Pages

18 December 2007

Banana cake


Bahan-bahan:
125gm mentega - suhu bilik
3/4 cawan (170gm) gula kaster
1 camt esen vanila
2 biji telur - suhu bilik
3/4 cawan sour cream
1 cawan pisang yang telah dilecekkan - dlm 2 biji size besar dan gunakan pisang yg betul2 dah masak
2 1/4 cawan (250gm) tepung naik sendiri
1/4 camt soda bikarbonat

cara:

  • panaskan oven pada suhu 180C. griskan tin kek bentuk 4 segi dengan mentega dan taburkan sedikit tepung supaya kek tidak melekat atau letakkan baking paper dan griskannya. ketepikan
  • dengan mengguna electric mixer, pukul mentega, gula dan esen vanila sehingga gebu dan kembang selama lebih kurang 3 min
  • masukkan telur satu persatu sambil dipukul
  • setelah itu bolehlah dimasukkan sour cream dan jugak pisang sambil dikaupbalikkan adunan sehingga sebati
  • ayakkan tepung bersama2 soda bikarbonat ke dalam adunan dan kacau perlahan2 sehingga sebati. jangan terlalu over mixing nanti kek akan menjadi keras
  • tuangkan adunan ke dalam tin yang telah digris tadi dan hentakkan beberapa kali tin supaya angin yang terkumpul keluar
  • bakar selama 50-60 min atau sehingga masak. setelah itu disejukkan dahulu sebelum dipotong
  • sedia untuk dihidangkan dan boleh disimpan di dalam bekas kedap udara untuk jangka masa seminggu

note: texture kek nie memang lembut dan sedap

4 comments:

Delila said...

hi kak noreen...ni banana cake yang mcm slalu org jual tu ker?

noreen said...

del banana cake nie kan rasanya yg paling sedap yg pernah k.noreen buat texture lembut dan gebu. cubalah dan puas hati nanti dengan result

Delila said...

mmg nak try nih...baby suka makan kek mcm ni..manis tak?

noreen said...

tak manis just nice ... nanti lepas buat kasi taw ya del

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin