Pages

7 January 2009

Telur itik masak darat

Bahan-bahan:
5 biji telur itik
450ml santan pekat - dari sebiji kelapa
2 sudu makan kerisik
1/2 sudu makan kunyit serbuk
garam dan gula secukup rasa
minyak secukupnya

Bahan-bahan kisar:
5 ulas bawang merah
1cm lengkuas
5 tangkai cili kering

cara:
  • pecahkan sebiji telur di dalam senduk kecil yang telah dilengser dengan sedikit minyak
  • bubuh senduk di dalam air mendidih dan biar hingga telur masak
  • buat begini sehingga telur habis
  • ketepikan
  • panaskan minyak di dalam periuk
  • tumiskan bahan2 kisar sehingga berbau
  • masukkan santan dan serbuk kunyit
  • kacau rata sehingga mendidih
  • bubuh kerisik, garam, gula dan dikacau rata
  • apabila mendidih, masukkan telur dan masak lagi selama 2 min
  • hidangkan bersama2 dengan nasi putih bersama ulam2an

source: puan norzailina nordin

5 comments:

LadyAna said...

noreen, uniknya nama resepi ni..telur itik masak darat..em nape tk letak telur itik masak kolam? hehehe..mika tu sume kan suka berenang je..hehehe...lama tk chat ek..tgh heavy snow ea kt sana? amikla gambor..

Anonymous said...

Noreen, mana pergi chatbox..x nmpak pun..ke kena tutup dgn snow dah pulak..alahaiii...Uiii kat sana ada jual telor itik gak eh..itik serati ke..Sedap gak nmpak..ada lg telor itik 3 biji tu..nnt nak try la pulak..hehe..

noreen said...

dah chef lotak namo gitu kite pun itut ler karang den pepandai ubah name mau aku kene saman ahak

noreen said...

sedap resepi telur itik masak darat nie ummi cam rase rendang sbb letak kerisik

cikwan said...

telor itik le pulak....dapp

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin