Pages

19 August 2009

Cheese & salami twist




Bahan-bahan (6 biji):
200gm tepung roti
1 camt instant yeast
20gm gula pasir
1/2 camt garam
20gm unsalted butter
140gm susu segar

40gm salami - dipotong kecil -boleh ditukar ikut selera masing2 (gambar no. 11)
40gm mozarella cheese - diparut (gambar no. 12)
mayonnaise secukupnya

cara:
  • masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting dough
  • tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam (ini bergantung pada jenis BM masing2)
  • keluarkan doh tadi dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung (ini bergantung jika doh lembik atau tidak)
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin dan kemudian bentukkan menjadi bulat yang besar
  • rehatkan sekejap selama 10 min
  • selepas itu canaikan doh tadi menjadi bentuk rectangular 30cm x 25 cm (gambar no. 1)
  • kemudian taburkan salami dan mozarella cheese di setengah bahagian doh tadi (gambar no. 2)
  • tutupkan doh tadi (gambar no. 3) dan tekankan bahagian tepi supaya tidak tercabut (gambar no. 4)
  • letakkan rolling pin ke atas doh tadi dengan tujuan untuk melekatkan lagi doh tadi (gambar no. 5)
  • jangan di canai/gelekkan rolling pin di atas doh
  • potong doh kepada 6 bahagian (gambar no. 6)
  • ambil satu doh dan potong bahagian tengah sahaja tetapi jangan sampai putus (gambar no. 7)
  • di salah satu bahagian hujung lipatkan ke dalam sebanyak dua kali supaya terbentuk menjadi 'TWIST' (gambar no. 8)
  • lakukan sehingga habis dan susunkan di atas baking sheet atau loyang yang telah digris (gambar no. 9)
  • biarkan doh naik sekali lagi selama lebih kurang 45 min atau 1 jam
  • pada yang berada di negara 4 musim bolehlah di simpan loyang tadi di dalam oven tanpa perlu 'ON' kannya
  • letakkan dua cawan air panas di apit kiri dan kanan atau atas atau bawah loyang tersebut
  • kaedah ini untuk mempercepatkan proses penaikan doh
  • selepas itu picitkan mayonnaise ke atas 6 biji doh (gambar no. 10) tadi dan bakar pada suhu 180C selama 10-12 min atau sehingga masak dan keperangan
  • hidangkan sebagai minuman petang

source: dd

1 comments:

Nuramirah Idayu Nadzrin said...

Macam mne nk buat doh tanpa menggunakan BM?

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin