Pages

8 September 2007

Char kuetiau resepi II

Bahan-bahan:
500gm kuetiau
300gm udang
200gm kerang atau mussel utk org susah nak dpt kerang
150gm tauge - dibuang ekor
3 ikat daun kuchai - tak ada pun tak apa
100ml minyak masak
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1 keping fish cake or fish ball - dihiris halus
4 sudu makan bawang goreng - option kalau suka
3 biji telur
4 tangkai daun bawang (option) - dihiris 2cm
2 sudu makan cili kisar
garam secukup rasa

Bahan2 sos dicampurkan:
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan cili sos
2 sudu makan kicap manis
5 sudu makan kicap masin
sedikit air

cara:
  • panaskan minyak di dalam kuali, goreng dulu telur dan pecah2kan dan ketepikan
  • satukan udang, kerang, fish cake/fish ball gorengkan sekejap dan ketepikan
  • satukan bahan2 sos, gorengkan sekejap dan ketepikan
  • satukan kesemua sayur, gorengkan sekejap dan ketepikan
  • letakkan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih hingga kekuningan
  • masukkan cili kisar dan goreng hingga garing
  • bubuh kuetiau dan kacau cepat2
  • masukkan bahan2 sos dan gaul sebati
  • masukkan semua bahan gorengan dan gaulkan semuanya sekali hingga rata
  • perasakan garam
  • akhir sekali masukkan bawang goreng kalau suka
  • angkat dan boleh dihidangkan

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin