Pages

17 November 2007

Mee bandung muar

Bahan-bahan:
1 kg mee kuning
1/2 cawan udang basah
200gm daging - direbus dan dihiris halus, jangan buang airnya utk dijadikan stok
1 ikat sawi - dipotong 1"
3/4 - 1 cawan gula
Air rebusan daging secukupnya
1 sudu makan sos tiram
Telur secukupnya
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
10 tangkai cili kering - rendam dlm air panas
1 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1/2 cawan udang kering - direbus dengan 1 cawan air

Bahan2 perencah:
fishball - dipotong 4
ayam - dipotong kecil (optional)
hati rebus - dihiris (optional)
sotong - dipotong bulat (optional)
bunga kobis - optional
daun bawang - optional

cara:

  • panaskan minyak dalam kuali
  • tumiskan bahan2 kisar tapi jangan sampai terlalu garing
  • masukkan sos tiram, udang, daging rebus, batang sawi, air rebusan daging dan garam
  • biarkan sehingga kuah pekat
cara2 menghidang:

  • mee bandung nie tidak sedap sekiranya di masak kesemuanya seperti memasak mee goreng
  • di dalam kuali ambil sedikit kuah dan bahan2 perencah untuk satu org makan dan panaskan
  • pecahkan sebiji telur tunggu hingga separuh keras
  • masukkan sayur dan bila agak lembut masukkan mee kuning untuk satu org makan
  • hidangkan di dlm mangkuk dan letakkan telur di atas
  • taburkan dengan daun bawang

note: mee bandung asli tidak mengandungi apa2 rasa masam. janganlah masukkan tomato puri, tomato sos, cili sos dan asam jawa kerana ini akan merosakkan keaslian rasanya

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin