
  11. lakukan sehingga habis kesemua adunan digunakan dan akhir sekali hentakkan sedikit tin kek supaya kek rata
  12. bakar pada suhu 180C selama 45 ke 50 min atau sehingga masak
  13. setelah masak padamkan api oven dan biarkan tin kek di dalamnya selama 5 min
  14. kemudian barulah dikeluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk barulah dipotong dan dihidangkan

source: bro rozzan

10 February 2009

Gulai ayam jus tomato

Bahan-bahan:
500gm ayam - dipotong kecil
2 sudu besar rempah kari ayam - dibancuh dengan sedikit air supaya menjadi paste
2 biji ubi kentang - dipotong wedges
1 batang karot - dipotong kecil
minyak - untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Bahan2 kisar:
3 biji buah tomato
1 cawan air

Bahan2 hiris:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia

Bahan2 tumis:
1 pelepah daun kari
2cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih

cara:
  1. panaskan minyak dan tumiskan bahan2 tumis dan bahan2 hiris sehingga wangi dan garing
  2. masukkan rempah kari dan kacau rata
  3. bila sudah naik minyak masukkan ayam, ubi kentang, karot dan buah tomato mesin
  4. kacau rata dan biarkan ayam, ubi kentang dan karot empuk
  5. kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa
  6. perlahankan api dan biarkan naik minyak
  7. hidangkan bersama2 dengan nasi putih atau roti

note: rasa seperti kari ayam tapi tidak menggunakan santan atau susu segar. resepi yang ringkas lagi sedap

source: k.hanieliza

Pengat keledek bersagu

Bahan-bahan:
3 batang/keping keledek - dipotong dadu selebar 1 inci
1 biji gula melaka/kabung - dihiris/potong kecil
1 cawan biji sagu - direndam
1-2 cawan santan pekat - ikut selera masing2 kalau nak pekat atau cair sedikit
garam dan gula pasir secukup rasa

cara:
  • rebuskan keledek di dalam periuk sehingga empuk (sukatan air agak2 sendiri)
  • selepas itu masukkan biji sagu, gul amelaka, gula pasir dan garam secukup rasa
  • kacau sehingga sebati
  • biarkan mendidih dan gula larut
  • kemudian barulah dimasukkan santan dan kacau rata
  • biarkan kuah mendidih sekejap dan barulah dipadamkan api
  • sedia dihidangkan sebagai minuman petang

source: D

8 February 2009

Donut resepi III

Bahan-bahan (16 biji bergantung pada size):
200gm tepung roti
50gm tepung gandum
50gm tepung jagung
30gm gula pasir
2/3 camt garam
1 camb baking powder
2 camt instant yeast
190ml susu + 1 biji telur - dikacau rata
50gm lemak sayur
minyak untuk menggoreng

Chocolate topping:
100 plain chocolate - masak secara double boiler sehingga cair, kacau sentiasa dan pastikan jangan dimasuki air
chopped kacang secukupnya

favourite jam secukupnya

cara:
  1. masukkan tepung, gula, garam dan baking powder ke dalam mangkuk adunan
  2. kacau rata
  3. setelah itu masukkan pula susu dengan telur dan jugak yis
  4. kacau sekejap
  5. masukkan pula lemak sayur dan uli sehingga tidak melekat di tangan
  6. bentukkan doh menjadi bulat dan letakkan semula ke dalam mangkuk adunan tadi
  7. biarkan doh naik dua kali ganda selama 40-45 min
  8. kalau ada breadmaker boleh dimasukkan semua bahan ke dalamnya dan tekankan setting dough
  9. tunggu sehingga siap selama 1 1/2 jam
  10. keluarkan doh dan letakkan ke atas papan pencanai
  11. tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  12. kemudian bentukkan semula menjadi bulat dan rehatkan selama 10 min
  13. ambil doh tadi dan canaikan setebal 1 - 1.5cm
  14. terapkan doh dengan menggunakan donut cutter dan susunkan ke atas baking tray yang telah di alaskan dengan kertas minyak
  15. biarkan doh naik sekali lagi selama 20-30 min
  16. setelah itu bolehlah digoreng sehingga keperangan
  17. NOTE: jika inginkan jam donut bolehlah ambil sedikit doh dan bentukkan menjadi bulat. selepas digoreng masukkan jam ke dalam piping bag dan pipekan ke dalam donut tadi
  18. Donut with chocolate topping - selepas dicairkan cokelat secara double boiler, ambil satu donut yang telah digoreng tadi dan celupkan ke dalam cokelat tadi. taburkan dengan chopped kacang (almond, hazelnut)

note: donut nie memang lembut walaupun disimpan keesokkan harinya

source: yani (cara diubah sedikit)

Ikan stim tiga rasa

Bahan-bahan (2 orang):
1 ekor ikan siakap - dalam 600gm
100ml air - boleh tambahkan air kalau nak kuah lebih
2 camb minyak - untuk menumis
garam secukupnya

Bahan2 dicincang halus:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan2 dihiris halus:
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4-5 biji cili padi

Bahan2 sos:
2 camb cili kisar
1 camb sos tomato
2 camb sos plam
2 camb gula pasir
2 camb sos cili
1 camb jus limau nipis
1 camt kicap manis


cara:
  1. sediakan kukus
  2. lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 min
  3. letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air
  4. kukus ikan sehingga masak
  5. sementara itu panaskan minyak
  6. tumiskan bahan2 cincang selama 1 min
  7. masukkan semua bahan2 sos dan kacau rata
  8. bila mendidih, masukkan bahan2 hiris, air kukusan ikan dan garam
  9. masak sehingga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi
  10. makanlah bersama2 dengan nasi putih dan ulam2an

source: puan norzailina

6 February 2009

Bagels


Bahan-bahan (6 biji):
260gm tepung roti
1 camt instant yeast
1 camt garam
2 camb olive oil
160ml air

cara:
  1. masukkan kesemua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan setting dough
  2. tunggu sehingga siap dalam 1 1/2 jam
  3. jika tiada BM bolehlah dicampurkan bahan2 kering ke dalam mangkuk adunan. kacaukan rata
  4. buatkan lubang di tengah dan masukkan air dan minyak. gaulkan sehingga sebati
  5. uli adunan sehingga menjadi bentuk doh dan tidak melekat ditangan
  6. kemudian bentukkan doh menjadi bulat besar dan letakkan semula ke dalam mangkuk adunan tadi
  7. tutupkan dengan cling film atau kain dan biarkan doh naik dua kali ganda selama 45 min atau 1 jam
  8. nie utk kedua2 kaedah (BM dan uli tangan) - keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai
  9. tumbuk2kan doh untuk mengeluarkan angin
  10. kemudian bentukkan semula menjadi bulat besar dan rehatkan selama 10 min
  11. setelah itu bahagikan doh kepada 6 bahagian dengan setiap satu seberat 75gm dan bentukkan menjadi bulat
  12. ambil satu doh tadi dan buatkan lubang di tengah
  13. lalukan dengan rolling pin (buat macam dalam gambar di atas) dan lakukan sehingga habis (buatkan lubang sebesar yang mungkin kerana apabila doh telah naik dua kali ganda lubang tadi akan menjadi kecil)
  14. letakkan doh tadi di atas baking tray yang telah lapikkan dengan kertas minyak dan biarkan doh naik dua kali ganda lebih kurang 20-30 min
  15. panaskan air di dalam mangkuk tahan panas dan masukkan bagels tadi dengan setiap permukaan dimasak selama 30 min
  16. angkat dan toskan. letakkan semula di dalam baking tray
  17. bakar pada suhu 200C selama 10-15 min atau sehingga masak dan keperangan

note: kalau sukakan bagels yang bertopping, sebelum dibakar sapukan dengan telur yang dicampurkan dengan sedikit susu segar dan taburkan topping yg disukai seperti poppy seeds atau sesame seeds

source: HHB (diubah sedikit)

Bahulu cermai

Bahan-bahan:
7 biji telur - grade A
380gm gula kastor
250gm tepung gandum
1/2 camt baking powder
1 camt esen vanila
sedikit minyak - untuk sapuan pada acuan

cara:
  1. panaskan oven pada suhu 200C
  2. ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder. ketepikan
  3. satukan telur, gula dan esen vanila di dalam mangkuk adunan
  4. pukulkan dengan high speed sehinga kembang dan gebu lebih kurang 5 min
  5. masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi pada slow speed sehingga habis
  6. panaskan acuan bahulu di dalam oven sekejap
  7. keluarkan dan sapukan dengan minyak (pastikan jangan minyak sampai berlinang)
  8. letakkan 1 sudu kecil adunan ke dalam setiap lubang acuan dan bakar selama 10-12 min atau sehingga msak

note: pastikan acuan yang diguna non-stick kalau tidak bahulu tidak berapa cantik cam dalam gambo

source: resepi.net

Daging prunes

Bahan-bahan:
600gm daging - dipotong nipis
1/2 cawan buah prune - dibuangkan biji dan dimesin halus
5 sudu besar sos tomato
4 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar rempah kari
1/2 cawan air
4 sudu besar minyak
garam dan gula secukupnya

Bahan2 kisar:
4 ulas bwang putih
10 ulas bawang merah
2 inci halia

cara:
  1. daging yang telah dibersih dan dihiris nipis tadi di gaulkan dengan sos tomato, rempah kari, cili mesin dan kicap pekat sehingga rata
  2. panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sehingga wangi dan naik minyak
  3. masukkan daging dan air. kacau rata
  4. biarkan daing masak sehingga lembut
  5. kemudian barulah dimasukkan buah prune, garam dan gula (jika sukakan masam2 manis bolehlah diimbangkan perasa gula)
  6. biarkan sehingga kuah pekat
  7. setelah masak bolehlah dihidangkan bersama2 dengan nasi putih atau nasi minyak dan beriani

source: k.hanieliza (ubah sikit)

3 February 2009

Southern fried chicken

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil ikut suka masing2

Bahan2 perapan:
garam & crushed black pepper (nie yang dalam botol cam chef2 guna)
1 camt dried oregano
2 biji telur
3 camb susu segar
1 camb gula merah/perang (brown sugar)

Bahan2 salutan:
1/2 camt garam
1/2 camt baking powder
1 camt serbuk bawang putih (garlic powder)
1 camt serbuk paprika (paprika powder)
1 1/2 cawan tepung gandum

minyak untuk menggoreng secukupnya

cara:
  1. ayam digaulkan rata bersama2 dengan bahan2 perapan
  2. perapkan selama 1 ke 2 jam (lagi lama lagi bertambah sedap)
  3. setelah itu satukan kesemua bahan2 salutan ke dalam mangkuk dan gaulkan rata
  4. panaskan minyak yang banyak (goreng secara deep frying)
  5. salutkan ayam ke dalam tepung dan gorengkan sehingga garing dan masak
  6. hidangkan panas2

note: ayam nie memang berbau harum dan rasa seperti ala2 ayam KFC

source: k.ida, 1001 (diubah sedikit)

2 February 2009

Classic dinner rolls



Bahan-bahan (18 biji):
4 cawan (520gm) tepung roti atau 4 cawan (440gm) tepung gandum (all-purpose flour)
2 1/4 camt instant yeast
1/3 cawan (75gm) gula pasir
1 camt garam
1 cawan susu segar
113gm unsalted butter
3 biji telur kuning

sedikit olive oil - untuk sapuan atas roti

cara:
  1. letakkan semua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting doh
  2. tunggu sehingga siap selama 1 1/2 jam
  3. atau kalau tak ada breadmaker boleh guna electric mixer
  4. masukkan tepung, yis, gula dan garam ke dalam mangkuk adunan. ketepikan
  5. jerangkan susu dan mentega di dalam sauce pan sehingga mentega cair atau boleh juga dimasukkan ke dalam microwave. angkat dan biarkan suam
  6. kemudian masukkan ke dalam adunan tepung tadi dan pukul dengan menggunakan dough hook dengan kelajuan perlahan sehingga sebati
  7. tambahkan kelajuan dan pukul lagi selama 8 min sehingga menjadi doh
  8. keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai
  9. ulikan sekejap dan bentukkan menjadi bentuk bulat
  10. letakkan semula ke dalam mangkuk adunan tadi (pastikan digris terlebih dahulu) dan tutupkan dengan cling film atau kain
  11. biarkan doh naik dua kali ganda selama 1 jam
  12. keluarkan doh dari mangkuk adunan dan tumbuk2kan untuk keluarkan angin (jika menggunakan BM setelah siap keluarkan dan tumbuk2kan supaya mengeluarkan angin)
  13. kemudian bentukkan semula doh menjadi bentuk bulat dan rehatkan sebentar selama 10-15 min
  14. kemudian bahagikan doh kepada 18 biji dengan setiap satu seberat 55gm
  15. bentukkan menjadi bulat kecil dan susunkan ke dalam baking tray yang telah digris terlebih dahulu
  16. biarkan doh naik dua kali ganda selama 45 min
  17. pada yang tinggal di negara 4 musim letakkan di dalam oven dan letakkan dua cawan air panas apitkan dikiri kanan baking tray tadi (tidak perlu ON kan oven). tutupkan pintu oven dan biarkan doh naik dua kali ganda
  18. selepas itu bakar pada suhu 190C selama 20 min atau sehingga masak dan keperangan
  19. keluarkan dan sapukan permukaan roti dengan olive oil supaya permukaan roti sentiasa lembut
  20. jika ingin tahu roti tu masak betul ketuk2kan permukaan bawah roti. jika ada bunyi itu tandanya roti kita dah betul masak

note: roti nie memang lembut. selepas keluarkan dari BM tidak perlu taburkan tepung di atas papan pencanai kerana doh tidak melekat di tangan

1 February 2009

Kaya layer cake


Bahan-bahan:
Bahan2 A:

225gm butter
160gm gula perang (soft brown sugar)
5 biji telur
200gm original flavour kaya
2 camb susu tepung (milk powder)
120gm tepung kek

Bahan2 B:
225gm butter
160gm gula perang (soft brown sugar)
5 biji telur
200gm pandan flavour kaya
2 camb susu tepung (milk powder)
1 camt pewarna hijau atau pandan emulco

cara:
  • Bahan2 A: pukul telur dengan gula perang sehingga gebu dan ringan (apabila dikaup dengan spatula adunan tidak jatuh)
  • masukkan telur satu persatu sambil dipukul sehingga sebati
  • setelah itu masukkan pula kaya dan susu tepung
  • pukul rata
  • ayakkan tepung ke dalam adunan sambil dikaupbalik sehingga sebati
  • ketepikan bahan2 A
  • Bahan2 B: caranya sama seperti Bahan2 A cuma selepas Step 3 masukkan pewarna hijau atau pandan emulco dan kacaukan sebati
  • pastikan oven dipanaskan untuk grill mode pada suhu 220C
  • griskan 9x9 inch tin kek dan ketepikan
  • panaskan tin kek terlebih dahulu samada di dalam oven atau direndamkan di dalam mangkuk yang berisi air panas
  • ambil satu senduk atau 2 senduk adunan Bahan2 A dan ratakan ke dalam tin kek
  • bakar selama 7 min atau sehingga keperangan
  • keluarkan tin kek dan dengan menggunakan belakang sudu tekan2kan kek tadi supaya mengeluarkan angin
  • setelah itu barulah di masukkan Bahan2 B dan sapukan rata
  • bakar lagi selama 7 min dan ulangi lagi dari step 10 sehingga habis kedua2 adunan digunakan
  • selepas lapisan akhir dibakar tukarkan api oven kepada mode biasa dan turunkan suhu kepada 180C dan bakar lagi selama 10-15 min supaya kek tahan lebih lama
  • keluarkan tin kek dari oven dan biarkan betul2 sejuk barulah dikeluarkan dari tin
  • potong dan bolehlah dihidangkan

source: table for 2 (cara diubah sedikit)

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin