Bahan-bahan (14 biji):
380gm tepung roti
3 sudu besar susu tepung
80gm gula kastor
1/2 sudu kecil garam
3 sudu kecil yis
1 biji telur
100ml air
100gm water roux - lihat resepi disini
30gm butter
30gm shortening
cara:
- masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting dough
- tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam bergantung pada jenis BM
- setelah siap keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
- tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
- selepas itu bahagikan doh kepada 14 bahagian dengan setiap satu seberat 55gm
- ambil satu doh dan bentukkan menjadi doh yang kecil dan lakukan sehingga habis
- rehatkan doh selama 10-15 min
- selepas itu jika hendak letak inti apa2 pun boleh
- ambil satu doh dan tepekkan ke tapak tangan dan letakkan satu sudu kecil inti dan tutupkan semula menjadi bola yang kecil
- lakukan sehingga habis
- selepas itu susunkan ke dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu
- kemudian biarkan doh tadi naik sekali lagi lebih kurang 45 min ke 1 jam
- kalau berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi ke dalam oven dan apitkan dengan 2 ke 3 cawan air panas
- kemudian bakar pada suhu 180C selama 20-25 min atau sehingga masak dan keperangan
- jika takut permukaan roti perang sangat bolehlah dibakar dahulu selama 15 min dan selepas itu ditutupkan permukaan loyang tadi dengan aluminium foil dan bakar lagi selama 5-10 min lagi
- keluarkan dari oven dan biarkan sejuk barulah dihidangkan
note: texture roti nie memang lembut dan doh pulak memang cantik kentalnya
source: k.nor, secubit garam (ubah cara ikut style sendiri)
1 comments:
Thank you for wwriting this
Post a Comment