Pages

28 July 2009

Spicy baked chicken

Bahan-bahan:
6 keping chicken breast atau chicken leg atau ikut suka masing2
daun kari
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu kecil serbuk kari
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil chicken stock granules
garam dan gula secukupnya
2 sudu besar minyak masak

Bahan2 kisar:
3 batang serai
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

cara:
  • satukan kesemua bahan dengan ayam dan perapkan selama 4-5 jam atau semalaman
  • kemudian bakar pada suhu 180C selama 20-30 min
  • pastikan terbalikkan ayam sekali supaya masak ianya masak sekata
  • hidangkan dengan nasi lemak atau nasi putih

source: muna - diubah sedikit

Marble butter cake

Bahan-bahan:
100gm butter - pada suhu bilik
80gm gula kastor
1/4 camt garam
1/2 camt esen vanila
2 biji telur - pada suhu bilik
2 camb susu segar
100gm tepung kek
30gm tepung jagung
1 camt baking powder

10gm serbuk koko
5gm gula aising
2 camb susu segar

cara:
  • griskan loaf pan bersaiz 17cm x 6.5cm dan ketepikan
  • ayakkan tepung kek, tepung jagung dan baking powder. ketepikan
  • setelah itu ayakkan pula serbuk koko dan gula aising
  • kemudian masukkan 2 camb susu segar dan kacaukan sehingga sebati. ketepikan
  • pukul mentega, gula, esen vanila dan garam sehingga gebu dan kembang
  • masukkan telur satu persatu sambil dipukul sehingga sebati
  • tuangkan 2 camb susu segar dan pukul lagi sehingga rata
  • setelah itu masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit sambil dipukul pada kelajuan yang rendah sehingga sebati
  • kemudian bahagikan adunan kepada dua bahagian
  • satu bahagian biarkan pada warna asal dan satu lagi di campurkan dengan campuran serbuk koko tadi
  • tuangkan kedua2 adunan ke dalam loaf pan berselang seli
  • ambil chopstick dan bentukkan menjadi marble
  • hentakkan sedikit loaf pan untuk mengeluarkan angin yang berlebihan
  • kemudian bakar pada suhu 170C selama 40-50 min atau sehingga masak
  • setelah itu keluarkan dari oven dan biarkan sehingga sejuk barulah dipotong dan dihidangkan

source: florence - diubah sedikit

26 July 2009

Kuih lapis cendol

Bahan-bahan:
Bahan2 A:
1 1/2 cawan (170gm) tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan (115gm) gula pasir
3 cawan santan
1 sudu kecil garam

1/2 cawan air gula merah - larutkan 1/2 cawan air panas dengan 3 sudu besar gula merah atau masakkan sehingga gula merah cair

1 cawan cendol
1/2 cawan air

cara:
  • panaskan kukusan terlebih dahulu dan pastikan penutup dilapik dengan aluminium foil atau kain supaya air tidak menitik ke atas kuih
  • sapukan sedikit minyak ke dalam loyang dan ketepikan
  • gaulkan semua bahan2 A dan tapiskan
  • bahagikan adunan kepada dua bahagian
  • masukkan air gula merah ke dalam satu bahagian adunan dan biarkan warna asal ke dalam satu bahagian
  • tambahkan cendol dan 1/2 cawan air ke dalam adunan warna asal supaya kecairannya sama dengan adunan gula merah tadi
  • bahagikan setiap adunan sama banyak
  • jadikan adunan gula merah 2 bekas dan adunan cendol 2 bekas
  • tuangkan 1 bekas adunan cendol ke dalam loyang dan kukuskan selama 5-8 min
  • kemudian tuangkan pula 1 bekas adunan warna asal dan kukus lagi selama 5-8 min
  • lakukan sehingga habis
  • untuk lapisan terakhir kukuskan selama 10 min
  • setelah masak keluarkan dari kukus dan biarkan betul2 sejuk barulah dipotong dan dihidangkan

source: k.hanieliza

Sweet potato buns

Bahan-bahan (12 biji):
300gm tepung roti
2 camt instant yeast
1/4 camb susu tepung
1/4 camt garam
70gm gula kastor
60gm sweet potato (keledek) lecek (direbus dahulu)
1/2 biji telur - dipukul sedikit
135ml air sejuk
30gm mentega atau unsalted butter

1/2 biji telur - dipukul sedikit untuk sapuan atas telur

Bahan2 untuk custard cream:
1 camb tepung gandum
1 camb tepung custard atau tepung jagung
4 camb gula kastor atau gula pasir
1 cawan (250ml) susu segar
1 biji telur atau 2 biji kuning telur
secubit garam
1 camb mentega

cara:
  • masukkan semua bahan2 untuk doh ke dalam bread maker dan tekankan untuk setting doh
  • tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam
  • setelah itu keluarkan doh tadi dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • kemudian bentukkan semula doh tadi menjadi bulat besar dan rehatkan selama 10 min
  • bahagikan doh kepada 12 bahagian dengan setiap satu seberat 50gm
  • bentukkan setiap doh menjadi bulat kecil dan susunkan ke atas loyang yang telah digriskan dengan mentega
  • setelah siap bolehlah dibiarkan doh naik sekali lagi selama 45 min atau 1 jam
  • jika berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi ke dalam oven tanpa perlu ON kan
  • apitkan kiri kanan/atas loyang tadi dengan dua cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikkan doh
  • sementara menunggu doh naik bolehlah dibuat custard cream: bancuh tepung, gula dan garam dengan menuangkan susu sedikit demi sedikit
  • teruskan membancuh supaya tidak berketul
  • masukkan telur dan kacaukan sebati
  • masak di atas api sederhana panas sehingga likat
  • pastikan adunan sentiasa dikacau supaya tidak berketul
  • apabila sudah likat angkat dari api dan masukkan mentega
  • kacau rata dan sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam piping bag
  • apabila doh sudah naik bolehlah disapukan dengan telur dan pipekan dengan custard cream
  • bakar pada suhu 180C selama 20 min atau sehingga masak dan keperangan

source: onigiri, myr (tukar potato kepada sweet potato)

21 July 2009

Maple syrup chiffon cake


Bahan-bahan:
3 biji telur kuning
35gm minyak jagung
1/4 camt garam
65gm maple syrup
30gm susu segar
90gm tepung kek
1/8 camt baking powder

3 biji putih telur
35gm gula kastor
1/4 camt cream of tartar

cara:
  • ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder dan garam
  • ketepikan
  • kemudian dengan menggunakan hand whisker pukul kuning telur dengan maple syrup sehingga sebati
  • masukkan pula minyak dan susu dan pukul lagi sehingga sebati
  • kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau rata
  • ketepikan
  • di dalam mangkuk adunan yang lain pukul putih telur bersama2 dengan cream of tartar sehingga berbuih
  • masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi sehingga gebu dan kembang (pastikan apabila adunan di angkat dengan spatula ianya tidak mudah jatuh kerana proses ini penting untuk mendapatkan chiffon kek yang lembut dan ringan)
  • kemudian kaupbalikkan 1/4 adunan putih telur ke dalam adunan tepung tadi sehingga sebati
  • lakukan sehingga habis sebanyak 3 peringkat
  • setelah itu bolehlah tuangkan adunan ke dalam loyang saiz 18cm (tidak perlu digris) dan hentakkan sedikit supaya keluarkan lebihan angin
  • bakar pada suhu 175C selama 35-40 min atau sehingga masak
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk dahulu barulah dikeluarkan dari loyang
    potong dan hidangkan sebagai minuman petang

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga

source: happy flour

19 July 2009

Pencok ayam panggang

Bahan-bahan:
6 keping chicken thigh/leg
1 camt garam
1 camt serbuk kunyit
1 camt serbuk lada sulah
1 camb minyak
1 1/2 cawan santan
segenggan daun basil - diracik halus
1 camb air asam jawa
garam dan gula merah secukupnya
nenas - dipotong kecil

Bahan2 kisar:
5 biji cili merah
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1cm lengkuas

cara:
  • gaulkan ayam dengan garam, serbuk kunyit dan serbuk lada sulah
  • kemudian panggang pada suhu 180C selama 25 min
  • sementara itu panaskan kuali
  • tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau dan garing
  • masukkan santan, air asam jawa, gula merah, garam dan daun basil
  • kacaukan rata dan biarkan reneh selama 15 min
  • kemudian masukkan ayam panggang tadi dan gaulkan rata supaya ayam menyerap kepada kuah
  • keluarkan ayam dan bakar lagi selama 30 min
  • masak kuah sehingga pekat
  • selepas ayam masak bolehlah dituangkan kuah ke atasnya dan ditaburkan dengan nenas

source: chef wan

17 July 2009

Chocolate marble rolls




Bahan-bahan (12 biji):
Bahan2 chocolate paste:
20gm tepung kek
50gm gula pasir
1 biji telur putih
80ml susu segar
18gm serbuk koko
10gm mentega

Bahan2 doh:
240gm tepung roti
60gm tepung kek
55gm gula pasir
10gm susu tepung
2 camt instant yeast
1/2 biji telur
150ml air sejuk
30gm mentega
5gm (1 camt) garam

cara:

  • cara membuat chocolate paste: satukan gula pasir dan tepung kek ke dalam putih telur dan kacaukan sebati. ketepikan
  • panaskan susu di dalam mangkuk tahan panas dengan api sederhana panas sehingga hampir2 mendidih
  • masukkan serbuk koko dan kacaukan rata
  • setelah itu tuangkan campuran putih telur tadi dan kacaukan lagi sehingga sebati
  • akhir sekali masukkan mentega dan kacaukan lagi sehingga sebati
  • angkat dan biarkan sejuk sebelum disimpan di dalam fridge supaya keras sedikit
  • cara membuat doh: masukkan semua bahan ke dalam BM dan tekankan untuk setting doh
  • tunggu sehingga siap selama 1 1/2 bergantung pada jenis BM
  • kemudian keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • kemudian bentukkan doh menjadi bulat dan rehatkan selama 10-15 min
  • keluarkan chocolate paste yang disimpan di dalam fridge
  • bentukkan menjadi bulat dan letakkan di atas plastik freezer yang telah dibelah dua
  • kemudian canaikan chocolate tadi supaya menjadi bentuk 4 segi
  • selepas itu canaikan pula doh menjadi bentuk triangle
  • ambil chocolate paste tadi dan letakkan di atas doh tadi
  • kemudian lipatkan doh kiri dan kanan (lipat dua) supaya menutupi chocolate paste
  • canaikan lagi doh tadi menjadi bentuk triangle dan kemudian dilipat bahagian kiri ke dalam dan lipat bahagian kanan ke dalam menidih bahagian kiri tadi (lipat dua lagi - cara seperti membuat croissant)
  • ulangi lagi sehingga 3-4 kali
  • kemudian gulungkan doh tadi seperti swiss roll
  • potongkan kepada 12 bahagian dengan setiap satu seberat 60gm
  • bentukkan setiap satu menjadi bulat dan susunkan ke dalam loyang
  • pastikan dijarakkan dengan 1 jari setiap satu dengan yang lain
  • kemudian biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min ke 1 jam
  • jika berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi ke dalam oven tanpa perlu ON kan
  • apitkan kiri kanan atau atas loyang tadi dengan dua cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikkan doh
  • setelah doh naik bakar pada suhu 180C selama 15-20 min atau sehingga masak dan keperangan
  • keluarkan dari oven dan sapukan dengan sedikit olive oil
  • enak dimakan untuk minuman pagi atau petang

note: kelembutan roti nie buleh tahan sehingga 4-5 hari

Mee kari ala nyonya

Bahan-bahan:
600gm mee kuning - dicelur
300gm taugeh - dicelur
1kg kerang - direbus
2 keping tahu - digoreng & dihiris
4 biji telur - direbus & dibelah 2
4 tangkai daun bawang - dihiris
3 biji cili merah - dihiris
3 biji limau nipis - dibelah 4

Bahan2 kuah:
3 camb minyak
1 tangkai daun kari
4 camb rempah kari
400gm ayam - dipotong kecil
1.5ltr santan - dari 2 biji kelapa
1 keping asam keping
2 keping fish cake - dihiris nipis
1 paket fish ball - dibelah 2
1 paket taufu pok - dibelah 2
garam dan gula secukupnya

Bahan2 penumis:
4cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih

Bahan2 kisar:
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar

cara:
  • panaskan minyak
  • masukkan bahan2 penumis, bahan2 kisar dan daun kari
  • kacau sehingga naik bau
  • kemudian masukkan rempah kari dan kacau selama 2 min
  • masukkan pula ayam dan kacau rata sehingga terbit minyak
  • tuangkan santan, asam keping, garam dan gula secukupnya
  • kacau sekali sekala
  • bila kuah menggelegak, perlahankan api dan renihkan sehingga naik minyak
  • masukkan fish cake, fish ball dan taufu pok
  • biar mendidih semula sebelum diangkat
  • hidangkan mee dengan tahu goreng, kerang dan bahan2 lain bersama dengan kuah

source: puan norzailina nordin

15 July 2009

Mee bandung resepi II

Bahan-bahan (2 orang):
300gm mee kuning - dicelur
2 sudu besar cili kisar
3 cawan air rebusan tulang lembu
200gm daging - dihiris halus
300gm udang basah
200gm sotong - dipotong bulat
2 keping tahu goreng - dihiris halus
100gm sawi hijau - dipotong
50gm kobis - dihiris
3 biji telur rebus
cili merah - dihiris
bawang goreng
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan2 tumbuk:
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

cara:
  • panaskan minyak di dalam kuali
  • tumis bahan2 tumbuk sehingga wangi
  • masukkan cili kisar dan kacau sebentar sehingga naik baunya
  • setelah itu masukkan daging dan kacaukan rata
  • renihkan sekejap sehingga daging sedikit lembut
  • kemudian tuangkan air rebusan tulang lembu dan biarkan daging empuk
  • setelah itu masukkan udang, sotong, sayur dan sos tomato
  • gaulkan rata
  • perasakan dengan garam dan gula
  • masak sehingga kuah pekat dan barulah dimasukkan mee
  • kacaukan sebentar
  • angkat dan masukkan ke dalam mangkuk
  • hidangkan dengan cili merah, tahu goreng, telur rebus dan bawang goreng

source: chef ismail (diubah sedikit)

14 July 2009

Mini chocolate muffin

Bahan-bahan (10 biji):
90gm tepung kek
1 camt baking powder
20gm serbuk koko
1 biji telur
60gm gula pasir
60ml susu segar
50gm mentega
50gm choc chips
25gm white choc chips
25gm extra choc chips - untuk taburan

cara:
  • susunkan muffin cases ke dalam muffin pan dan ketepikan
  • ayakkan tepung kek, baking powder dan serbuk koko
  • ketepikan
  • setelah itu pukul mentega sehingga kembang dan masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul rata
  • kemudian masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati
  • masukkan campuran tepung tadi berselang-seli dengan susu (tepung-susu-tepung-susu-tepung)
  • akhir sekali masukkan kedua2 choc chips dan gaulkan adunan supaya sebati
  • sudukan adunan ke dalam muffin cases tadi dan taburkan extra choc chips
  • bakar pada suhu 180C selama 17-20 min atau sehingga masak (be careful not to over bake, the muffin will be too dry)

source: pretty & small cake (sweet) book

Lemongrass chicken

Bahan-bahan:
4 keping chicken thigh and leg
8 biji bawang merah - ditumbuk atau dicincang
2 batang serai
1 camt serbuk jintan putih
1 camt serbuk kunyit
1 camt serbuk ketumbar
2 camb gula perang
garam secukup rasa
1 camb sunflower oil atau apa2 minyak masak

cara:
  • potong serai bahagian hijau dan tinggalkan hanya bahagian putih
  • kemudian hiris dan tumbuk atau cincang halus
  • kemudian satukan semua bahan dan gaulkan sebati supaya menjadi paste
  • masukkan ke dalam freezer bag dan gaulkan dengan ayam
  • perapkan ayam dengan bahan2 perapan tadi dan biarkan beberapa jam atau semalaman
  • setelah itu bolehlah dibakar pada suhu 180C selama 30 min (pastikan ayam diterbalikkan sekali supaya kedua2 bahagian masak sekata)
  • kemudian panggangkan selama 10 min atau sehingga keperangan
  • bolehlah dihidangkan dengan nasi ayam/nasi lemak atau nasi putih

source: muna (diubah sedikit)

13 July 2009

Blueberry boy bait

Bahan-bahan:
2 cawan (220gm) tepung gandum
1 camb baking powder
1 camt garam
2 sticks (226gm) unsalted butter - pada suhu bilik
3/4 cawan (150gm) gula perang (light brown sugar)
1/2 cawan (115gm) gula pasir
3 biji telur
1 cawan susu segar
1 camt tepung gandum
1/2 cawan fresh / frozen blueberry (if frozen, do not defrost first as it tends to muddle in the batter)

Bahan2 topping:
1/2 cawan fresh / frozen blueberries (if frozen, do not defrost)
1/4 cawan (55gm) gula pasir
1/2 camt serbuk kulit kayu manis (ground cinnamon)

cara:
  • gris tin kek bersaiz 13 x 9 inch dan ketepikan
  • ayakkan tepung, baking powder, garam dan ketepikan
  • kemudian pukul mentega bersama2 dengan gula perang dengan kelajuan sederhana selama 2 min
  • masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi sehingga sebati
  • perlahankan kelajuan mixer dan masukkan tepung berselang seli dengan susu (tepung-susu-tepung-susu-tepung) sambil dipukul sehingga sebati
  • taburkan 1 camt tepung ke atas bluberries dan biarkan ianya bersalut
  • kemudian kaupbalikkan blueberries tadi ke dalam adunan sehingga rata
  • tuangkan adunan ke dalam tin
  • setelah itu taburkan 1/2 cawan bluberries ke atas adunan
  • campurkan gula dan serbuk kulit kayu manis dan kacaukan sebati
  • selepas itu taburkan ke atas adunan
  • bakar pada suhu 175C selama 45-50 min atau sehingga masak

note: blueberries akan mendap ke bawah apabila di bakar

source: cook's country

11 July 2009

Beef samosa


Bahan-bahan:
1 frozen puff pastry dough - dipotong kiub/kecil
450gm daging cincang (minced beef) - boleh digantikan dengan ayam atau lamb cincang
2 biji ubi kentang saiz besar - dikupas kulit
1 cawan kacang peas
2 camb minyak untuk menumis
1/2 camt jintan putih (cumin seeds)
1 helai bay leaf - crushed
2 labu bawang besar - dipotong dadu atau dicincang
4 ulas bawang putih - crushed
1 camb chopped/minced ginger - yang siap dijual dalam botol kalau tak ada bolehlah ditumbuk sehingga halus
1/2 camt serbuk lada hitam
1 1/2 camt garam atau secukup rasa
1 camt serbuk jintan putih (ground cumin)
1 camt serbuk ketumbar (ground coriander)
1 camt serbuk kunyit (ground turmeric)
1 camt serbuk cili (chili powder)
1/2 camt serbuk kulit kayu manis (ground cinnamon)
1/2 camt serbuk buah pelaga (ground cardamon)
2 camb daun ketumbar yang telah dihiris halus
2 camb lada hijau yang telah dicincang halus

cara:
  • jerangkan air di dalam periuk dan taburkan sedikit garam
  • biarkan sehingga mendidih
  • kemudian masukkan ubi kentang dan kacang peas
  • rebus sehingga kedua2nya lembut
  • setelah itu toskan dan lecekkan kedua2nya sehingga hancur. ketepikan
  • panaskan minyak di dalam kuali
  • tumiskan bay leaf dan jintan putih sehingga keperangan
  • kemudian masukkan bawang besar dan daging cincang
  • gaulkan rata sehingga daging bertukar warna lebih kurang 5 min
  • masukkan pula bawang putih, halia dan gaulkan rata
  • setelah itu masukkan serbuk lada hitam, garam secukup rasa, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk cili, serbuk buah pelaga dan serbuk kulit kayu manis
  • gaulkan semua bahan sehingga sebati
  • masukkan pula ubi kentang dan kacang peas yang telah dilecekkan tadi
  • gaulkan rata
  • akhir sekali taburkan daun ketumbar dan cili hijau
  • gaulkan sebati dan angkat letakkan ke dalam mangkuk
  • biarkan sejuk
  • taburkan sedikit tepung di atas papan pencanai
  • ambil satu kiub puff pastry yang telah dipotong secara kecil
  • canaikan menjadi bentuk empat segi (lihat gambar)
  • letakkan satu sudu besar inti dan lipatkan bucu ke bucu (lihat gambar)
  • basahkan jari dengan sedikit air dan tekankan supaya melekat dan tidak terbuka apabila di bakar
  • lakukan sehingga habis dan susunkan di atas baking tray yang telah digris atau dilapikkan dengan non-stick paper
  • bakar pada suhu 180C selama 25 min atau sehingga keperangan
  • bolehlah dihidangkan panas2 untuk minuman petang

note: inti memang sedap. kalau tidak mahu menggunakan puff pastry bolehlah digantikan dengan samosa sheet. cara membungkus ikut suka masing2

source: muna (diubah sedikit)

9 July 2009

Muruku


Bahan-bahan:
350gm gram flour - kalau kat msia guna tepung muruku
200gm tepung beras
2 camb sesame seeds
2 camb serbuk cili (chillie powder)
2 camt serbuk kunyit
2 camt jemuju (caraway seeds)
2 camt garam
6 camb minyak masak
300ml air atau secukupnya

acuan muruku
minyak untuk menggoreng

cara:
  • satukan semua bahan sehingga menjadi adunan yang lembut
  • masukkan sedikit adunan ke dalam acuan muruku
  • goreng dengan minyak yang banyak (terendam) sehingga keperangan dan garing
  • angkat dan toskan di atas kitchen towel
  • kemudian biarkan sejuk dan simpan ke dalam bekas kedap udara

source: puan bashah

Chicken vindaloo

Bahan-bahan:
1kg ayam yang telah dipotong kecil
8 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
4 tangkai cili kering
2 sudu makan tomato puri
minyak

Bahan2 kisar:
2 labu bawang besar - dihiris halus & digoreng untuk dijadikan bawang goreng
6 ulas bawang putih
1cm halia
2 camt jintan putih (cumin seeds)
2 camt ketumbar biji (coriander seeds)
2 camt halba (fenugreek seeds)
2 camt lada hitam (black peppercorn)
1 camt serbuk kunyit
sedikit cuka
garam dan gula secukup rasa

cara:
  • panaskan minyak
  • gorengkan ayam separuh masak
  • angkat dan ketepikan
  • panaskan lagi minyak
  • tumiskan buah pelaga, kulit kayu manis, cili kering dan bahan2 kisar sehingga garing dan pecah minyak
  • masukkan ayam dan gaulkan sebati
  • kemudian masukkan tomato puri dan air secukupnya
  • masak di atas api sederhana panas sehingga mendidih
  • kemudian kecilkan api dan renihkan sehingga ayam masak selama 45 min
  • angkat dan hidangkan dengan roti arab atau nasi

source: muna (telah diubah sedikit)

Acar nenas

Bahan-bahan:
1 biji nenas - dikupas & dihiris kecil (boleh juga gunakan nenas dalam tin pada yg tinggal perantauan)
150ml cuka
60ml minyak masak
2 sudu makan gula pasir
5 biji cili merah - dibelah 2
4 biji cili hijau - dibelah 2
2 labu bawang besar - dibelah 8
10 ulas bawang merah - dibelah 2
2 ulas bawang putih - dibelah 2
garam secukup rasa

Bahan2 kisar:
5 biji buah keras
3cm halia
2 sudu makan udang kering - direndam
sedikit belacan

cara:
  • panaskan minyak
  • tumis bawang besar, bawang putih dan bawang merah hingga berbau wangi
  • angkat dan ketepikan
  • panaskan semula minyak
  • tumis bahan2 kisar sehingga berbau
  • masukkan gula pasir, garam dan cuka
  • masak di atas api perlahan sehingga mendidih
  • satukan nenas, cili merah, cili hijau dan semua bawang di dalam mangkuk besar
  • tuangkan bahan2 tumis ke dalam nenas
  • biarkan 3 jam sebelum dihidangkan

source: puan norzailina nordin

7 July 2009

Coconut muffin

Bahan-bahan (6 biji saiz besar):
1 cawan dessicated coconut (kelapa kering)
1 camb gula perang (brown sugar)
6 camb mentega cair
1 cawan (110gm) tepung gandum
1/3 cawan (75gm) gula pasir
1 camt baking powder
1/4 camt soda bikarbonat
1/4 camt garam
1 biji telur
1/3 cawan santan
4 camb susu segar
1/2 camt parutan lemon

cara:
  • susunkan muffin cases ke dalam muffin pan. ketepikan
  • campurkan dessicated coconut, 3 camb mentega cair dan gula perang ke dalam mangkuk
  • gaulkan sebati
  • selepas itu ketepikan 3 camb untuk dibuat topping
  • ayakkan tepung, baking power, soda bikarbonat dan garam ke dalam mangkuk yang telah masukkan gula
  • kemudian masukkan ke dalam adunan dessicated coconut tadi dan kacau rata
  • di dalam mangkuk yang lain pukul telur, santan, 3 camb mentega cair, susu segar dan parutan lemon dengan menggunakan hand whisker sehingga sebati
  • setelah itu tuangkan ke dalam adunan tepung tadi dan gaulkan rata
  • sudukan adunan ke dalam muffin pan yang telah disediakan
  • taburkan dengan topping
  • bakar pada suhu 180C selama 20-25 min atau sehingga masak
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk
  • hidangkan sebagai minuman petang

source: dd

4 July 2009

Chicken floss buns



Bahan-bahan (22 biji untuk 50gm):
480gm tepung roti
120gm tepung gandum atau tepung kek
110gm gula pasir
20gm susu tepung
4 camt instant yeast
1 biji telur
300ml air sejuk
60gm mentega
10gm garam

Bahan2 chicken floss:
2 cawan cooked chicken dari 4 keping chicken breasts (masak dalam slow cooker selama 3 jam supaya ia mudah disiatkan dan menjadi ringan)
1/2 camb dark soy sauce - optional
1 camt light soy sauce
1-2 camb gula pasir
1/2 - 1 camt serbuk lada sulah
1/4 cawan air stok ayam

cara:
  • cara membuat chicken floss: siat2kan ayam halus2, campurkan semua bahan ke dalam kuali non-stick
  • kacau seperti membuat serunding (over low-medium heat, bila dah kering, tukar kepada low heat)
  • bila kering dan flossy bolehlah diangkat
  • cara membuat doh: masukkan semua bahan ke dalam BM dan tekankan untuk setting doh
  • tunggu sehingga siap selama 1 1/2 bergantung pada jenis BM
  • kemudian keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • kemudian bentukkan doh menjadi bulat dan rehatkan selama 10-15 min
  • setelah itu bahagikan doh kepada 22/16 bahagian dengan setiap satu seberat 50gm/60gm
  • bentukkan doh2 tadi menjadi bulat
  • ambil satu doh dan leperkan di atas tangan
  • letakkan 1 camt inti chicken floss dan tutupkan semula menjadi bulat
  • lakukan sehingga habis dan susunkan ke dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu
  • kemudian biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min ke 1 jam
  • jika berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi ke dalam oven tanpa perlu ON kan
  • apitkan kiri kanan atau atas loyang tadi dengan dua cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikkan doh
  • setelah doh naik bakar pada suhu 180C selama 15-20 min atau sehingga masak dan keperangan (jika suka bolehlah disapukan dahulu doh2 tadi dengan egg wash)
  • keluarkan dari oven dan sapukan dengan sedikit olive oil
  • taburkan sedikit inti chicken floss di atas bun tadi
  • enak dimakan untuk minuman petang

source: basic sweet doh dari alex goh & chicken floss dari puan norzailina nordin

Sup ekor resepi IV

Bahan-bahan:
500gm ekor lembu
1 1/2 sudu besar tomato puri
1.5 liter / 6 cawan air
1 batang karot - dipotong bulat
2 batang saderi - dipotong kecil
1 biji ubi kentang - dipotong kecil
daun ketumbar - dihiris halus
lada hitam secukupnya - dikisar (bergantung pada selera masing2 jika ingin pedas)
125ml minyak masak
garam secukup rasa

Bahan2 kisar A:
2 sudu besar ketumbar biji
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih

Bahan2 kisar B:
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1cm halia

Bahan2 tumis:
4 biji buah pelaga
1cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

cara:
  • panaskan minyak, tumis ekor lembu sehingga perang sedikit
  • angkat dan tuskan. ketepikan
  • dalam minyak yang sama, masukkan rempah tumis dan bahan2 kisar B dan goreng sehingga naik bau
  • kemudian masukkan bahan2 kisar A
  • kacau di atas api yang kecil selama 3-4 min sehingga wangi
  • masukkan tomato puri
  • kacaukan rata
  • setelah itu masukkan pula ekor lembu, air dan renihkan
  • masukkan karot, ubi kentang dan saderi
  • renihkan sehingga ekor lembu empuk
  • perasakan dengan garam dan lada hitam yang telah dikisar
  • hiaskan dengan daun ketumbar dan bawang goreng sejurus sebelum menghidang

note: boleh juga jika hendak merebus dahulu ekor lembu dan simpankan stok

source: chef wan (ubah sikit)

1 July 2009

Rendang ayam pedas resepi II

Bahan-bahan:
1 1/2 kg ayam - dipotong 12 keping atau ikut suka masing2
3 cawan santan dari 1 1/2 biji kelapa
1 helai daun kunyit - dihiris halus
garam dan gula secukup rasa
kerisik dari 1/2 biji kelapa

Bahan2 kisar:
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
1/2 cm halia
1/2 cm lengkuas
1/2 cam kunyit hidup
5 biji cili padi - kalau nak pedas boleh tambah lagi
3 biji buah keras
2 camb cili kisar

cara:
  • satukan ayam dan bahan2 kisar di dalam periuk
  • masakkan di atas api sederhana panas
  • kemudian tuangkan santan dan kacau sehingga sebati
  • biarkan kira2 1/2 jam sehingga kuah hampir2 kering
  • masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa
  • akhir sekali masukkan daun kunyit dan kacaukan sebati
  • kepekatan atau kekeringan kuah bergantung pada selera masing2
  • biarkan sehingga ayam masak
  • setelah itu bolehlah dihidangkan dengan nasi dan lauk pauk yang lain

source: chef wan

Chocolate cream cheese chiffon cake

Bahan-bahan:
Bahan2 A:
50gm mentega
120gm philadelphia cream cheese
20gm susu segar

Bahan2 B:
5 biji kuning telur
30gm tepung gandum
30gm tepung jagung
1 camb serbuk koko
1 camt esen vanila

Bahan2 C:
5 biji telur putih
80gm gula kastor
1/4 camt cream of tartar

cara:
  • masak bahan2 A secara double boiler sehingga sebati
  • angkat dan biarkan sejuk. ketepikan
  • kemudian masukkan bahan2 B ke dalam bahan2 A dan kacaukan sehingga sebati. ketepikan
  • setelah itu pukul telur putih dengan cream of tartar sehingga berbuih
  • kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga gebu dan kembang (pastikan apabila adunan di angkat dengan spatula ianya tidak mudah jatuh kerana proses ini penting untuk mendapatkan chiffon kek yang lembut dan ringan)
  • kemudian kaupbalikkan 1/4 adunan putih telur ke dalam adunan cream cheese tadi sehingga sebati
  • lakukan sehingga habis sebanyak 3 peringkat
  • setelah itu bolehlah tuangkan adunan ke dalam loyang saiz 20cm (tidak perlu digris) dan hentakkan sedikit supaya keluarkan lebihan angin
  • bakar pada suhu 180C selama 35-40 min atau sehingga masak
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk dahulu barulah dikeluarkan dari loyang
    potong dan hidangkan sebagai minuman petang

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin