31 July 2007
Apam cantik manis
Bahan-bahan (satu family):
3 biji telur
150-180g gula kaster
250g tepung gandum
325-350ml aiskrim soda/7-Up
1 camt vanila
sedikit pewarna merah
kelapa parut putih (campur garam) utk hidangan
cara:
- lengserkan acuan apam dengan minyak atau pun kalau guna muffin cup cases letakkan di dalam acuan kuih apam
- pukul telur dengan gula hingga kembang atau hingga putih dan pekat
- masukkan vanila, kacau rata
- ayak separuh tepung ke dalam adunan tadi
- tuangkan separuh aiskrim soda
- kacau perlahan hingga sebati
- ayakkan baki tepung dan masukkan baki aiskrim soda
- kepekatannya adalah seperti membuat dadar
- asingkan sedikit adunan, masukkan pewarna merah
- bubuh adunan biasa ke dalam acuan, bubu 1 camt adunan merah diatasnya
- biar seketika hingga adunan memenuhi acuan kemudian kukus hingga masak selama 12-15 min
note: dlm gambar saya guna 7-Up sbb di UK tak jumpa aiskrim soda tapi apam akan lagi bertambah gebu kalau sekiranya mengguna aiskrim soda
Cincuan ikan masin
Bahan-bahan (satu family):
150gm ikan talang masin - dihiris 2sm
4sm halia - dihiris halus
1 biji bawang besar - dihiris halus
150ml air diperah bersama dengan
1 sudu teh asam jawa
1 sudu makan gula pasir
1 biji cili merah - dihiris serong
1 biji cili hijau - dihiris serong
minyak masak
sedikit garam jika perlu
cara:
150gm ikan talang masin - dihiris 2sm
4sm halia - dihiris halus
1 biji bawang besar - dihiris halus
150ml air diperah bersama dengan
1 sudu teh asam jawa
1 sudu makan gula pasir
1 biji cili merah - dihiris serong
1 biji cili hijau - dihiris serong
minyak masak
sedikit garam jika perlu
cara:
- panaskan minyak, goreng ikan hingga masak dan angkat
- tinggalkan minyak sedikit dan tumiskan halia, bawang besar hingga wangi
- masukkan air asam jawa, gula pasir, cili merah dan cili hijau
- kacau selama 1 min kemudian masukkan ikan talang tadi
- sedap dimakan bersama nasi panas2
Ayam masak kari cik nis (chicken curry)
resepi asal dari k.nis
Bahan-bahan (satu family):
1 ekor ayam - ptg ikut suka masing2, cuci dan toskan
4 biji ubi kentang - di potong wedges
1 biji karot - di potong ikut suka masing2
Daun kari
2 biji tomato - di potong wedges
100ml santan pekat
air secukupnya
2 keping asam gelugur/keping
1 biji kulit kayu manis
2 biji cardamon
1 batang serai - diketuk
garam secukup rasa
3 camb minyak
Bahan-bahan kisar:
6 biji bawang kecil
4 biji bawang putih
1/2 inci halia
5 camb serbuk kari daging
1 camt serbuk ketumbar
1 camt serbuk cili - optional
2 biji buah keras
cara:
- panaskan periuk dan tumiskan bahan2 blend hingga garing
- masukkan serai, kulit kayu manis dan cardamon. kacau hingga sebati
- bubuh sedikit air dan masukkan ubi kentang, karot dan kacau hingga sebati
- masukkan juga daun kari dan asam keping
- masukkan ayam dan biarkan ayam sehingga hampir2 masak
- tuangkan santan pekat dan masukkan garam
- akhir sekali masukkan buah tomato
note: kari ayam nie boleh juga dimakan dengan roti jala. mmg tak rugi mencuba resepi nie sbb terlalu sedap hingga menjilat jari
30 July 2007
Blueberry-lime cupcakes
resepi asal dari k.nis
Bahan-bahan:
115gm margarine, softened
225gm gula kastor
2 biji telur - dipukul sedikit
1 camt esen vanila
115ml susu segar
225gm tepung naik sendiri
1 camt baking powder
115gm fresh blueberries
1 camb parutan kulit limau nipis
cara:
- panaskan oven pada suhu 175C
- satukan margerin dan gula dan pukul sehingga kembang
- masukkan telur dan kacau sehingga sebati
- ayakkan tepung dan baking powder dan masukkan sikit2 ke dalam adunan sehingga sebati
- masukkan blueberries dan parutan limau nipis dan kaupbalikkan
- sudukan adunan ke dalam acuan cupcakes dan bakar selama 20 min
29 July 2007
Durian hazelnut muffin
resepi dari che mat gebu
Bahan-bahan (10 - 12 biji):
125 g mentega
100 g gula halus
2 biji telur gred A + 1 kuning telur
130 g tepung gandum*
3/4 camca teh serbuk penaik*(*disatukan dan diayak)
20 ml susu segar
70 g isi durian
30 g hazelnut, dicincang kasar
cara:
- pukul mentega, gula dan telur hingga kembang dan gula hancur. Masukkan isi durian dan terus memukul hingga sebati
- masukkan tepung berselang seli dgn susu segar hingga habis. Gaul rata
- masukkan cincangan hazelnut, dan gaul rata menggunakan spatula. Boleh juga diganti dgn walnut, badam atau tak payah letak kalau tak nak
- isi dalam muffin cup 3/4 penuh dan hias dgn sebiji hazelnut. Banyak atau sikit bilangan muffin bergantung pada saiz muffin cup masing2
- bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C, selama 25 minit. Sejukkan atas redai
28 July 2007
Soto ayam resepi I
Bahan-bahan (satu family):
1 ekor ayam - dibelah 2
2.5 liter air
60ml minyak
5sm lengkuas - diketuk
2 batang serai - diketuk
2 kuntum bunga lawang - 2 kelopak ditumbuk
8 kuntuk bunga cengkih
1 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh serbuk pala
10 ulas bawang merah - dibuat bawang goreng
garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
Bahan sos cili padi:
8-10 biji cili padi - dikisar
2 biji cili hijau - dikisar
3 sudu makan kicap manis
garam & gula secukup rasa
Bahan sampingan:
300gm tauge - dicelur
300gm nasi impit - dipotong kiub
40gm suhun - digoreng
6 tangkai daun bawang - dihiris
6 tangkai daun sup - dihiri
Pegedil
cara:
- jerang ayam dengan air hingga hampir mendidih
- panaskan minyak, tumis lengkuas, serai, bunga lawang dan bunga cengkih
- tuang bahan goreng ke dalam air rebusan tadi. bubuh pula serbuk pala, garam, gula pasir dan serbuk perasa. biar hingga menggelegak dan ayam masak
- keluarkan ayam, siatkan isinya. masukkan semula tulang ke dalam sup. bubuh 1/3 bawang goreng dan serbuk lada hitam
- biar mendidih selama 10 min lagi. kemudian ketepikan tulang ayam. tambah garam jika perlu
- sos cili padi: campurkan cili kisar dengan kicap, sedikit garam dan gula pasir
- bubuh nasi impit dengan suhun ke dalam mangkuk. letak isi ayam, tauge, bawang goreng, pegedil dan daun sup. curahkan sup kemudian taburkan bawang goreng.
Pegedil daging
a very simple pegedil recipe from me
Bahan-bahan (4 org):
5 biji ubi kentang - dipotong wedges dan digoreng selama 5 min
2 senduk besar daging cincang - ikut suka berapa banyak nak letak
1 biji bawang besar - dipotong dadu
daun sup - dihiris halus (kat UK nie tak ado tu pasal tak bubuh)
serbuk lada hitam
garam secukup rasa
1 biji telur - dipukul
cara:
- ubi kentang yg telah digoreng di lenyekkan dan digaul bersama dengan daging cincang, daun sup dan bawang besar yg telah dipotong dadu
- masukkan serbuk lada hitam dan garam
- ambil sedikit adunan, bentukkan bulat dan leperkan sedikit
- panaskan minyak, celupkan pegedil di dlm telur dan goreng hingga keperangan
note: jgn selalu kacau pegedil nanti akan pecah kalau boleh biar masak dengan minyak terendam. kalau boleh guna sudu kecil utk terbalikkan pegedil dlm kuali
Lapis pandan
Bahan-bahan A (satu loyang sederhana):
11/2 cawan (170gm) tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan (170gm) gula
3 cawan santan
1 sudu kecil garam
Bahan2 tambahan:
1/2 cawan jus pandan
pewarna hijau
1/2 cawan air
cara:
11/2 cawan (170gm) tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan (170gm) gula
3 cawan santan
1 sudu kecil garam
Bahan2 tambahan:
1/2 cawan jus pandan
pewarna hijau
1/2 cawan air
cara:
- gaulkan semua bahan A dan tapiskan
- bahagikan aduanan pada 2 bahagian
- masukkan pewarna hijau dan jus pandan dlm 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal dalam 1 bahagian lagi
- tambahkan 1/2 cawan air ke dalam adunan asal supaya kecairannya sama dengan warna hijau
- panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang
- masukkan 1 senduk adunan hijau dan kukus selama 5 min
- lapiskan 1 senduk adunan asal dan kukus semula selama 5 min
- buat sehingga kedua2 adunan habis
- sejukkan dan potong utk dihidangkan
source: noormasri
Kuah / pengat durian
Bahan-bahan (10 org):
15 ulas durian (lebih kurg)
500ml santan
satu senduk gula
cara:
- masukkan santan dan durian ke dalam periuk
- letakkan atas api dan kacau hingga mendidih
- bila dah agak pekat kuahnya, masukkan gula dan kacau
- tunggu sebentar kemudian padamkan api
- boleh dimakan dengan roti biasa, pulut atau roti jala
source: akizila, myr
26 July 2007
Kuih kelapa muda
Bahan-bahan (satu loyang 22sm):
350ml santan - dari 1 biji kelapa
220 gm tepung gandum
120gm isi kelapa muda - dihiris halus
90gm gula pasir
70gm marjerin
70gm minyak sapi
1 biji telur - dipukul sedikit
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh garam
minyak utk melengser
cara:
- cairkan marjerin dan minyak sapi kemudian biarkan sejuk
- satukan tepung, garam dan gula pasir dlm mangkuk besar
- masukkan telur, esen vanila dan santan. kacau hingga rata
- tuangkan marjerin dan minyak sapi cair dan gaul sebati
- akhir sekali, masukkan isi kelapa muda dan dikacau
- tuangkan ke dalam loyang berukuran 22sm yg dilengser minyak
- bakar pada suhu 190C selama 35-40 min atau hingga masak
note: kuih nie saya buat separuh adunan saja
25 July 2007
Talam pandan
24 July 2007
Tepung talam
memang suka sgt makan kuih talam nie kalau boleh semua mcm talam dlm dunia nie nak buat ... so jemputlah makan jgn segan2 ya sapa segan dia lah lapo
Bahan-bahan (satu loyang):
Lapisan bawah:
200ml air
80g gula merah/gula melaka
40g gula pasir
2 helai daun pandan - disimpulkan
70g tepung beras
1/2 camt garam
300ml santan - dari 1/2 biji kelapa
1/2 camt air kapur - agak cair
Lapisan atas:
350ml santan - dari 1/2 biji kelapa
1 biji telur
50g gula pasir
30g tepung gandum
20g tepung jagung
1/2 camt garam
1/2 camt air kapur - agak cair
cara:
- sediakan air gula melaka: masak 4 bahan pertama lapisan bawah hingga mendidih kemudian tapis & biar sejuk
- campurkan dengan semua bahan lain lapisan bawah, kacau di atas api hingga naik wap
- tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 12-15 min atau hingga masak
- untuk lapisan atas, kacau semua bahan hingga sebati
- kacau di atas api perlahan hingga naik wap
- sebelum tuangkan ke atas lapisan bawah garis2kan dulu lapisan bawah dengan pisau tapi jgn dalam sgt. kaedah ini untuk supaya lapisan bawah dan lapisan atas bercantum
- tuangkan ke atas lapisan bawah dan kukus semula selama 15-20 min
- biar sejuk sebelum dipotong
note: bahagian bawah penutup kukus hendaklah dilap setiap 5-7 min supaya air tidak menitik ke atas kuih. pastikan apinya juga sederhana dan tidak terlalu kuat. kalau tak mau dilap sentiasa bolehlah penutup kukus ditutup dengan kain
Bahan-bahan (satu loyang):
Lapisan bawah:
200ml air
80g gula merah/gula melaka
40g gula pasir
2 helai daun pandan - disimpulkan
70g tepung beras
1/2 camt garam
300ml santan - dari 1/2 biji kelapa
1/2 camt air kapur - agak cair
Lapisan atas:
350ml santan - dari 1/2 biji kelapa
1 biji telur
50g gula pasir
30g tepung gandum
20g tepung jagung
1/2 camt garam
1/2 camt air kapur - agak cair
cara:
- sediakan air gula melaka: masak 4 bahan pertama lapisan bawah hingga mendidih kemudian tapis & biar sejuk
- campurkan dengan semua bahan lain lapisan bawah, kacau di atas api hingga naik wap
- tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 12-15 min atau hingga masak
- untuk lapisan atas, kacau semua bahan hingga sebati
- kacau di atas api perlahan hingga naik wap
- sebelum tuangkan ke atas lapisan bawah garis2kan dulu lapisan bawah dengan pisau tapi jgn dalam sgt. kaedah ini untuk supaya lapisan bawah dan lapisan atas bercantum
- tuangkan ke atas lapisan bawah dan kukus semula selama 15-20 min
- biar sejuk sebelum dipotong
note: bahagian bawah penutup kukus hendaklah dilap setiap 5-7 min supaya air tidak menitik ke atas kuih. pastikan apinya juga sederhana dan tidak terlalu kuat. kalau tak mau dilap sentiasa bolehlah penutup kukus ditutup dengan kain
22 July 2007
Sambal fishball
resepi nie yg paling senang dibuat utk career woman like me. I selalu gunting cili kering siap2 letak dlm freezer bag sbb bila nak guna dah siap gunting. tapi kalau utk masak sambal I selalu blend bawang, cili dan belacan semua sekali lepas tu masukkan dlm freezer.
a very simple recipe from me ... jemputlah makan
Bahan-bahan:
fish ball - digoreng sekejap
Cili kering - ikut kepedasan masing2
6-7 biji bawang kecil
1 biji bawang putih
belacan
air asam jawa
cili sos
gula, garam dan serbuk perasa
cara:
- blend cili kering, bawang kecil & putih dan belacan
- panaskan kuali, tumiskan bahan2 blend
- kalau nak kasi sambal tahan lama biar masa menumis tu lama sedikit sampai bertukar colour cam kehitaman
- masukkan cili sos dan gaulkan sebati
- bubuh air asam jawa, gula, serbuk perasa dan garam
- akhir sekali masukkan fish ball yg telah digoreng sekejap
note: fish ball boleh diganti dengan ikan goreng, udang, sotong
Pulut inti
di UK nie kelapa parut tak ada yg fresh cuma ada yg frozen tu yg inti tak berapa cantik. menu nie sesuai dimakan utk minum petang
Bahan-bahan:
500gm beras pulut - rendam selama 6 jam dan toskan
200gm kelapa parut - ambil 400ml santan
1 sudu teh gula pasir
1 sudu teh garam
daun pisang
Bahan inti:
200gm gula melaka - dihiris halus
50gm gula pasir
2 cawan kelapa parut putih
1/2 cawan air
1 sudu makan tepung gandum
2 helai daun pandan - dilayur dan dipotong
cara:
- campurkan santan, gula dan garam pada pulut. gaul separuh dengan pulut. kukuskan selama 10 min
- kemudian campurkan lebihan santan dengan pulut. kukuskan lagi selama 10 min
- bahan inti: masak kelapa parut, daun pandan, gula pasir, gula melaka dan air hingga sebati dan hampir kering. masukkan tepung gandum dan kacau hingga rata. angkat
- bubuh sedikit pulut pada sekeping daun pisang. letakkan sedikit inti di atasnya. kemudian dibungkus seperti membungkus kuih koci. buat begini hingga habis
21 July 2007
Kuih talam jagung
Bahan-bahan (satu loyang):
Lapisan bawah:
200ml air
80g gula merah / gula melaka
40g gula pasir
2 helai daun pandan - disimpulkan
70g tepung beras
1/2 camt garam
300ml santan - dari 1/2 biji kelapa
1/2 camt air kapur - agak cair
Lapisan atas:
350ml santan - dari 1/2 biji kelapa
1 biji telur
80g jagung berkrim - dikisar halus
50g gula pasir
30g tepung gandum
20g tepung jagung
1/2 camt garam
1/2 camt air kapur - agak cair
sedikit pewarna kuning
cara:
- sediakan air gula melaka: masak 4 bahan pertama (lapisan bawah) hingga mendidih kemudian tapis & biar sejuk
- campurkan dengan semua bahan lain, kacau di atas api hingga naik wap
- tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 12-15min atau hingga masak
- untuk lapisan atas, kacau semua bahan hingga sebati
- kacau di atas api perlahan hingga naik wap
- sebelum tuangkan lapisan bawah ke atas lapisan atas hiriskan lapisan atas dengan pisau buat mcm line tapi jgn dlm sgt. nie utk supaya lapisan bawah dan atas bercantum tidak terbukak
- tuang ke atas lapisan bawah dan kukus semula selama 15-20min
- biar sejuk sebelum dipotong
19 July 2007
Muffin coklat
Bahan-bahan:
150ml minyak jagung
130ml susu segar
150g gula kaster
100g telur
240g tepung naik sendiri (self raising flour)
30g serbuk koko
50g chocolate chips
cara:
- kacau 4 bahan pertama hingga sebati
- masukkan semua bahan lain, kacau rata
- sudukan ke dalam cawan kertas yg diletak di dalam acuan muffin
- bakar pada 190C selama 20-25 min atau hingga masak
note: panaskan terlebih dahulu oven dlm 10 min
Sweet corn muffin
resepi dari Mat Gebu
Bahan-bahan (12 - 14 biji):
110 g mentega
30 g gula halus
6 camca besar "Golden Syrup"
2 biji telur Gred A
165 g tepung gandum*
90 g tepung jagung*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
120 ml susu segar
100 g jagung manis dalam tin
cara:
- satukan mentega, gula dan "Golden Syrup" dan pukul hingga sebati. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan gula hancur
- turunkan speed mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu hingga habis. Gaul hingga rata
- dengan menggunakan spatula, gaul jagung manis bersama adunan sehingga rata
- sudukan adunan ke dalam muffin cup 3/4 penuh. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 - 25 minit, bergantung pada oven masing
note: kalau tak de Golden Syrup boleh juga diganti dgn madu lebah
Ikan sumbat bakar
Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung / ikan cencaru
100ml minyak masak
3 sudu makan minyak - utk disapukan pada ikan
3-4 helai daun kunyit - dihiris memanjang (kalau tak ada daun kunyit daun pisang pun boleh)
Bahan sumbat:
8 ulas bawang merah )
8 biji cili merah ) di
3 cm kunyit ) tumbuk
2 cm belacan ) halus
5 helai daun limau purut - dihiris halus
garam
cara:
- buangkan perut ikan melalui bahagian insangnya (tanpa memotong perut)
- bersihkan bahagian dalam perut tadi
- kelar ikan secara memanjang atau belah belakang (hampir ke tulangnya) dari bahagian penutup insang ke bahagian bawah perutnya
- satukan bahan tumbuk, daun limau purut dan garam
- panaskan minyak di dlm kuali, tumis campuran bahan tumbuk hingga berbau. angkat dan biar sejuk
- ambil campuran tadi, sumbatkan ke dalam bahagian yg dikelar
- sumbatkan hingga ke bahagian perutnya
- ratakan ke seluruh isi ikan. lilit daun kunyit di sekeliling ikan
- sapukan minyak pada ikan kemudian panggang di atas bara api
- jika suka, boleh digrilkan di dlm oven pada suhu 250C selama 10-15 min
resepi dari Mat Gebu
Bahan cicah:
1 inci belacan, dibakar
1 batang cili merah
10 - 12 biji cili padi
2 biji bawang merah kecil
Asam jawa sebesar ibu jadi, ramas dalam 3 camca besar air
3 biji limau kasturi
Sedikit garam dan gula
cara:
- dalam lesung batu, satukan cili merah, cili padi, garam dan belacan
- tumbuk hingga separuh lumat, masukkan bawang merah tadi dan terus menumbuk hingga agak lumat (jgn terlalu lumat)
- masukkan jus asam jawa dan perasakan dgn sedikit gula
- perah jus limau kasturi hingga tahap kemasaman yg diingini
- mesti ada rasa masam, manis, pedas dan masin dalam sambal ini
18 July 2007
Apam puteri ayu
resepi dari k.nis
Bahan-bahan:
2 biji telur ayam (eggs)
160gm gula kastor (castor sugar)
1 tsp ovalette
200gm tepung gandum (all-purpose flour)
100ml susu segar (fresh milk)
1 tsp pes pandan (pandan flavour)
sedikit pewarna hijau (few drops of green colourings)
80gm kelapa parut, dibuang kulit arinya (white coconut)
2 tsp tepung jagung (corn flour)
acuan kuih puteri ayu (few mould & steamer)
Gaulkan kelapa parut bersama tepung jagung & ketepikan. (mixed coconut with corn flour & set aside)
cara:
- pukul telur & gula hingga kembang & sebati dengan menggunakan mesin pemutar. (with elecrtric mixer, beat eggs & sugar till white & fluffy)
- masukkan ovalette. (Add in the ovalette)
- bubuh tepung berselang-seli dengan susu segar & putar hingga ringan. (Fold in flour alternating with milk until smooth)
- masukkan pes pandan & pewarna hijau. (Add pandan paste & drops of green colourings)
- bubuh kelapa dalam acuan yg telah di oles minyak. (scoop in coconut on the base of a grease mould)
- sudukan adunan kedalam acuan berisi kelapa tadi. (scoop of batter, pour into the mould with the coconut base)
- kukus selama 10-15 mins atau hingga masak. Terbalikkan kuih & sajikan. (Steam for about 10-15 mins or until cook. Turn over mould before serve)
Note: pastikan pukul hingga gebu supaya ianya akan kekal lembut setelah kukus. Pastikan jangan kukus terlalu lama, terus angkat selepas ianya mengembang. (be sure to beat the first item till fluffy in order to get a smooth texture after steaming. Do not oversteamed)
17 July 2007
Ayam masak lemak cili api
resepi dari D
Bahan-bahan (4 orang):
1 ekor ayam, dipotong ikut suka
1 liter santan
3 biji tomato, dibelah dua
1 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, disiat empat
garam secukup rasa
minyak secukupnya
Bahan untuk dikisar:
10 batang cili padi merah
10 batang cili padi hijau
3 biji bawang besar
1 ulas bawang putih (besar kalau kecil letak 2 ulas)
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
cara:
- ayam yang telah dibersihkan digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan digoreng sehingga ia ¾ masak. Angkat dan ketepikan
- panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai, bahan yang telah dikisar dan daun kunyit. Tumis sehingga ia naik bau dan keluar minyak
- masukkan garam dan serbuk perasa bersama ayam yang telah digoreng tadi. Gaul kesemuanya sehingga sebati
- masukkan santan dan api dikecilkan sedikit dan gaul rata. Biarkan sehingga kuahnya meresap kedalam ayam dan mendidih. Selalu dikacau jadi tidak pecah minyak kuahnya
- bila dah mendidih dan ayam telah pun masak dan kuahnya meresap, masukkan tomato dan matikan api dan tutup periuk
- setelah 5 minit tomato pun dah layu sedikit, angkat dan hidangkan.
note: sekiranya anda tidak tahan pedas boleh kurangkan kuantiti cili padi merah dan hijau dalam masakan ini
Serikaya resepi I
Bahan-bahan:
300gm gula pasir
125ml air panas
3 biji telur
300ml santan dari satu biji kelapa
2 helai daun pandan
1 camb marjerin utk mengilatkan
cara:
- sediakan gula hangus: ambil 70gm gula, hanguskan di dlm kuali non-stick, masukkan air panas dan masak hingga pekat (pastikan tidak kehitaman kerana ia akan menjadi pahit)
- kacau baki gula, telur dan masukkan santan
- tapiskan
- tuangkan gula hangus ke dlm bancuhan telur
- bubuh daun pandan
- kacau di atas api perlahan hingga pekat
- masukkan marjerin dan kacau rata
note: pastikan kaya benar-benar masak barulah ia akan berkilat
15 July 2007
Rendang tok resepi I
resepi dari k.nis
selama 3 tahun menetap di UK nie ... inilah 1st time buat rendang yg lengkap sbb ada daun kunyit yg diimport dari KL ... tima kacih kak g-hah n k.yati yg sanggup bersusah payah terbangkan daun kunyit tu ke sini ... jasa kalian akan ku kenang
Bahan-bahan:
1 kg daging batang pinang (topside meat) atau daging kari*
2 paket besar santan pekat, boleh dibeli di pasaraya
2 keping asam gelugur
7/8 lembah daun limau purut, 3 lembah dirampai halus
2 helai daun kunyit, dikerat2
2 senduk minyak untuk menumis
1 cawan kerisik
1 sudu besar gula melaka + gula biasa & garam
*daging kari mengandungi banyak urat & lemak, jika menggunakan, jangan bubuh minyak yang terlalu banyak bila menumis kelak*
Bahan kisar (blend halus-halus):
20 biji bawang merah
6/7 biji bawang putih
2 batang serai, dimayang dahulu
3 cm halia
3 cm lengkuas (terlalu banyak akan jadi pahit)
7/8 batang lada kering, dibuang biji & direndam dulu*
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan halus
sedikit lada hitam tumbuk, jika mahu
*boleh diubah jika mahu lebih pedas atau sebaliknya*
cara:
- potong daging ikat rasa & cuci lalu toskan
- panaskan periuk berserta minyak & tumis bahan kisar hingga garing & wangi
- masukkan daging & gaul rata-rata. Masak selama 5 min
- masukkan santan paket & sedikit air lalu kacau hingga semua sebati
- masukkan daun lumau purut (bukan yg dimayang) & daun kunyit
- renihkan rendang ini hingga pekat & terbit minyak. Kacau sekali2 supaya tidak hangit di bahagian bawahnya
- perasakan dengan gula melaka, gula biasa & garam
- apabila kelihatan kering sedikit, masukkan kerisik & asam keping & gaul lagi hingga sebati
- perhatikan daging tadi supaya benar2 empuk, jika tidak tuang sedikit air & tunggu hingga daging empuk & kuah agak kering sedikit
Very simple breakfast
Banana caramel poundcake
resepi dari Yani
Bahan-bahan:
120g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
90g gula
50ml minyak masak
2 biji telur
1 biji pisang (besar)
30g , 1 sudu besar guna, air
2 sudu kecil air
cara:
- ayak tepung dan baking powder. Alas bekas poundcake dgn oven paper atau sapu dgn butter supaya tak melekat. Naikkan suhu oven ke 180C
- potong pisang lebih kurang 1cm panjang. Panaskan 30g gula dengan 1 sudu besar air sehingga perang. Padamkan api. Dengan perlahan-lahan masukkan 2 sudu kecil air dan pisang yg telah dipotong. Sejukkan
- masukkan telur, gula, minyak ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Isikan fry pan dengan air, panaskan. Bila air dah panas, letakkan mangkuk tadi. Kacau sehingga gula cair
- masukkan tepung ke dlm 3. Kacau sehingga sebati
- tuangkan karamel ke dalam mangkuk no.4 tadi. Kacau dengan perlahan. Biar jadi bercorak-corak. Tuangkan ke dalam bekas poundcake
- bakar dengan suhu 180c selama 35 minit
note: lepas masak, simpan semalaman lagi sedap
12 July 2007
Butter cookies
Bahan-bahan (200 ketul):
500gm butter tanpa garam
200gm icing sugar
1 tsp garam
2 biji telur
650gm all-purpose flour
50gm susu tepung
Strawberry atau other favourite jam
Piping bag with star nozzle
cara:
- panaskan oven terlebih dahulu dlm 150ºC
- ayakkan tepung dan susu tepung dan ketepikan
- pukul butter dan icing sugar with electric mixer until pale
- masukkan telur dan pukul lagi
- masukkan garam dan tepung yg telah diayak dan kaupbalikkan adunan dengan spatula dengan satu arah jgn lama sgt nanti adunan akan jadi keras
- masukkan adunan ke dlm piping bag with star nozzle and pipe it on a lined tray with 3 finger spacing
- letakkan your favourite jam on top and bake about 20-25 mins or until golden
- move out from the oven before tranfer it on a cooling rack
- once cool completely, keep in an airtight container with 1 week lasting
source: k.nis
Nangka masak berempah
Bahan-bahan (satu family):
750ml santan - dari 1 1/2 biji kelapa
500gm nangka muda - dlm tin pun boleh gak pada sapa2 yg tinggal oversea
125ml minyak masak
2 sudu makan kerisik
2 keping asam keping
minyak masak
garam dan gula secukup rasa
Bahan (A) dikisar:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
3sm kunyit
2sm halia
2sm belacan
1sm lengkuas
2 sudu makan udang kering - direndam
Bahan (B) disangai & dikisar:
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh lada hitam
cara:
- potong nangka dan bersihkan. rebus hingga empuk dan toskan
- panaskan minyak dan tumis bahan (A) hingga berbau
- masukkan pula bahan (B) kacau hingga keluar minyak
- kemudian bubuh nangka, santan, kerisik, asam keping, garam dan gula
- kacau sekali-sekala di atas api perlahan hingga mendidih
11 July 2007
Ayam masak bali resepi I
Bahan2:
1 kilo kepak ayam, cuci bersih & toskan
1 tbsp gula melaka
3 tbsp perahan air lemon
1 biji kelapa parut dijadikan 2 cawan santan
Beberapa helai daun pandan, disimpul
3 urat daun limau purut
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis
Hirisan buah tomato
Bahan Kisar:
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 size ibu jari halia
6 biji lada merah hidup (boleh tambah pada yang suka pedas)
8 biji buah keras
2 tbsp kicap manis
Cara:
1 kilo kepak ayam, cuci bersih & toskan
1 tbsp gula melaka
3 tbsp perahan air lemon
1 biji kelapa parut dijadikan 2 cawan santan
Beberapa helai daun pandan, disimpul
3 urat daun limau purut
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis
Hirisan buah tomato
Bahan Kisar:
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 size ibu jari halia
6 biji lada merah hidup (boleh tambah pada yang suka pedas)
8 biji buah keras
2 tbsp kicap manis
Cara:
- gaul ayam yang telah dibersihkan, dengan kunyit & garam dan goreng separuh masak.
- ketepikan.
- panaskan minyak, masukkan daun pandan dan rempah kisar. Tumis hingga garing dan wangi.
- masukkan gula, air lemon, garam dan santan.
- biarkan mendidih, setelah itu masukkan ayam dan renihkan dengan api yang kecil hingga kuahnya agak pekat.
- taburkan daun limau purut.
- apabila kuah sudah agak pekat, tutup api dan masukkan hirisan buah tomato.
note: resepi nie lagi bertambah sedap kalau disimpan semalaman sbb rempah2 tu lagi menyerap dan sedap jugak dimakan dengan nasi impit
source: k.nisParatha puff
Resepi nie sesuai utk breakfast atau minum petang dan sedap dimakan panas2
Bahan-bahan:
roti canai segera - brand "Kawan" atau apa2 brand
Inti tuna atau sardin
1 biji telur - pukul sikit
cara:
- potong roti paratha kepada 3@4 bhgn
- letakkan inti di atas lipat n tutup rapat
- guna garfu utk tekan
- susun di atas baking tray
- sapu telur rata2 hiris2 atasnyer dgn pisau n bakar pd suhu 170c selama 15-20min
Sotong bakar
resepi sotong bakar nie kalau dpt guna sotong yg besar lagi sedap. nie lagi satu resepi cari che mat gebu mmg sedap dan berasap mulut
Bahan-bahan(2 -3 orang)
500 g sotong besar
Bahan-bahan utk buat sambal:
1 inci belacan, dibakar
1 batang cili merah
10 - 12 biji cili padi
2 biji bawang merah kecil
Asam jawa sebesar ibu jadi, ramas dalam 3 camca besar air
3 biji limau kasturi
Sedikit garam dan gula
Cara:
- sotong dibersihkan, asing kepala dan badan
- cuci bersih bhg dalam badan sotong, kelar2 badan sotong tapi jgn putus
- bersihkan juga kepala sotong
- bakar sotong dalam oven/api arang atau pun grill
- bakar kurang lebih 5 - 8 minit pada setiap bahagian
Untuk sambal:
- Dalam lesung batu, satukan cili merah, cili padi, garam dan belacan
- tumbuk hingga separuh lumat, masukkan bawang merah tadi dan terus menumbuk hingga agak lumat (jgn terlalu lumat)
- masukkan jus asam jawa dan perasakan dgn sedikit gula
- perah jus limau kasturi hingga tahap kemasaman yg diingini
- mesti ada rasa masam, manis, pedas dan masin dalam sambal ini
- bolehlah dihidangkan bersama2 sotong bakar tadi
note: kuah sambal nie boleh jugak dimakan dengan ulam2an yg lain
Bahan-bahan(2 -3 orang)
500 g sotong besar
Bahan-bahan utk buat sambal:
1 inci belacan, dibakar
1 batang cili merah
10 - 12 biji cili padi
2 biji bawang merah kecil
Asam jawa sebesar ibu jadi, ramas dalam 3 camca besar air
3 biji limau kasturi
Sedikit garam dan gula
Cara:
- sotong dibersihkan, asing kepala dan badan
- cuci bersih bhg dalam badan sotong, kelar2 badan sotong tapi jgn putus
- bersihkan juga kepala sotong
- bakar sotong dalam oven/api arang atau pun grill
- bakar kurang lebih 5 - 8 minit pada setiap bahagian
Untuk sambal:
- Dalam lesung batu, satukan cili merah, cili padi, garam dan belacan
- tumbuk hingga separuh lumat, masukkan bawang merah tadi dan terus menumbuk hingga agak lumat (jgn terlalu lumat)
- masukkan jus asam jawa dan perasakan dgn sedikit gula
- perah jus limau kasturi hingga tahap kemasaman yg diingini
- mesti ada rasa masam, manis, pedas dan masin dalam sambal ini
- bolehlah dihidangkan bersama2 sotong bakar tadi
note: kuah sambal nie boleh jugak dimakan dengan ulam2an yg lain
8 July 2007
Simple chocolate cheesecake
Resepi nie saya guna 1/2 adunan sbb dua org je makan tapi resepi kat bawah nie utk full adunan
Bahan-bahan:
lapisan bawah:
2 cawan biskut digestive - dikisar
1/4 cawan mentega - dicairkan
lapisan atas:
250g cream cheese
125ml whipping cream
75g gula kastor
2 biji kuning telur
1/2 camt esen vanilla
2 camb tepung gandum
150g coklat masakan - dicairkan secara kaedah double-boiler
2 biji putih telur dipukul kental bersama dgn 25g gula kastor
cara:
- satukan biskut dan mentega cair, ratakan pada dasar loyang/acuan. simpan di dalam fridge selama 20 min
- pukul cream cheese hingga halus. masukkan gula dan putar hingga gebu. tuangkan whipping cream dan pukul lagi. bubuh pula kuning telur dan esen vanilla, kacau rata2. campurkan pula tepung gandum dan coklat masakan
- kaupbalikkan putih telur ke dalam adunan cream cheese dan kacau sebati. tuangkan adunan ke atas lapisan bawah. bakar pada 180c selama 35-40 min (letak loyang atas baking tray)
- biar sejuk dlm oven - pintu hendaklah direnggangkan sedikit menggunakan sudu
Serunding minangkabau
bahan-bahan:
1/2 biji kelapa parut putih
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 biji cili merah
2 sudu makan rempah kari
1 sudu makan asam jawa diperah dengan 60ml air dan ditapis
garam & gula secukup rasa
cara:
- kisar bawang merah, bawang putih dan cili merah hingga lumat
- bubuh ke dalam kuali. satukan semua bahan lain
- jerang di atas api sederhana dan kacau selalu hingga kering
- tambah garam dan gula secukupnya
7 July 2007
Sizzling yee mee
Bahan-bahan(2-3 org):
2-3 sanggul (gulung) yee mee
5 ulas bawang putih
5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
3 biji cili kering- potong 2
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 in halia- hiris nipis
Serbuk lada hitam
garam- secukup rasa
Beberapa titik Minyak bijan
1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
sedikit minyak utk menumis
cara:
- tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya
- masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk
- masukkan 2 cawan air
- masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat
- Masukkan pula serbuk lada hitam
- biarkan mendidih
- masukkan cendawan serta sayur2 lain
- tunggu 2-3 min
- masukkan campuran tepung jagung dan kacau
- titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2
- akhir sekali, masukkan yee mee
- biarkan sebentar & hidangkan panas2
note: kalau ada sizzling pan panaskan dulu di dalam oven lepas itu letakkan yee mee dan tuangkan kuah di atasnya
4 July 2007
Caesar salad
cara:
- caesar salad nie ada jual yg dah siap kat Tesco cuma tambahkan ayam atau pun telur rebus kalau suka
- breast chicken tu dilumurkan dengan sedikit garam, daun sulah dan serbuk kari dan gaulkan sebati
- lepas tu goreng hingga garing dan dibiarkan seketika sebelum dipotong memanjang dan bolehlah dicampurkan dengan salad
3 July 2007
Kuih lompang
Bahan-bahan (utk satu family):
500ml air
150gm tepung beras
120gm gula pasir
80gm kelapa parut putih
2 helai daun pandan - disimpulkan
1 sudu makan air kapur
pewarna hijau & merah
garam secukup rasa
cara:
- jerang air, gula pasir dan daun pandan hingga gula larut. tapiskan ke dalam mangkuk dan biar sejuk
- kacau air gula, tepung beras dan air kapur hingga sebati
- bahagikan kepada dua, warnakan hijau dan merah
- lengserkan acuan kuih lompang dengan sedikit minyak
- isikan bancuhan hampir penuh dan kukus selama 15-20 min atau hingga masak
- bila sejuk, keluarkan dari acuan. sajikan dengan kelapa bercampur garam
1 July 2007
Rojak mamak / pasembur resepi I
masa buat rojak pasembur nie teringat masa keje kat GE dulu selalu gi beli kat Bangsar ada satu mamak nie jual guna van.
Bahan Cucur (Keras):
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camt serbuk penaik
3/4 camt garam
1/2 camt gula
155-165 ml air
1 labu bawang besar, dicincang halus
1 biji cili hijau, dibuang biji & dicincang halus
minyak untuk menggoreng
Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan air secukupnya hingga menjadi doh. Tutup dengan tuala dan biar 1 jam. Gaul dengan bawang dan cili. Bentukkan 7.5 cm panjang, 2 cm lebar. Lumur jari dengan tepung semasa membentuk kerana adunan agak lembik. Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan. Hiris sebelum digunakan.
Bahan Cucur (Lembut):
1 1/3 cawan tepung gandum
1/4 camt serbuk penaik
1/2 camt serbuk kunyit
1 camt gula
1/4 camt garam
125 ml air
1 biji telur, dipukul
Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati. Biar selama 1 jam. Sebelum menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata. Goreng cucur hingga keemasan kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan sampingan dan kuah.
Kuah rojak singapore
Bahan-bahan:
450 gm keledek - direbus empuk
2.5 liter air
2 camt serbuk cili
3 camb gula merah + gula pasir (ikut citarasa kemanisan masing2)
1/2 camb asam jawa + 2 camb air (pekat)
2-3 camb kacang tanah - digoreng & dikisar halus (guna sikit je utk dptkan rasa je)
Sedikit bijan goreng tanpa minyak
Cara membuat:
- kisar keledek dengan air rebusan keledek tadi hingga halus.
- serbuk cili direbus dengan sedikit air didlm mangkuk yg berasingan sehingga sebati
- masukkan keledek yg telah diblend dan dimasukkan di dalam mangkuk dan tuangkan cili serbuk yg telah di rebus tadi ke dlm mangkuk keledek dan masak dgn api yg perlahan.
- selepas tu masukkan gula merah dan air asam jawa yg pekat2
- kalau ada jem nenas bolehlah diletak sikit utk tambahkan pekat kalau tak ada bolehlah ditambahkan gula
- masukkan sedikit pewarna merah utk kasi naikkan warna
- kalau kuah dah pekat masukkan kacang tanah yg telah diblend - letak sikit je utk dptkan rasa)
- last sekali bolehlah dimasukkan bijan goreng dan dikacau sehingga sebati
Bahan Sampingan:
tauhu goreng
sengkuang
timun
kentang, direbus, dihiris & digoreng keperangan
telur, direbus & dihiris
Creme brulee
creme brulee nie ala2 dessert org putih tapi tak susah je buat cuma kena simpan dlm fridge semalaman. keluarkan dan ditaburkan sikit ngan gula kastor dan di grillkan sehingga jadi keperangan. lepas tu simpan lagi dlm fridge selama 2 jam baru ler sedap nak makan.
bahan-bahan (6 mangkuk kecil):
4 biji kuning telur
1 cam besar gula kastor
600ml whipping cream
sedikit esen vanilla
sedikit gula kastor (utk ditaburkan diatasnya)
cara:
- pukul telur dan gula hingga sebati
- letak krim dlm periuk kecil buat secara double-boiler tapi pastikan air dlm periuk mendidih perlahan
- kacau supaya krim tidak hangus
- bila krim jadi suam, masukkan campuran telur
- kacau tanpa henti hingga pekat (pastikan air dibawah periuk mendidih perlahan)
- masukkan sedikit esen vanila dan kacaukan supaya jadi sebati
- tapiskan ke dlm 6 mangkuk kecil yg tahan panas
- letak mangkuk dlm tin pembakar berisi 2.5cm air
- bakar dlm oven 140c selama 40 min
- biar sejuk sebelum diletak dlm peti sejuk semalaman
- taburkan gula kastor, grill hingga gula diatasnya menjadi keperangan
- biar sejuk kemudian disimpan didlm peti sejuk selama 2 jam sebelum dimakan