Pages

3 September 2007

Kuih lapis pelangi

Bahan-bahan:
450ml santan - dari 1 biji kelapa
150gm tepung beras - diayak
50gm tepung kanji/ubi/sagu - diayak
sedikit pewarna merah, kuning, ungu, hijau, biru
garam secukup rasa

Bahan sirap:
120gm gula pasir
230ml air
4 helai daun pandan - disimpulkan

cara:
  • jerang bahan sirap hingga mendidih dan gula larut. angkat. ketepikan daun pandan. biar suam
  • satukan santan, garam dan bahan ayak hingga sebati. tuangkan sirap ke dalam adunan santan. kacau rata
  • bahagikan 6 dan warnakan setiap satu bahagian dengan warna berbeza
  • lengser tin dengan minyak. tuangkan adunan biasa/putih. kukus selama 4-5 min. kemudian tuang warna merah. kukus lagi hingga masak
  • lapiskan pula adunan bancuhan ungu, kuning, hijau dan biru. kukuslah anggaran 4-5 min setiap lapisan
  • sejukkan sebelum dipotong

1 comments:

Elizabeth said...

Hello:
Recently found your blog with mouth-watering recipes and I love kuihs. However, I do not understand Malay. Any possibility for you to post this delicious looking Kuih Lapis Pelangi recipe in English, please. Thank you...Elizabeth.

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin