2kg ubi kentang
minyak untuk menggoreng
Bahan2 sos:
2-3 camb pes cili - kalau nak pedas boleh tambah
2 cawan (450gm) gula pasir
1 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 camb asam jawa - dibancuh dengan 1 cawan air
garam secukup rasa
cara:
- kupas ubi kentang dan hiris nipis terus ke dalam minyak panas. pastikan minyak yang banyak
- goreng sehingga keperangan
- angkat dan toskan minyaknya
- sementara itu panaskan sedikit minyak
- tumiskan bawang putih sehingga naik bau
- masukkan pes cili, gula dan air asam jawa
- jerang semua bahan sos sehingga mendidih dan pekat serta hampir kering
- kemudian barulah dimasukkan ubi kentang goreng tadi dan kacau tanpa henti sehingga bersalut elok
- angkat dan biarkan sejuk sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara
note: sukatan gula agak banyak supaya kerepek kekal rangup walaup disimpan lama. boleh jugak dikurangkan sedikit gula jika tidak mahu manis atau tambah cili pes
source: puan norzailina nordin
1 comments:
Nampak sedap!
Post a Comment