Pages

8 November 2007

Nasi goreng sotong cili padi

Bahan-bahan:
500gm nasi putih
50ml minyak
200gm sotong - dibersihkan dan dipotong bulat
1/2 labu bawang besar - dipotong dadu kecil
1-2 camt kicap cair atau kicap manis
1 camb sos tiram
1 camb sos cili
sedikit gula dan garam secukup rasa

Bahan2 tumbuk/kisar:
2 biji cili merah
6-7 biji cili padi - boleh lebihkan jika suka
1 cm kiub belacan
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

cara:
  • panaskan separuh minyak, goreng sotong hingga masak kemudian angkat
  • masukkan baki minyak, tumis bawang besar dan bahan2 kisar hingga wangi dan terbit minyak
  • bubuh kicap, sos tiram, sos cili, garam dan gula
  • kacau 1-2 min kemudian masukkan nasi dan sotong
  • gaul rata kemudian angkat

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin