Bahan-bahan (6 biji seperti size di dalam gambar):
175gm tepung naik sendiri
secubit garam
110gm mentega - suhu bilik
110gm gula kastor
2 biji telur
1 camb jus orange
parutan kulit orange - dari 1 biji orange
Curd filling:
parutan kulit orange dan jus - dari 1 biji orange size kecil
jus lemon - dari 1/2 biji
40gm gula kastor
2 biji telur
50gm mentega tanpa garam
gula aising - untuk di taburkan ke atas cake
cara:
1. panaskan oven pada suhu 190C. susunkan muffin paper cases ke dalam muffin pan dan ketepikan
2. untuk membuat curd filling: masukkan 4 bahan pertama ke dalam mangkuk dan whiskkan sehingga sebati. selepas itu masukkan mentega ke dalamnya dan masak secara kaedah double boiler. kacau sentiasa dalam 10-15 min atau sehingga curd filling menjadi pekat. selepas itu ketepikan dan biarkan sejuk atau boleh juga disimpan di dalam fridge sementara menunggu cake siap
3. untuk cake: masukkan kesemua bahan2 dan pukul sehingga gebu dan sebati dalam 1-2 min
4. setelah itu masukkan adunan tadi ke dalam muffin cup dan bakar selama 15-20 min atau sehingga masak. sebelum itu hentakkan sikit muffin pan dan barulah dimasukkan ke dalam oven 5. apabila sudah masak keluarkan dari oven dan letakkan ke atas wire rack dan biarkan ianya sejuk pada suhu bili
6. setelah itu potong permukaan atas cake tadi dalam 1/2 inci (1cm) dan potong dua. ambil curd filling tadi dan sapukan ke atasnya. setelah itu ambil pula dua keping potongan cake yg telah di potong dua dan letakkan ke atas curd filling tadi seolah2 seperti butterfly wings
7. taburkan sedikit gula aising ke atas cake sebelum dihidangkan
0 comments:
Post a Comment