Pages

12 September 2007

Kuih koci

Bahan-bahan (20 biji size seperti dlm gambar):
Bahan inti:
60gm gula merah )
50gm gula pasir ) masak
2 helai daun pandan ) hingga
50ml air ) larut
2 sudu makan tepung gandum
1/2 biji kelapa parut putih

Bahan doh:
200gm tepung pulut
50gm tepung pulut hitam
220-240ml santan cair - dari 1 biji kelapa
garam secukup rasa
daun pisang - dilayurkan

Bahan santan:
150ml santan pekat - dari 1 biji kelapa
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan minyak
garam

cara:
  • untuk inti: kacau air gula merah dengan kelapa parut hingga hampir kering
  • masukkan tepung dan kacau lagi 3-4 min baru diangkat. biar sejuk
  • untuk doh: gaul tepung pulut, tepung pulut hitam dan garam
  • masukkan sedikit demi sedikit santan dan uli menjadi doh
  • untuk santan: satukan semua bahan di dlm mangkuk kecil
  • ambil sedikit doh, leperkan dan isikan dengan inti kelapa. letak di atas daun pisang
  • sudukan sedikit campuran santan kemudian bungkus kemas
  • kukus selama 20-25 min atau hingga masak
cara membungkus kuih koci:
  • lipat bahagian atas dan bawah daun pisang ke tengah kemas2 kemudian buat 2 lipatan kecil di bahagian kiri atas dan bawah baru dilipat ke sebelah bawah (bahagian kiri daun)
  • angkat seluruh kuih, pusingkan sedikit supaya bahagian daun yg terbuka ke sebelah atas (menganga ke atas), sudukan santan ke dalam kuih kemudian buat 2 lipatan kecil di bahagian kanan atas dan bawah sebelum dilipat bahagian itu ke bawah kuih dan terus letak di atas rak pengukus

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin