Doh:
300ml air sejuk
60gm mentega
10gm (1 1/2 camt) garam
1 biji telur
480gm tepung roti
120gm tepung gandum (all purpose flour)
20gm tepung susu
110gm gula
4 camt yis
Inti:
400gm flaked tuna/salmon/sardine/inti karipap/sambal ikan bilis
100gm (1/2 biji) bawang besar - cincang kalau nak lebihkan pun boleh
120gm (1/2 cawan) mayonis
1 camt jus lemon
secubit garam
secubit white/black pepper
1 biji telur - utk disapukan ke atas roti sebelum dibakar
cara:
- untuk membuat inti: satukan semua bahan ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati. simpan di dalam fridge terlebih dahulu sebelum hendak digunakan nanti
- untuk membuat roti: masukkan ke semua bahan ke dalam bread machine dan tekan dough setting. biarkan ianya di dalam BM selama 25 min sahaja bukan 1 1/2jam
- setelah itu keluarkan doh dan letakkan di dalam mangkuk yang besar dan tutup. biarkan selama 50-60min sehingga doh naik dua kali ganda. letakkan mangkuk tadi di dalam oven dan setelah itu letakkan juga 2 cawan air panas di sebelah mangkuk tadi dan tutupkan oven. tidak perlu on kan oven
- selepas itu keluarkan doh dan tumbukkannya untuk keluarkan angin. ulikan lagi doh dengan menggunakan tangan selama 1 min
- bahagi2kan doh seberat 60gm bentukkan bulat atau triangle. biarkan doh rehat selama 10 min lagi
- setelah itu bolehlah dicanaikan doh, isikan inti tuna tadi, tutupkan semula dan bentukkan menjadi bola
- aturkan roti di atas baking tray yg telah digriskan dengan sedikit mentega dan tutupkan. biarkan roti tadi naik sekali lagi di dalam oven selama 45 min (ulangi kaedah meletakkan 2 cawan air panas)
- sebelum dibakar bolehlah disapukan dengan telur yang telah dipukul sedikit dan bakar pada suhu 190C selama 10-12 min atau sehingga keperangan
- bolehlah dihidangkan untuk sarapan pagi & petang
note: waktu untuk membuat roti nie memang mengambil masa yang lama sekurang2nya 2 jam. roti memang lembut. jika hendak membuat hanya 1/2 adunan bolehlah gunakan telur yang bersaiz kecil
1 comments:
yeezy 350
supreme clothing
palm angels outlet
golden goose outlet
yeezy shoes
bape
hermes birkin bag
palm angels hoodie
yeezy 700
kd13
Post a Comment