Pages

18 November 2007

New York cheesecake resepi II

another receipe which I have found in the internet and I think this is the best cheesecake I ever made and it's worth it

Bahan-bahan (utk 10):
200gm digestive biscuits atau biskut marie
75gm mentega tanpa garam - cairkan
800gm cream cheese - mesti berada pada suhu bilik sekurang2nya keluarkan dari fridge 2 jam awal sebelum memulakan baking kerana ianya penting utk dapatkan texture cheesecake yg cantik dan sedap
190gm gula kastor
4 biji telur
3 biji kuning telur
3 camt esen vanila
1 1/2 camb jus lemon
300ml sour cream
serbuk koko utk taburan atas kek

cara:
  • panaskan oven pada suhu 180C dan sapukan springform pan dengan mentega. untuk membuat cheesecake tin yg paling sesuai ialah springform sbb cheesecake nie lembut dan mudah pecah
  • untuk base: blend biskut di dlm food processor dan campurkan ke dalam mixing bowl dan tuangkan mentega cair dan gaulkan sebati
  • tuangkan adunan tadi ke dlm tin dan tekan sehingga padat dan simpan di dalam fridge sehingga base tu keras sedikit
  • satukan cream cheese, 170gm gula kastor, telur, telur kuning, 2 camt esen vanila dan jus lemon di dlm food processor dan blend sehingga adunan sebati dan kembang
  • tuangkan adunan cream cheese ke dlm loyang berisi base biskut dan hentakkan sedikit spingform pan supaya angin akan keluar sedikit
  • balutkan springform dengan aluminium foil supaya air tidak akan meresap kerana cheesecake akan dibakar menggunakan kaedah waterbath
  • masukkan springform pan ke dlm mangkuk yg telah diisikan dengan separuh paras air panas dan bakar selama 1 jam
  • sementara tu pukul sour cream, balance gula kastor dan 1 camt esen vanilla sehingga sebati dan gebu dan tuangkan ke atas cheesecake dan bakar lagi selama 10 min
  • keluarkan kek dan biarkan sejuk dan bolehlah disimpan ke dlm fridge sekurang2nya 4 jam sebelum di potong
  • taburkan serbuk koko sebelum menghidangkan kek

note: sebelum keluarkan kek dari tin eloklah digoyang2kan sedikit tin supaya textur kek lebih padat. sentiasa simpan cheesecake didlm fridge utk kesedapannya bertahan lama

6 comments:

Rozie said...

best ni noreen.....rupa ala2 tiramisu

noreen said...

rozie ciskek nie kan i rase yg paling sedap taw cam beli kat secret recipe je ahak perasan tul aku nie. lepas nengok teknik buat ciskek terus je rajin tahap tarzan ahak

aghau said...

nak tanya..
kat ingredients tu pakai mentega tanpa butter tu camana ghupernya tu.. heheheh ke mentega tanpa garam??

noreen said...

sori typo error ler dah edit mana lak den nak pi cari mentega tanpa butter ahak

Rozie said...

kehkehkehkeh...nk tergelak besau ni!!!!
noreen , mana chat room hang??? dh gadai ker?

Kak Pah Sherry said...

Akakpun smlm terkeliru dgn mentega tanpa butter tu Noreen... rupa2nya typing error.. takpe..dimaafkan... heheheehe.. bila nk webcam lg?

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin