Pages

1 November 2007

Kurma kambing

Bahan-bahan:
600gm daging kambing
1 kiub pati ayam maggi/knorr
2 sudu besar yogurt
75ml santan pekat
2 sudu besar rempah kurma
1 biji buah tomato - dibelah 5
4cm kulit kayu manis
4 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2cm halia - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
5 biji bawang merah - dihiris
sedikit hirisan daun ketumbar - optional
air
2 sudu besar minyak

cara:
  • perapkan daging kambing dengan rempah kurma dan yogurt selama 30min. ketepikan
  • panaskan minyak dlm kuali dan tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga selama 1 min
  • masukkan hirisan bawang dan halia. goreng selama 2 min
  • masukkan daging kambing yg telah diperap tadi ke dlm kuali
  • besarkan api dan masakkan selama 10 min
  • masukkan kiub pati ayam, buah tomato serta air dan tutupkan kuali
  • kecilkan api dan biarkan renih selama 30min atau sehingga daging kambing lembut
  • masukkan santan dan masakkan selama 10 min lagi
  • tambahkan garam

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin