Pages

20 September 2007

Hati goreng berempah

resepi dari k.liza

Bahan-bahan:
300gm hati lembu - dipotong nipis
2 biji bawang besar - dihiris bulat2
2 biji tomato - belah 4
5 urat kacang panjang - dipotong pendek
daun kari
minyak
garam

Bahan2 blend:
3 cm halia
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar jintan manis

cara:
  • panaskan minyak dan tumiskan daun kari. masukkan bahan2 blend dan kacau sehingga naik minyak
  • masukkan hati lembu dan kacau sebati dan biarkan reneh sehingga naik minyak
  • masukkan kacang panjang, bawang hiris, tomato dan garam
  • kacau lagi dan biarkan naik minyak semula
  • angkat dan hidangkan

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin