3 cawan (330gm) tepung gandum
1 cawan air sejuk
2 sudu besar susu pekat (condensed milk)
1 sudu kecil garam
1 biji telur
1 sudu besar marjerin
sedikit marjerin untuk sapuan
cara:
- campurkan air, susu, garam, marjerin dan telur
- kacaukan sehingga sebati
- kemudian tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan uli selama 25 min atau sehingga kental dan tidak melekat di tangan
- bahagikan adunan kepada 8 biji dengan setiap satu seberat 100gm
- bentukkan menjadi bulat dan sapukan dengan marjerin di sekeliling doh bulat tadi supaya tidak melekat antara satu sama lain
- simpan di dalam bekas kedap udara di dalam fridge sekurang2nya 8 jam
- ambil satu doh dan tebarkan
- goreng dengan sedikit minyak
- hidangkan dengan kuah dal dan sambal
source: noormasri
2 comments:
Sedapnya roti canai... cicah pulak dengan kuah dhal... mmmm...
sebenarnya taklah susah buat roti canaikan mamafami cuma tak reti menebar je tu kene banyak2 praktis
Post a Comment