Pages

12 November 2007

Daging salai lemak cili padi

Bahan-bahan:
1 kg daging batang pinang - disalai di atas bara & dipotong nipis (blh jugak disalai menggunakan grill pan tanpa letak minyak)
50gm cili padi - dikisar
1 ketul kunyit hidup - dikisar
2 biji kelapa parut - diambil santan
200gm belimbing buluh - dibelah dua (optional kalau ada letak ler)
1 helai daun kunyit - disimpul (optional kalau ada letak)
5 biji cili merah - dibelah dua
garam secukup rasa

cara:
  • masukkan santan bersama2 dengan bahan kisar tadi dan daun kunyit di dlm periuk dan kacau hingga mendidih
  • selepas itu masukkan daging, cili merah dan belimbing buluh
  • kacau sekali lagi
  • akhir sekali masukkan garam secukupnya dan sedia dihidangkan
note: petua utk menyedapkan lagi lemak cili padi semasa hendak menghidangkannya perahkan sedikit limau nipis

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin