600gm ubi kayu parut
120gm kelapa parut putih
2 sudu besar santan pekat
1/2 sudu teh garam
daun pisang secukupnya
Bahan2 air gula:
100gm gula melaka
220ml air
100gm gula pasir
cara:
- masak semua bahan air gula sehingga gula larut
- angkat dan biarkan sejuk
- letakkan ubi parut ke dalam kain maskulin dan perahkan kanjinya ke dalam mangkuk
- biarkan sekejap
- selepas itu campurkan ubi parut dengan kanjinya tadi dan gaulkan dengan air gula, santan, kelapa parut dan garam sehingga sebati
- ambil sekeping daun pisang yang telah dipotong kecil
- letakkan 2-3 sudu makan adunan ubi parut tadi dan lipatkan kiri dan kanan
- lakukan sehingga habis dan kukuskan selama 30 min atau sehingga masak
source: bro rozzan
2 comments:
Salam.....kenapa mesti di perah dulu air ubi kayu tu?
utk buang sagunya..
Post a Comment