Pages

22 November 2007

Paru goreng berlada

Bahan-bahan:
500gm paru lembu - direbus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
300ml minyak masak
1 sudu teh belacan
4 sudu makan cili kisar
garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar - dihiris bulat
1 keping asam keping

Bahan2 kisar:
5 biji cili merah
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3cm halia

cara:


  • paru lembu yg telah direbus hendaklah dihiris nipis
  • kemudian gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam
  • goreng sehingga masak dan ketepikan
  • kemudian tumis bahan2 kisar, cili kisar dan belacan sehingga naik minyak
  • setelah itu barulah masukkan garam, gula, bawang besar dan asam keping
  • masak sehingga bawang layu dan kemudian masukkan paru yg telah digoreng tadi
  • gaul rata dan sedia untuk dihidang

4 comments:

Lydia said...

i like your plates... make the food deco easier. :D

Mat Gebu said...

Sama mc lydia..pinggan ko tu lawa leer....lauk dia pun sedapp tuu...kalau masak sejuk2 nie elok makan yg hangat2 kan...

noreen said...

lydia n mat piring tu beli kat ikea gi ler cari buleh juling bijik mate taw kalau gi sane satu van pun tak cukup ahak

Lydia said...

noreen... ikea tempat "haram" hahaha... masuk je nak beli semua. :D

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin